Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Shabery Cheek berkata, Tian Chua dilihat seperti 'takut pada bayang-bayang sendiri' disebabkan beberapa pendedahan oleh media Filipina.
"Saya nak beritahu kenyataan Tian Chua yang mengatakan apa yang berlaku di Lahad Datu sebagai sandiwara UMNO adalah kenyataan bodoh.
"Bukan saja tidak berasas tetapi kenyaatannya itu untuk melindungi mungkin beberapa perkara yang akan didedahkan dan kemungkinan pihak mereka (pembangkang) ada terlibat dalam soal hubungan dengan Sultan Sulu dan mengapi-apikan mereka.
"Jika ia didedahkan dan jika benar, maka rakyat sepatutnya tolak mereka," katanya kepada pemberita ketika ditemui wartawan KLPOS selepas selesai menghadiri upacara penyampaian hadiah dalam kejohanan Le Tour de Langkawi (LTdL 2013) peringkat 10 di sini hari ini.
Menteri Belia dan Sukan itu juga menjelaskan, kenyataan Tian Chua dibuat semata-mata bagi mendapatkan tarikan dalam meraih sokongan.
"Mereka menganggap kenyaataan itu boleh jadi daya tarikan untuk menyokong pembangkang tetapi kenyataan itu memperlihatkan, mendedahkan dan menelanjangkan kebodohan mereka sebenarnya.
"Jika benar apa yang disebut oleh perisik Filipina, amat malang sekali kerana kita sedia maklum pembangkang bukan saja berjumpa dengan kerajaan mana pun, pihak mana pun, asalkan menentang kerajaan kita dan saya fikir ini perbuatan gila," ujarnya.
Beliau turut mengecam tindakan Tian Chua serta mengajak rakyat dalam negara untuk bersama-sama memperingati parajurit yang gugur di medan tempur, bukannya memperlekehkan mereka.
"Saya nak beri amaran, saya ingin mengingatkan pada Tian Chua, ini bukan sandiwara, yang terkorban adalah real yang mati adalah real.
"Kita semua sepatutnya bersedih, bukan mengejek dan memperlekehkan pengorbanan pasukan keselamatan kita," tegasnya.
Sementara itu, peringkat 10 yang juga merupakan peringkat terakhir di LTdL 2013 menyaksikan pelumba tempatan, Anuar Manan dari pasukan Synergy Baku Cycling Project berjaya menaiki podium dengan menduduki tangga ketiga bagi kategori pecut.
Tian menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah.
“Ada konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dalam isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing,” katanya. disini
3 comments:
seperti biasa ....semua rakyat yg berjiwa patriotik, semua bekas polis & tentera yg berjiwa patriotik akan mengeluarkan kecaman secara verbal dlm surat khabar , TV & radio terhadap kenyataan penderhaka negara Tian Chua ni....tidak pernah aku tengok satu drastic action di kenakan kepadanya..
paling paling pun bagi la se das dua penampar kat muka Tian Chua ni.baru dia sedar sikit....ni setakat verbal condemn jer apa kelas bro!!!
Tian Chua ni bukan BODOH, buat buat BODOH je...dalam baik dengan geng2 Melayu dia, Dia HINA terang2an Pejuang2 Melayu yang gugur mempertahankan Tahah Air mereka. Yang BODOHnya geng geng Melayu dia yang tak sedar diri macam Anwar Ibrahim dll...Bangsa mereka dihina dicaci pun tak mengapa asalkan dapat jadi PM...PtuiiiiiiiiiiiiiiSIAL pun Tian Chua, Babi Babi Babi tak lama lagi jadi babi...
Sial la tian chua ni..org tu mati nk prtahankan negara ni, dia boleh suka suka hati je cakap UMNO punyer kije..aku baca dalam paper tadi, balu2 tu aku tgk, sedih sgt2 kot, kesian sangat2 (walaupun aku takder r nangis sampai berlinang2 air mata, tapi keluar gak r, cuma tahan r cuz time tu dalam library kot)..kot ye pn ko tian chua taknak hargai jas perajurit tu, at least ko ucap r takziah kat balu2 diorg tu..ni dah r tak buat pape, sumbangan sesen pn x bagi, ko boleh cakap politik plak..ko apehal?!!! ei, ikut ati aku, nak je aku tembak menatang ni ngan mortar, biar dia rasa camner inspektor zulkifli ngan koperal sabaruddin tu rase..sial! bangsat! celaka! babi!!! dah makan babi banyak, mmg cakap pn keluar babi gak r..SHIT!!!
Post a Comment