Sebuah Janji Pakatan ala Manifesto yang Bukan Janji Untuk Sarawak


Sempena Hari Malaysia dan sambutan Ulangtahun Penipuan Terbesar Anwar Ibrahim iaitu untuk menjadi Perdana Menteri pada 16 September, Pakatan Rakyat mengambil kesempatan untuk meluaskan lagi penipuan dengan menabur janji kepada rakyat Sabah dan Sarawak melalui satu deklarasi yang dinamakan Deklarasi Kuching.

Deklarasi tersebut ditandatangani Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang di Chong Ling Park, Kuching. Ia juga turut ditandatangani oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak, Adam Ahid, Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian dan juga Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng.

Menurut PR, deklarasi tersebut adalah bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Sabah dan Sarawak serta pembangunan kedua-dua negeri selain sebagai menandakan komitmen Pakatan Rakyat untuk menghormati Perjanjian Malaysia 1963.

Tujuh perkara yang terkandung dalam deklarasi tersebut adalah:

1. Kerjasama Bersekutu

2. Perwakilan Yang Adil

3. Kewarganegaraan

4. Pengiktirafan Hak Ke Atas Tanah Adat

5. Kecekapan Dan Kemandirian Sarawak Dan Sabah

6. Keadilan Dalam Isu Minyak

7. Pembangunan Sekata


Tidak cukup dengan itu, Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga dalam ucapannya di Tuaran yang ditujukan kepada rakyat Sabah dan Sarawak, telah bertindak mengkritik kerajaan pusat kerana ‘meminggirkan’ kedua-dua negeri tersebut sehingga menyebabkan kemiskinan masih lagi berleluasa sedangkan mempunyai sumber alam yang tinggi.

Rakyat Sabah dan Sarawak pasti terhibur mendengar janji-janji PR ini tetapi kita pasti majoriti mereka cukup bijak untuk menilai sesebuah janji berdasarkan rekod si penabur janji. PR boleh berjanji apa saja, bulan bintang, gunung matahari tetapi apakah jaminan bahawa parti ini mampu menunaikan segala janji?

Kita tidak perlu pergi jauh untuk menilai kemampuan PR menunai janji kerana tarikh 16 September itu sendiri sudah cukup untuk menggambarkan segala-galanya mengenai parti tersebut.

16 September bukan sahaja menjadi bukti PR adalah parti penipu kerana Anwar tidak menjadi Perdana Menteri seperti yang dijanjikan, tetapi juga menjadi bukti bahawa ia adalah parti yang tidak punya integriti kerana ingin mengambil alih negara melalui jalan belakang, membelakangkan pilihan rakyat, yakni dengan kaedah merasuah atau membeli pemimpin.

Selain itu, sebelum terbawa-bawa dengan hiburan yang dibawa oleh pemimpin PR di pentas ceramah, rakyat Sabah Sarawak wajar belajar dari rakyat Pulau Pinang yang kini sedang terngadah dahi masing-masing setelah terhantuk kuat dengan janji-janji PR untuk membela mereka. Apa yang nyata kini di Pulau Pinang ialah kerajaan DAP hanya membela golongan yang telah sedia kaya, serta menindas yang lain.

Kampung dirobohkan, tanah dirampas dan perniagaan ditutup atas nama ‘undang-undang’ dan peraturan tanpa mengambil kira kesusahan rakyat yang terlibat. Iaitu satu perkara yang tidak pernah dibuat oleh kerajaan BN.

Seperti Pulau Pinang, negeri Selangor yang berada di bawah PKR juga menyaksikan harga tanah menjulang tinggi dan pembinaan rumah-rumah kos tinggi dan terlalu tinggi sahaja, semenjak PR mengambil alih. Jelas, satu-satunya golongan rakyat yang mendapat faedah dari keputusan-keputusan yang dibuat oleh kerajaan PR ialah golongan berpendapatan tinggi dan amat tinggi, terutamanya di kalangan ahli-ahli perniagaan yang berjaya.

Semuanya gara-gara ingin menunjukkan peningkatan dalam rekod pendapatan negeri, tanpa mengambil kira akibatnya kepada rakyat dari golongan sederhana, rendah dan miskin. Justeru, bagaimana rakyat Sabah Sarawak mampu mempercayai yang PR akan membela nasib mereka yang benar-benar memerlukan pembelaan dan bukannya yang telah sedia berjaya?

Keprihatinan yang diluahkan oleh Hadi Awang di dalam ucapannya kepada rakyat Sabah Sarawak juga tidak wajar diambil serius. Ini kerana, negeri yang berada di bawah pemerintahan PAS selama lebih 20 tahun iaitu Kelantan, masih, dan selamanya merupakan negeri paling mundur dengan catatan kemiskinan paling tinggi di Malaysia.

Oleh itu, rasanya adalah lebih afdal jika rakyat Sabah dan Sarawak menyeru Hadi Awang agar membuktikan keprihatinannya kepada rakyat Kelantan dahulu, sebelum menabur janji kepada rakyat negeri lain.

Umum telah sedia maklum bahawa PR memang gemar bermain kata-kata.

Contohnya, ‘menolak dan menentang hudud adalah tidak sama’. Atau ‘bersekongkol dan bekerjasama dengan DAP tidak membawa kepada tindakan yang sama’. Serta yang terbaru dan paling penting untuk diberi perhatian ialah ‘manifesto PR bukan janji’.

Berdasarkan permainan kata-kata ini, apakah kemungkinan yang PR tidak akan berkata bahawa ‘Deklarasi Kuching bukan janji’ sekiranya mereka berjaya memenangi Sabah / Sarawak dalam PRU nanti. Tidak mustahil, seperti juga manifesto mereka, PR hanya menyenaraikan dan mengumumkan perkara-perkara di dalam deklarasi tersebut untuk suka-suka sahaja bagi meraih undi rakyat, tanpa niat pun untuk menunaikannya.

Oleh itu, dengan penipuan, ketidakadilan serta ketidakcekapan PR yang jelas dan nyata dapat dilihat di negeri-negeri yang diperintah mereka, tentulah tidak salah untuk kita berpesan kepada rakyat Sabah dan Sarawak bahawa ‘Bila ianya PR, ia tidak boleh dipercayai.

Guan Eng Akan Bubar DUN OKTOBER Ini...!!!!


Khabar angin di negeri sebelah zone utara sedang kuat bertiup kencang membayangkan bahawa Kerajaan DAP Pulau Pinang dikatakan bakal membubarkan DUN sekaligus mengadakan pilihanraya di negeri itu lebih awal berbanding di peringkat pusat.

Cakap-cakap di kedai kopi juga sedang hangat memperkatakan tentang keyakinan kerajaan DAP untuk mempertahankan kuasanya di Pulau Pinang pada pilihanraya tersebut dan menggunakan kemenangan tersebut sebagai momentum bagi mereka menghadapi PRU ke-13.

Dalam ertikata lain, bukan saja bakal dijadikan “pilot case”, DAP yang dijangka masih mampu menang di pilihanraya negeri Pulau Pinang itu dikatakan akan menyuntik semangat di kalangan para penyokong parti itu di seluruh negara.

Ia dikuatkan lagi dengan kenyataan “tokong”nya, Lim Guan Eng, yang sebelum ini mencetuskan pandangan kepada Pakatan Haram untuk tidak melangsungkan pilihanraya di negeri itu serentak dengan PRU ke-13, khususnya Pulau Pinang.

Tidak dapat dinafikan bahawa Pulau Pinang sememangnya agak sukar ditawan kembali oleh BN pada PRU ke-13 kali ini memandangkan bangsa Melayu PAS dan Melayu PKR di negeri itu dikatakan masih sanggup menjadi “keldai” kepada “tokong”.

Persoalannya, apakah “tokong” Guan Eng saja yang yakin bahawa Pakatan Haram mampu mengekalkan kuasa di negeri Pulau Pinang?

Bagaimana pula dengan MB Kelantan, Nik Aziz Nik Mat, MB Kedah, Azizan Razak dan MB Selangor, Khalid Ibrahim? Apakah mereka bertiga juga akan mengikut jejak langkah “tokong” untuk membubarkan kuasa di DUN masing-masing?

Sekiranya, “tokong” Guan Eng yakin DAP mampu mempertahankan Pulau Pinang, apakah Nik Aziz, Azizan dan Khalid “Gagap” tidak yakin bahawa mereka mampu untuk mempertahankan kuasa di negeri jajahan mereka masing-masing?

9. Pihak pembangkang kini tersepit dan mereka yakin hanya mampu menipu di Pulau Pinang sahaja, sedangkan di Kedah, Kelantan dan Selangor menunjukkan sokongan yang menurun di kalangan rakyat negeri itu.

10. Rakyat di Kedah, Kelantan dan Selangor kini semakin celik untuk menilai penipuan serta pembohongan yang ditabur oleh Pakatan Haram, khususnya berhubung manifesto PRU ke-12 dulu yang sehingga kini masih gagal dilaksanakan.

Di Kedah, bukan saja PAS gagal melaksanakan manifesto yang ditaburkan, malah masalah dalaman yang melanda di dalam perebutan kuasa di dalam kerajaan negeri di kalangan para pemimpin PAS turut “menyemakkan” mata rakyat.

Di Kelantan, rakyat dikhabarkan sudah bosan dengan kepimpinan Nik Aziz yang dilihat semakin mundur ke belakang dan pentadbirannya yang hanya “Islam” di mulut atau papan tanda namun tersasar dari semangat Islam dari sudut perlaksanaannya.

Paling teruk ialah di Selangor di mana dasar-dasar yang dijalankan oleh Khalid “Gagap” dilihat sangat merugikan rakyat di mana pentadbirannya telah diganggu oleh “dasar rompak rakyat Selangor untuk kembungkan poket pemimpin Pakatan Haram” dilaksanakan.

DAP di Pulau Pinang pun sebenarnya tidaklah sekuat mana. Namun setelah DAP berjaya memainkan sentimen “chauvinis ultra kiasu” dan berjaya memperkudakan PAS serta PKR di negeri itu untuk melutut pada mereka, maka “tokong” itu boleh tersenyum lebar…

“Tokong” Guan Eng boleh membubarkan DUN pada bila-bila masa dari sekarang namun dipercayai bahawa biarpun dia berbuat demikian pada Oktober ini, keputusan tersebut pasti akan memakan dirinya sendiri.

Tentang bila PRU ke-13 akan berlangsung, biarlah Perdana Menteri yang tentukan dan saya yakin bahawa Najib punya strategi yang mantap untuk memastikan kemenangan majoriti 2/3 berada di dalam genggamannya.

Biarlah Guan Eng, Nik Aziz, Azizan dan Khalid “bersilat” untuk mempertahankan negeri jajahan mereka masing-masing. Namun apa yang perlu mereka tahu bahawa berkemungkinan besar mereka akan hilang semua keempat-empat negeri itu pada pilihanraya kali ini…blog sentral

Orang Melayu Perlu Menilai Layanan DAP....!!!!!


Orang Melayu di negeri ini perlu menilai kembali layanan kerajaan DAP Pulau Pinang kepada mereka sejak mengambil alih pentadbiran empat tahun lalu.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri, Datuk Azhar Ibrahim berkata, ini kerana nasib mereka semakin terhimpit apabila dipinggirkan kerajaan negeri dalam pelbagai aspek.

"Kerajaan negeri tidak mempedulikan nasib mereka dan agama Islam di negeri ini, malah, aktiviti perniagaan yang cuba diusahakan orang Melayu juga disekat.

"Lihat apa yang berlaku kepada peniaga kecil di Padang Kota, kontraktor bumiputera tidak diberi peluang untuk terus maju seperti kaum lain," katanya kepada Utusan Malaysia ketika menghadiri Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kepala Batas di sini hari ini.

Persidangan itu dirasmikan bekas Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa orang Melayu tidak lagi mempunyai tempat bergantung harap sekiranya pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Mengulas lanjut, Azhar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga berkata, kebimbangan yang disuarakan Najib itu telah berlaku di Pulau Pinang sejak kerajaan negeri bertukar tangan.

"DAP tidak peduli tentang nasib orang Melayu dan agama Islam di sini, malah, apabila tiga agensi kerajaan Persekutuan iaitu Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda), Uda Holdings Berhad (UDA) dan JKP Sdn. Bhd. cuba membina projek perumahan untuk rakyat, pelbagai prosedur pula dikenakan iaitu seperti mahu menyekat projek-projek berkenaan.

"Jadikanlah apa yang berlaku selama empat tahun ini sebagai pengajaran. Kembalilah menyokong Barisan Nasional (BN) kerana sudah terbukti, agenda pembangunan yang dibawa selama ini adalah adil untuk semua," ujarnya. Utusan

2000 Saman Tuntutan Terhadap Kerajaan Negeri Selangor..!!!

 alt

Penduduk Pangsapuri Angsana, Bandar Mahkota Cheras hari ini menyerahkan memorandum menuntut Kerajaan Negeri menunaikan janji berhubung isu pemberian air percuma kepada Peguambela, Kamarudin Ahmad.

Penyerahan memo tersebut diadakan di Kawasan Pangsapuri Angsana dan turut dihadiri oleh Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan.

Kamarudin berkata beliau akan menfailkan 2000 saman tuntutan terhadap kerajaan negeri, di Makhamah Tinggi Shah Alam pada 19 September ini.

"Penduduk tidak perlu risau mengenai kos guaman kerana saya akan memberikan perkhidmatan percuma kepada mereka.

"Cuma saya berharap agar mereka (penduduk) tampil ke hadapan untuk menuntut hak mereka kepada kerajaan kerana sebagai pengguna, mereka berhak membuat sedemikian ," katanya kepada pemberita di sidang media di Pangsapuri Angsana di sini hari ini.

alt

Sebelum ini, seramai 711 pengguna air di Selangor memfailkan saman menuntut ganti rugi hampir RM500,000 terhadap tiga pihak termasuk Menteri Besar, Tan Abdul Khalid Ibrahim, atas kegagalan menerima subsidi air percuma di bawah Skim Air Percuma yang dilaksanakan kerajaan negeri.

Sementara itu, Datuk Sohaimi berkata, beliau melihat situasi ini sebagai satu penindasan kepada rakyat negeri Selangor yang telah dijanjikan dalam manifesto dan mereka di anak tirikan.

"Tindakan menyaman kerajaan negeri ini adalah satu tindakan yang telah difikirkan oleh rakyat sebagai satu pengajaran (kepada kerajaan negeri),"tambahnya lagi.

Sementara itu, penduduk Pangsapuri Angsana mengadakan demonstrasi bagi menuntut hak mereka kepada kerajaan Selangor yang enggan memberikan air percuma di kawasan itu.

Demontrasi secara aman dengan menyaksikan lebih kurang 100 orang penduduk turun padang bagi melaungkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan kerajaan yang mempergunakan mereka sebagai golongan bawahan. KLPOS

DAP Cuba Rampas PETRONAS ..???


Ramai rakan-rakan yang berada dalam industri minyak dan gas, yang berasa sangat pelik, hairan, khuatir dan risau dengan perkembangan terkini yang berlaku dalam Petronas. Mereka kata, kalau sebelum ini, mereka hanya bertemu dengan kalangan profesional berintegriti tinggi, mempunyai semangat nasionalisme yang utuh – nampaknya trend ini semakin berubah. Sudah ada perkembangan yang sangat tidak positif berlaku di dalam Petronas.

Buat beberapa bulan kebelakangan ini, Petronas sudah menerima influx bekas pekerja Shell yang bersepah di syarikat itu. Cukup ramai. Mereka ini diletakkan di tempat-tempat yang strategik, kononnya untuk merubah cara berfikir dan cara bekerja Petronas yang dikatakan ketinggalan zaman dan tidak up to date.

Bekas kakitangan Shell ini dikatakan akan memberikan pelbagai cadangan, untuk meletakkan Petronas di tempat yang lebih baik selepas daripada ini, Sayangnya, setakat ini, kebanyakan pemain industri minyak dan gas ini tertanya-tanya perubahan yang bakal dicadangkan.

Petronas hebat selama ini dengan usaha, komitmen, kerja keras dan semangat nasionalisme pekerja Petronas sendiri. Mereka jatuh dan bangun dengan Petronas. Setia dengan syarikat itu walaupun mendapat tawaran berpuluh kali ganda daripada syarikat utama dunia yang lain.

Sayangnya, satu demi satu, individu dan ‘kroni’ seorang pemimpin kanan Petronas dibawa masuk tanpa sebarang tugasan yang spesifik. Main bawa masuk kawan sahaja?


Bermula dengan kehadiran Datuk Wee Yiaw Hin; sekarang Petronas sudah dilanda dengan demam ‘bekas pekerja Shell’. Berlambak orang Shell yang sudah diberikan tempat di dalam Petronas. Apakah mereka ini benar-benar berkemahiran, atau dibawa masuk sekadar untuk melengkapkan semangat ‘Shell’ yang sudah berada dalam Petronas?

Ada kalangan mereka yang baru dilantik dibayar dengan harga puluhan ribu USD – dan hanya memainkan peranan sebagai Advisor!!!

Blog ini amat mengharapkan kalangan pimpinan tertinggi Petronas untuk melihat kembali POLISI dan pendekatan ini. Moral kakitangan berada di tahap rendah, bilamana kemahiran mereka dipertikai dan diarah untuk mengikut penyelesaian Shell dalam semua perkara. Tanpa mahu membawa semangat perkauman, mengapa kalangan ‘advisor’ yang dibawa masuk ini semuanya berbangsa Cina? Apakah budak-budak Melayu dalam Petronas sudah kurang bijak dan lembab belaka?

Lebih merisaukan apabila kalangan orang Shell yang sudah immigrate ke Petronas ini, kebanyakannya mempunyai semangat ‘sebangsa, senegara, sejiwa’. Mohon kepimpinan tertinggi Petronas nilai semula perkembangan yang amat merisaukan ini.

Boleh Dato’ Wee nafikan kebanjiran kontraktor minyak dan gas Singapura yang semakin berlambak di Petronas??? Kerja siapa? SHELLigali?

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive