DAP 'panas punggung', sudah mula kempen CEC

Sesetengah pemimpin DAP yang bakal bertanding pada pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) mula 'panas punggung' kerana kempen sudah bermula.

Kelmarin, satu sesi dialog antara Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dengan ahli CEC lain serta perwakilan di sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan diadakan di Hotel One World.

Walaupun pada asalnya kehadiran dijangka lebih 500 perwakilan, apa yang mengejutkan hanya kurang 100 orang hadir.

Seorang pemimpin parti yang enggan dikenali berkata, sesi dialog itu sebenarnya platform untuk pemimpin 'tertentu' meraih undi dan sokongan.

"DAP mengambil serius terhadap pemilihan semula CEC. Ramai penyokong dan ahli keliru dengan apa yang berlaku ketika ini.

"Sesi dialog ini dijangka diadakan di seluruh negara bagi menjelaskan kedudukan DAP, selain memberi gambaran bahawa Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah bertindak tidak adil terhadap parti ini," katanya di sini.

DAP pada 15 Ogos lalu akhirnya akur untuk mengadakan pemilihan semula CEC selepas pemilihan tahun lalu itu didakwa wujud penyelewengan kerana parti itu dikatakan gagal memberi notis kepada 753 perwakilan yang merupakan ahli sah untuk mengundi.

Keputusan mengadakan pemilihan semula itu dibuat tujuh bulan selepas pemilihan CEC 15 Disember lepas, yang diikuti siasatan ROS kemudiannya membuat ketetapan tidak memberi pengiktirafan kepada para pemegang jawatan CEC parti itu melalui notis yang dikeluarkan pada 17 April lalu.

Sabtu lepas, Pengerusi DAP, Karpal Singh menyatakan pemilihan semula CEC parti itu pada November depan akan mengekalkan senarai calon CEC serta perwakilan yang sama seperti Disember tahun lalu.

Dalam pada itu, DAP yang menganjurkan sesi dialog bersama Guan Eng itu didakwa bertindak 'pilih kasih' dengan memilih golongan tertentu sahaja untuk hadir ke program tersebut yang turut dihadiri oleh kesemua barisan CEC.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee mendakwa, sebanyak sembilan cawangan di bawah kelolaan beliau tidak dijemput.

"Saya sendiri hanya tahu tentang sesi dialog ini selepas diberitahu orang, kami tidak tahu-menahu tentang perkara ini. Mengapa sembilan cawangan kami tidak dijemput? Tidak perlulah bersikap pilih kasih seperti ini.

"Sembilan cawangan sekitar Teratai ini masih aktif, mengapa kami tidak dijemput? Adakah kerana kami tidak menyokong kumpulan 'tertentu'," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Kenyataan Kurang Ajar Terhadap Sultan Johor..!!!


GERAKAN TERANCANG ini tidak hanya tertumpu kepada individu pentaksub PAS ini sahaja, malah gerakan MENGHAPUSKAN INSTITUSI SULTAN DAN RAJA ini dijalankan secara sistematik dengan melakukan 'character assasination' terhadap para Sultan. Disini

Isu Kalimah Allah : Permohonan Gereja Ditolak

kalimah1axx

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menolak Permohonan Gereja Roman Katolik untuk membatalkan rayuan majlis agama Islam dan pihak lain berhubung kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald.

Permohonan itu didengar oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Abu Samah Nordin, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Rohana Yusof.

Prosiding rayuan penuh oleh kerajaan dijangka akan diadakan pada 10 September 2013 memandangkan keputusan tersebut dilakukan oleh pihak mahkamah.

16 Februari 2009 apabila Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan gereja iaitu The Herald serta menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden.

Gereja itu menuntut, antara lain, satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri pada 7 Januari 2009 berhubung larangan penggunaan kalimah Allah dalam The Herald adalah tidak sah, dan kalimah Allah bukanlah eksklusif kepada agama Islam.

Majalah mingguan Katolik yang dicetak dalam empat bahasa, menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan untuk God bagi seksyen bahasa Malaysia namun kerajaan berhujah bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh orang Islam sahaja. Rakyat News

ANALISIS KETENTERAAN KENAPA MALAYSIA TIDAK MENGHANTAR ASKAR KE MESIR?


1. Ada beberapa perkara yang harus difikirkan oleh mereka yang bermimpi nak menjadi penyelamat dunia anda mahu Malaysia menghantar askar ke tempat-tempat bergolak di serata dunia.

2. Kalian harus menghalalkan pembelian Aircraft Carrier yang berjumlah sekurang-kurangnya 4 Billion. Hampir sama mahal dengan kos pembinaan menara KLCC yang berjumlah RM 4.8 Billion.

3. Kepada para penyelamat dunia yang kuat berfantasi yang tidak mengetahui apa itu Aircraft Carrier ini maka bukalah telinga dan dengar. Aircraft carrier merupakan kapal pengangkut yang bertindak melancar dan mendaratkan jet-jet pejuang milik negara.

4. Aircraft Carrier juga bertindak sebagai unit pangkalan pusat di lautan untuk tentera yang mahu menyerang. Kiranya jarak untuk jet pejuang dengan lokasi serangan akan dekat.

5. USA merupakan negara yang paling banyak mempunyai air craft carrier dengan jumlah yang mencecah 10 buah manakala Itali berkedudukan di tangga kedua dengan 2 buah. Berkongsi kedudukan dengan sebuah aircraft carrier ialah India, Sepanyol, Russia, China, Perancis, Brazil dan Thailand.

6. Kenapa saya bilang amat mustahil untuk Malaysia menyerang Mesir dan menghantar jet-jet peribadinya ke sana? Jawapannya senang sahaja. Jarak antara Malaysia dan Mesir.

7. SU-30MKM milik Malaysia hanyalah 3,000 km sedangkan jarak antara Malaysia dan Mesir pula lebih daripada 6,500 km. Kemampuan pesawat Malaysia untuk tiba ke Mesir adalah MUSTAHIL.

8. Tolong beritahu saya negara mana yang rela menempatkan dan menjadi base sementara untuk Malaysia untuk menyelenggara dan mengisi minyak ketika dalam perjalanan ke Mesir nanti?

9. Tolong beritahu saya negara mana yang sudi membenarkan pencerobohan ruang udara mereka ketika pesawat-pesawat Malaysia memasuki negara mereka dalam perjalanan ke Mesir?

10. Ada belasan negara yang menjadi anjing USA yang akan menembak sahaja anak-anak Melayu kita yang membawa pesawat tersebut dan akhirnya, belum sampai ke Mesir, kita akan tumbang di pertengahan jalan. Kenapa golongan penyelamat dunia tidak boleh berfikir seperti ini?

11. Bercakap mengenai kekuatan tentera pula, ada statistik yang saya mahu kongsikan dengan kalian. Kepada golongan FANTASI PENYELAMAT DUNIA. Statistik ini akan membandingkan kekuatan military tentera Malaysia dan Mesir.

12. Mari kita cakap mengenai Tank yang dimiliki oleh tentera Mesir. Mesir mempunyai 4,487 tank. Mempunyai 9646 jumlah Armored Fighting Vehicle. Bandingkan dengan Malaysia, yang hanya mempunyai 69 buah. 1229 Armored Fighting Vehicle. Itu sekadar dua perbandingan sahaja dan nisbahnya adalah menceca 1:10 perbandingan dua unit dalam bahagian darat.

13. Ketika Malaysia mahu menaiktarafkan askar-askar kita, kalian juga bising, menyebar fitnah konon kapal selam tidak boleh selam walhal Lim Guan Eng sudah pun menaiki kapal selam tersebut.

12. Kemudian, kalian menyebarkan kisah bahawa kerajaan bodoh membeli kapal selam kerana tidak mempunyai kelebihan langsung dalam peperangan, konon kapal selam adalah besi buruk.

13. Tetapi kalian lupa tentang Perang Falklands antara British dan Argentina merebutkan Pulau Falklands pada 1982. Kapal Selam British yang bernama HMS Conqueror memainkan peranan yang sangat besar dalam Perang Falklands sehinggakan kerajaan junta tentera yang dipimpin oleh General Leopoldo Galtieri akhirnya menerima malu yang sangat besar.

14. Antara bukti kehebatan kapal selam ialah pada perang dunia kedua iaitu di mana IJN Shinano, sebuah aircraft carrier terbesar di dunia ketika itutenggelam pada penghujung perang akibat torpedo kapal selam AS.

15. USS Saratoga (aircraft carrier) pula tersadai berbulan-bulan akibat ditembak dengan torpedo dari kapal selam Jepun, kapal perang termaju dan tercanggih AS ketika itu iaitu USS North Carolina lumpuh selama dua bulan selepas terkena tembakan torpedo kapal selam Jepun.

16. Bayangkan pembelian kapal selam yang begitu memainkan peranan besar dalam peperangan pun kalian dah bising melalak bagaikan bayi yang mahukan susu ibunya, kalian masih berani bersuara menghentam kerajaan kerana tidak menghantar tentera ke sana?

16. Kalian memikirkan peperangan ini sesenang kalian bermain game Red Alert 3, Starcraft atau pun DoTa, tetapi ketahuilah bahawa sebenarnya ianya lebih daripada itu. Kalian pernah dengan mengenai Konvesyen Geneva di mana semua negara tertakluk dalam perjanjian yang dimeterai dalam perjanjian ini? Para fantasia penyelamat dunia tidak kenal pun itu semua.

17. Kita bukannya negara yang mempunyai kuasa veto seperti USA, China dan Russia yang sesenang menyerang negara lain tanpa PBB mampu berbuat apa-apa. Ada sesiapa di sini mampu beri jaminan bahawa Malaysia mampu menahan serangan balas daripada negara-negara bersekutu kerana telah memasuki campur urusan sesebuah negara?

18. Anda kena ingat isu di Mesir merupakan isu dalaman sesebuah negara. Andai kita masuk campur urusan negara itu, kita telah melanggar undang-undang dunia! Kita hanya boleh bertindak andai PBB mahu menghantar tentera pengaman.

19. Bila mana itu berlaku, Malaysia tidak pernah ketinggalan menghantar askar mereka membantu saudara seagama dengan kita. Somalia, Bosnia, Afghanistan, dan Lubnan sekadar contoh.

20. Siapa yang menyelamatkan tentera USA di Somalia dahulu? Siapa yang dijulang oleh rakyat Bosnia di eropah sehinggakan anak-anak yatim diserapkan ke dalam masyarakat Melayu di Malaysia? Siapa yang menghantar komando secara senyap membantu rakyat Bosnia kalau bukan Malaysia?

21. Mahu berperang pun memerlukan perancangan yang teliti, bukan terus membabi buta bersandarkan sentiment. Perang Yarmuk, Perang Uhud, Perang Badar, Perang Khaibar sekadar contoh peperangan dalam Islam yang saya bangkitkan. Nabi Muhammad S.A.W merancang taktikal, Khalid Al-Walid memikirkan strategi peperangan. Sultan Muhammad Al-Fateh menganalisis. Bukan terus menyerang bagai orang gila.

22. Ya, ALLAH akan membantu hambanya. Tetapi andai hambanya tidka berusaha, apakah ALLAH akan menukar takdir dan nasib hambanya? Tidak! Itu janji ALLAH. Analoginya senang, anda sekadar berteriak takbir sebelum menjawab soalan peperiksaan anda, apakah anda merasakan anda akan mendapat keputusan yang cemerlang anda tidak belajar? Tidak bukan?

23. Hayati kata-kata Sun Tzu di yang harus ditelan oleh setiap orang, belajar daripada manusia genius di bawah, ada beberapa yang saya rasa sesuai dengan artikel ini.

24. ““Victorious warriors win first and then go to war, while defeated warriors go to war first and then seek to win”.

25. “Strategy without tactics is the slowest route to victory. Tactics without strategy is the noise before defeat.”

26. “The greatest victory is that which requires no battle.” Ungkapan terakhir ini harus diselami oleh kita. Kita memenangi kemerdekaan negara kita tanpa peperangan dan begitu juga dalam menyelesaikan kemelut di Mesir.

27. Apakah kalian merasakan bahawa konflik di sana akan reda atau bertambah buruk apabila kita masuk campur? Fikir-fikirkan. Guna hak miranda sebelum hak bersuara. -HE-

Kepentingan Diri Keutamaan Dalam DAP..!!!


DAP yang mempunyai 'barisan peguam hebat' dalam kalangan pemimpinnya seharusnya lebih memahami peraturan dan bukan bertindak di luar bidang kuasa ketika menguruskan perjalanan parti.

Bekas Ketua DAP Cawangan Jalan Bagan Luar, G. Asoghan berkata, ekoran tindakan sesetengah pemimpinnya mempunyai kepentingan peribadi menyebabkan parti terjerumus ke dalam kancah memalukan apabila terpaksa mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC).

"Selama ini, pemimpin-pemimpin DAP seringkali melaungkan kononnya parti itu sebagai telus dan memperjuangkan kebenaran tetapi penyelewengan yang berlaku ketika pemilihan CEC tahun lalu membuktikan sebaliknya.

"Sehubungan itu, saya berharap parti dapat membuat jemputan secara telus kepada delegasi yang layak dan berhak mengundi dalam pemilihan semula CEC yang akan diadakan November ini.

"Kali ini, pastikan tiada perwakilan 'haram' yang didakwa diberi kuasa untuk mengundi. Saya hairan bagaimana perkara sebegini boleh berlaku kerana mereka ada peguam hebat dan berpengalaman," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini untuk membuat semakan mengenai tarikh sebutan kesnya mencabar DAP yang memecatnya daripada parti itu pada Jun lepas.

Menurut Asoghan, kesnya akan mula didengar pada 21 September ini dan beliau akan diwakili peguam V. Amereson.

Mengulas lanjut, Asoghan sekali lagi menegaskan, beliau masih ahli parti yang sah kerana jawatankuasa disiplin parti yang memecatnya terdiri daripada individu-individu yang memegang jawatan secara 'haram' kerana CEC lalu tidak sah.

"Sebenarnya saya masih sayangkan perjuangan DAP tetapi sangat berharap supaya pemimpin-pemimpin tertentu dalam parti mengubah sikap mereka," katanya. UTUSAN

Hina Sultan Perlu Dikenakan Tindakan Yang Keras...!!!


Penghinaan sebegini perlu diberikan pengajaran yang secukupnya kepada Ustaz Wan ..sampai bila Raja-raja Melayu kita perlu diperlakukan sebegini rupa? sudah banyak penghinaan dilakukan dan rakyat jelata masih lagi menggu apa tindakan terhadap penhkhianat-pengkhianat ini 

Perancangan yang dibuat bukan saja untuk menghapuskan pemerintahan beraja tetapi menghasut rakyat untuk melakukan demonstrasi jalanan bagi menghuruharakan negara ini.

Jika Yang di-Pertuan Agong yang ke-14 Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah tidak mengambil tindakan terhadap pengkhianat negara ini maka akan ada pengikut-pengikutnya yang lain akan menyusul menghina raja-raja Melayu.


Apa Lagi Bukan Islam Mahu!!!


MENTANG-mentang pengerusi sebuah NGO ini seorang peguam, sikit-sikit keluar kenyataan mahu menyaman kerajaan. Pada saya, tiada siapa yang larang. Negara ini, negara demokrasi sesiapapun ada hak.

Menang atau kalah, biar mahkamah menentukan. Tidak perlu gertak sana, gertak sini.

Sepanjang pengetahuan saya, banyak kes yang melibatkan sensitiviti agama, ada masa kita kalah, ada ketika kita menang. Kita menerima seadanya tanpa banyak soal. Contoh, kes perebutan mayat Nyonya Tahir 2008.

Setelah mahkamah memutuskan, menyerahkan mayat beliau kepada keluarga bukan Islam, kita menerima dengan dada terbuka tanpa banyak soal. Begitu juga kes Indira dan Ridzuan. Dua anak sudah berada di tangan ibunya. Tinggal seorang di tangan bekas suami.

NGO ini dengan banyak lagi NGO bukan Islam yang lain, sedang berusaha untuk memastikan lima negeri lain iaitu Perak, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Sarawak melakukan pindaan undang-undang untuk menjadikannya selari dengan Perlembagaan Persekutuan, berhubung kes seperti ini.

Satu rang pindaan ke atas Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) yang membenarkan seseorang ibu atau bapa untuk menukar agama anak cuba dibawa ke Parlimen.

Malangnya, belum sempat dibentang, telah ditarik balik selepas tentangan daripada kumpulan bukan Islam.

Mereka mahukan pasangan suami isteri bukan Islam, jika salah seorang daripadanya memeluk Islam, tidak ada hak untuk membawa atau mengIslamkan anak-anak mereka. Mereka mesti kekal dalam bukan Islam sehinggalah umurnya mencapai 18 tahun.

Katakanlah kita terbalikkan kes ini, si ibu itu Islam dan si bapa tidak Islam. Apakah pula keputusan hakim tersebut? Apakah si ibu akan mendapat hak penjagaan?

Apakah pertubuhan itu dan NGO bukan Islam lain akan setuju dengan keputusan ini?

Pada mereka, jika anak-anak tersebut ‘diislamkan’ ia merupakan suatu yang amat tidak adil kepada pasangan bukan Islam tersebut. Namun, jika anak-anak tidak diislamkan, boleh pula. Persoalan saya, siapakah pertubuhan ini untuk menentukan masa depan Malaysia?

Pesan saya kepada umat Islam, jangan sesekali menerima jemputan untuk berada dalam NGO ini.

Setakat ini, ada lima penganut ajaran (agama) di dalamnya. Setiap seorang daripada mereka boleh mewakili semua agama yang ada di situ. Jika ada wakil Islam, suara kita hanya ada satu. Manakala suara bukan Islam ada lima. Jika ada undian, pasti kita akan kalah.

Jika mereka mahu merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, hatta PBB sama sekali, silakan. Pokoknya, kita jangan goyah dengan desakan mereka. Ini urusan dalaman kita.

Kita ada perlembagaan negeri dan undang-undang syariah di bawah raja-raja Melayu. Apa yang perlu ditakutkan? Pertahankan. Jangan sama sekali benarkan agama Islam disamaratakan dengan agama lain.

Paling penting, lantik hakim yang beragama Islam mengendalikan semua kes ini, bukan sebaliknya. Pertubuhan ini mendesak supaya diperbanyakkan hakim bukan Islam di mahkamah agar keputusan tidak berat sebelah.

Nasihat saya kepada kerajaan. Tidak perlu. Kes berkaitan Islam mesti dikendalikan oleh hakim Islam, kerana Islam mengajar kita berlaku adil kepada bukan Islam.

Setakat ini, bila hakim bukan Islam mengendalikan kes-kes berkaitan Islam, pasti keputusannya tidak berpihak kepada Islam.

Sedarlah, kita sudah terlalu sangat bertoleransi dan berlembut. Bangunlah dari tidurmu umatku! Kita hari ini sudah terlalu banyak dihina di bumi sendiri. Jangan biarkan kita dihina lagi.

Pertubuhan ini selalu membangkitkan soal keadilan. Persoalan saya, apakah yang dimaksudkan dengan keadilan? Keadilan dalam Islam, bermakna meletakkan sesuatu pada tempatnya, bukan seorang sebiji?

Perlembagaan Persekutuan meletakkan kedudukan yang istimewa kepada agama Islam, selaku Agama Persekutuan dan agama anutan majoriti penduduk. Itu adil namanya, walaupun bukan Islam melihatnya tidak adil. Justeru, tidak perlu dipinda perlembagaan negeri atau diubah kedudukan mahkamah syariah.

Jika dipinda atau diubah, apa lagi yang tinggal kepada umat Islam. Sudahlah hak-hak istimewa mereka diambil, bahasa sendiri tidak terdaulat, kedudukan agama makin kecil dan sedikit.

Jika yang sedikit ini pun terus mahu diambil, apa lagi yang tinggal? Apa sebenarnya yang bukan Islam mahu? Sinar Harian

Guan Eng Tidak Mengaku Kesalahan Sendiri...!!!!



Dakwa Guan Eng, DAP tidak teragak-agak mencabar arahan ROS melalui semakan kehakiman jika Perdana Menteri memberi jaminan bahawa ROS tidak akan membatalkan pendaftaran DAP sekiranya perkara terbabit dibawa ke mahkamah.

Keengganan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengakui kesilapan berhubung kontroversi pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) terus dikecam pelbagai pihak yang menyifatkan beliau sebagai 'pemimpin ego dan hipokrit'.

Kalangan mereka juga menempelak dan mempersoalkan tindakan Guan Eng kerana mengheret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke dalam isu dakwaan penyelewengan pemilihan jawatankuasa parti tersebut.

Presiden Jaringan Cina Malaysia, Ng Lum Yong mendakwa, sikap Guan Eng yang tidak mengaku kesilapan, sebaliknya meletakkan kesalahan itu kepada pihak lain adalah perkara biasa bagi pemimpin sebuah parti yang kononnya 'memperjuangkan' ketelusan dan demokrasi itu.

''Kalau dia (Guan Eng) nak 'heret' Perdana Menteri dalam isu ini (kontroversi CEC), kenapa tidak Perdana Menteri terus mengarahkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan sahaja pendaftaran DAP?

''Inilah perangai Guan Eng, dia tidak akan mengaku segala kesalahan dan akan kata ini konspirasi politik. Kita lihat sudah banyak kali dia menyalahkan UMNO atau Barisan Nasional (BN) dan perangai sedemikian sama dengan rakan sekutunya yang menyalahkan pihak lain,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas 'drama' terbaharu Guan Eng yang masih tidak mengaku kesilapan berhubung kontroversi CEC dengan mengheret Najib apabila bertindak mencabar Perdana Menteri agar memberi jaminan 'keselamatan'.

Tindakan itu bertentangan dengan sikap 'gentlemen' Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mengumumkan DAP akan mengadakan pemilihan semula CEC seperti arahan ROS setelah siasatan mendapati pemegang-pemegang jawatan dalam pemilihan Disember lalu tidak sah.

Lum Yong berkata, Guan Eng selama ini hanya 'bermain' politik dan cukup ketara apabila mendakwa ROS akan mengeluarkan surat untuk membatalkan pendaftaran DAP semasa penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

''Sehingga kini ROS tidak bertindak sedemikian. Tindakan Guan Eng ini dilihat sebagai gimik politik semata-mata dan kita nak tanya, apa tindakan beliau jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tiba-tiba kata keputusan pilihan raya umum lalu berlaku kesilapan teknikal?

Mengulas perkara sama, Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata, sikap angkuh Guan Eng dalam berdepan dengan isu CEC bukan suatu perkara yang memeranjatkan.

''Ego Guan Eng makin meningkat selepas dua kali berjaya memegang Pulau Pinang dalam pilihan raya umum. Apa yang diputuskan ROS adalah berasaskan maklumat dan Karpal sendiri dapat menerimanya.

''Inilah Guan Eng, sikap pemimpin sebegini bukanlah contoh terbaik kepada negara. Amat malang mereka yang bernaung di bawah kepimpinan begini,'' ujarnya.

Dalam pada itu, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menyifatkan tindakan Guan Eng mengaitkan nama Najib dalam isu berkenaan sebagai merepek.

Malah, beliau mendakwa Guan Eng telah melakukan pelbagai pembohongan termasuk turut menjadikannya mangsa dalam isu perhimpunan haram Bersih 3.0 tahun lalu.

''Ini gaya Guan Eng yang telah banyak membuat pembohongan demi pembohongan. Daripada isu kononnya menolong seorang gadis bawah umur, kemasukan pelaburan asing ke Pulau Pinang sehingga kontroversi CEC, dia sudah banyak berbohong.

''Dalam isu CEC, nak heret Perdana Menteri pula, nak cabar keputusan ROS melalui semakan kehakiman. DAP sebelum ini banyak pertikai mahkamah, polis dan SPR tetapi kini nak guna mahkamah pula? Merepek,'' katanya.

Dalam pada itu, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah mengingatkan Guan Eng bahawa isu kepincangan pemilihan CEC DAP bukannya datang daripada ahli UMNO atau BN atau pihak lain tetapi disuarakan oleh akar umbi DAP sendiri.

''Kalau desakan mengadakan pemilihan semula CEC datang daripada pihak lain, sudah pasti itu ada perancangan tertentu tetapi ini desakan ahli DAP. Tetapi, kebiasaannya Guan Eng akan meletak segala kesilapan kepada orang lain termasuk UMNO dan BN sedangkan mereka ini tiada kena-mengena dengan DAP", katanya. UTUSAN

Agenda Tersirat Memurtadkan Malaysia...!!!!!


Agenda kesamarataan agama di Malaysia makin terserlah kata A.Karim Omar, Setiausaha Agung Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) selepas pendakyah Kristian dilaporkan telah bersumpah mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Pelangi’ atau ‘Rainbow Nation’.

‘Negara Pelangi’ kata A. Karim bukan setakat bermaksud keharmonian antara agama di Malaysia, namun ia membawa maksud yang lebih halus khususnya dalam konteks penyamarataan agama.

“Sebaliknya jika difahami dan dikaji dengan lebih terperinci, ia menunjukkan penganut Kristian ini mahu menjadikan semua agama adalah setaraf iaitu tiada yang lebih dan tiada yang kurang.

“Jika begitu, ia sangat bercanggah dalam perlembagaan negara. Yang jelas paksi negara kita ialah Islam, bukan agama lain.

“Tiada masalah jika mereka mahukan keharmonian antara semua bangsa, namun yang menjadi permasalahan apabila mereka mahukan penyamarataan antara semua bangsa dan agama,” ujarnya kepada Media Isma.



Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan beberapa helaian dokumen yang ditemui oleh Ustaz Muhammad Al-Amin di Palestin pada penghujung tahun lalu yang bertulis “We decree and declare that Malaysia will be a “Rainbow Nation” (Kami dekri dan mengisytiharkan bahawasanya Malaysia akan menjadi sebuah ‘Negara Pelangi’).

“Mana mungkin pendakyah Kristian mahu sama ratakan agama kerana sudah jelas dalam peruntukan perlembagaan negara Perkara 3 (1) iaitu Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan,” katanya lagi.

Menurut socialistreview.org.uk, ‘rainbow nation‘ adalah konsep sebuah negara yang mengiktiraf kedudukan hak-hak LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) di mana 7 warna pelangi, ‘rainbow flag‘ merupakan simbol penjuangan gerakan tersebut.

Mengapa PAS Menternak Syiah??





DAP Akur Dengan ROS.


Setelah mendapat tekanan daripada pelbagai pihak termasuk ahli akar umbi serta segelintir pemimpin parti, DAP akhirnya akur dengan arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

Tindakan DAP itu secara tidak langsung mengakui siasatan dan ketetapan ROS pada 17 April lalu bahawa pemegang-pemegang jawatan yang dibentuk oleh CEC pada 15 Disember lepas adalah tidak sah.

Keputusan drastik DAP itu dibuat dalam mesyuarat CEC di Jalan Pudu di sini malam tadi, selang sehari selepas mesyuarat tergempar Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) membincangkan isu yang sama Isnin lalu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, parti itu membuat keputusan mengadakan pemilihan semula CEC bagi menyelamatkan DAP daripada dibatalkan pendaftaran.

Keputusan itu dibuat tujuh bulan selepas pemilihan CEC 15 Disember lepas, yang diikuti siasatan ROS yang kemudian membuat ketetapan tidak memberi pengiktirafan kepada para pemegang jawatan CEC parti itu melalui notis yang dikeluarkan pada 17 April lalu.

Sehubungan itu, Karpal berkata, parti itu akan mengadakan mesyuarat khas Khamis ini bagi membincangkan persediaan mengadakan pemilihan semula CEC.
“Kami telah mengadakan mesyuarat CEC malam tadi dan sebulat suara bersetuju untuk mengadakan pemilihan semula demi kepentingan jangka panjang parti,” katanya.
Tambah Karpal, DAP terpaksa mengalah walaupun merasakan arahan ROS tidak mengikut lunas undang-undang.

“Setiausaha Agung, Lim Guan Eng telah beberapa kali ‘merayu’ kepada ROS untuk mengadakan pertemuan bagi membincangkan kemelut yang melanda parti namun usaha tersebut sia-sia.

“Setelah mengambil kira semua aspek, kami dengan berat hati membuat keputusan untuk akur dengan arahan ROS,” tegasnya.

Isu pemilihan CEC DAP tahun lalu menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan selepas parti itu dikatakan gagal memberi notis kepada 753 perwakilan yang merupakan ahli sah untuk mengundi dalam pemilihan tersebut.

Keputusan pemilihan itu yang diadakan pada 15 Disember tahun lalu menyaksikan tiada seorang pun calon Melayu terpilih.

Bagaimanapun selepas 19 hari berlalu, DAP tiba-tiba mengumumkan berlaku kesilapan teknikal dalam penjumlahan undi dan mengisytiharkan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari sebagai ahli CEC.

Insiden itu membawa kepada peletakan jawatan Pengarah Pilihan Raya DAP, Pooi Weng Keong selain beberapa ahli parti membuat aduan kepada ROS berikutan bimbang terdapat unsur-unsur manipulasi dalam keputusan tersebut.

Pada bulan Jun lalu, Ketua DAP Cawangan Bagan Luar, G. Asogan memfailkan kes di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang untuk mengetepikan surat pemecatan kepada beliau dengan alasan CEC tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan berkenaan.-Utusan

Melayu Di Anjingkan..!!!!


A008

Bagaimana (boleh dikekalkan perjanjian kaum kafir musyrik itu) padahal kalau mereka dapat mengalahkan kamu, mereka tidak akan menghormati perhubungan kerabat terhadap kamu, dan tidak akan menghormati perjanjian setianya. Mereka menjadikan kamu bersenang hati hanya dengan mulut mereka, sedang hati mereka menolaknya; dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. Surah

Lim Kit Siang Dan Lim Guan Eng Cuba Mempengaruhi ROS..!!!


DAP telah mengadakan mesyuarat tergempar untuk 'berunding' dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) bagi mengelak  parti itu mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

 DAP terus cuba mengelak daripada melaksanakan pemilihan tersebut seperti diarahkan ROS sebelum ini.

Guan Eng masih mahu berdolak dalih dalam isu CEC ini seperti tidak tahu apa yang berlaku.

"Kita hanya mahu dua penjelasan tentang sebab-sebab mengapa dan apa kuasa di bawah Akta Pertubuhan untuk ROS mengarahkan DAP mengadakan pilihan raya semula CEC.

"DAP sanggup mengadakan semula CEC dengan syarat kita diberikan penjelasan berhubung cara yang munasabah, sah berserta fakta," kata Lim Guan Eng dalam satu kenyataan.

Guan Eng enggan memberi sebarang komen kepada pihak media media yang menunggu di situ selepas mesyuarat berkenaan berakhir. Mesyuarat itu berlangsung di ibu pejabat mereka di Jalan Pudu,

Walau pun Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng bersikap besar kepala mereka jangan menganggap DAP kebal dari undang-undang apabila sengaja ingkar dengan arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk mengadakan pemilihan semula parti itu.

Dalam kenyataan Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim dalam Utusan mengatakan kedua anak-beranak itu seolah-olah mencabar kewibawaan ROS dengan cubaan melanggar undang-undang yang tertakluk di bawah pertubuhan tersebut.

Mereka sengaja mahu memanjangkan isu ini dan berasa diri seperti 'tokong' apabila dengan sewenang-wenangnya boleh mencabar pihak berkuasa.

"Kit Siang sengaja memanjangkan isu ini dengan mencadangkan siasatan awam manakala Guan Eng memberikan dua syarat kepada ROS. Mereka ingat mereka siapa?

"Mereka berdua pernah membuat drama tangisan untuk menarik undi simpati daripada umum. Apabila ada pihak mendedahkan isi kandungan ROS, terus mendiamkan diri, bahkan semasa bertemu dengan pendaftar, tidak pula cuba menyelesaikan isu tersebut, justeru tindakan tegas perlu diambil terhadap mereka berdua," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sememangnya Syiáh Sudah Lama Bertapak Di Malaysia...


Persoalan ini memang banyak bermain di fikiran kita rakyat malaysia yang sememangnya majoriti rakyat Islam Malaysia adalah Ahlus Sunnah.Kewujudan Syiah di Malaysia ini memang berlaku dan semakin membimbangkan malah mungkin akan menjadi wabak di mana aliran syiah ini menular juga di universiti-universiti tinggi di Malaysia.

Sungguhpun kegiatan Syi’ah di Malaysia sudah banyak diketahui umum melalui pemberitaan akhbar-akhbar harian dan mingguan, polemik dan penulisan makalah melalui akhbar dan majalah, seminar- seminar, ceramah-ceramah, perbincangan dalam halaqah tertentu dan sebagainya, namun kiranya perlu lagi disebut di sini, di antaranya;

1. Sebuah akhbar berbahasa Melayu bertarikh 25-10-1983 me1apurkan bahawa sekumpulan rakyat Malaysia termasuk tiga orang guru agama di Selangor sedang giat menyebarkan ajaran Syi’ah dari Iran di negeri Selangor dengan cara pergi dari rumah ke rumah. Ahli-ahli kumpulan itu telah pergi ke Iran selama dua minggu atas bantuan pihak tertentu.

2. Akhbar-akhbar tempatan pernah menyiarkan bahawa kumpulan Syi’ah Imamiah telah wujud di Petaling Jaya dengan bilangan seramai 200 orang dan sebilangan mereka dihantar ke Pakistan dan Iran. Mereka juga mempunyai sebuah sekolah di Melaka.

3. Sebuah akhbar mingguan bertarikh 6-8-1983 memberitakan bahawa sejumlah ulama dan tokoh Islam dari Malaysia telah menghadiri Muktamar Alami lil Hajji tajaan Iran di Dakka Bangladesh pada 26 hingga 30 Jun 1983.

4. Pada 16- 7 -1984, bertempat di perpustakaan awam Kota Bahru telah di langsungkan seminar haji yang dihadiri oleh lebih kurang 300 orang peserta. Tujuannya untuk mempelajari haji mengikut risalah Imam Khomeini dan Muktamar Haji Alami. Seminar ini adalah sebagai lanjutan Muktamar Haji Alami, di India dan Bangladesh, tetapi ianya bersifat tempatan. Gambar- gambar Khomeini dan pemimpin-pemimpin Iran memenuhi ruang seminar.

5. Pada 19-7-1987 seminar haji kedua telah berlangsung di sudut penulis Dewan Bahasa dan Pustaka atas anjuran Pusat Pemikiran dan Media Islam Al Alami. Di antara resolusi-resolusi yang diambil ialah: bahawa haji mempunya dua dimensi, politik dan rohani. Haramain mesti ditadbir oleh Badan Islam Antarabangsa di bawah ulama Islam yang amat layak. Taat kepada Imam Khomeini adalah penting bagi menjamin kedaulatan Islam dan kenangan terhadap golongan umat yang tertindas dalam perjuangan menentang musuh Islam kini.

6. Sebuah mingguan Islam bertarikh 2-10-1987 melaporkan bahawa Syi’ah Imamiah telah hidup subur di kalangan ulama tertentu dan setengah mereka telah terpengaruh dengan fahaman itu. Selanjutnya mingguan itu menyiarkan pendapat seorang ulama dan toloh akademik yang disegani yang menyeru para alim ulama supaya jangan lagi bertolak ansur dengan kesesatan ajaran Syi’ah dan berusaha menulis buku-buku yang menunjukkan percanggahan aqidah Syi’ah dengan ‘aqidah Ahlus Sunnah wal Jama’ah.

7. Penyebaran risalah-risalah Quds oleh Gerakan Pembebasan Al Quds Malaysia ke serata masjid-masjid dan tempat penting, yang memuat ucapan-ucapan para pemimpin revolusi Iran dengan komentar yang cukup memberangsangkan.

8. Memperingati Hari Quds Antarabangsa pada hari Jumaat terakhir bulan Ramadhan 1407, dimana pengerusinya menyampaikan perutusan Imam Khomeini.

9. Ceramah-ceramah tokoh-tokoh yang berpengaruh untuk meyakinkan pendengar tentang penerimaan ummat Islam terhadap Syi’ah Imamiah seperti yang berlaku di beberapa tempat di pantai timur.
10. Penampilan makalah-makalah yang membela dan mempertahankan ‘aqidah Syi’ah melalui akhbar dan majalah tertentu.

11. Perbincangan dan kumpulan tertentu atau pengajian melalui halaqah tertentu untuk mendalamkan pengetahuan dan mengukuhkan keyakinan terhadap Syi’ah.

12.Penganut syiah juga dikatakan menular melalui Politik dan ini amat membimbangkan di mana jika Pemimpin tersebut yang dikatakan penganut syiah akan mula mengajak atau mempelawa para-para pengikutnya dengan ajaran syiah sesat di malaysia. PNT

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive