Hot Beb !!! Dua Penyokong PAS Kena Renjatan Elektrik Ketika Pasang Bendera PAS dan DAP !!!


Gara-gara bersemangat untuk memasang bendera parti PAS dan DAP , dua rakan maut terkena renjatan elektrik apabila sebatang buluh yang diguna untuk menggantung bendera itu terkena kabel elektrik bervoltan tinggi di Kampung Tengah, Bukit Panau, dekat sini malam Jumaat.

Rosli Hussin, 47, dan rakannya Mohd Daisan Ibarahim, 37, yang terjatuh dan pengsan selepas terkena renjatan elektrik itu, disahkan mati di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Tanah Merah.

Abang ipar seorang daripada mangsa, Che Musa Mamat berkata adik iparnya, Rosli bersama empat rakannya ke kawasan itu untuk mendirikan buluh setingga kira-kira 12 meter untuk menaikkan bendera PAS dan DAP pada pukul 12 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah DSP Abdul Aziz Mahmood ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu awal pagi Sabtu.

Beliau menasihatkan orang ramai, khasnya penyokong parti politik supaya jangan terlalu ghairah bertindak memasang bendera politik sehingga mengabaikan keselamatan diri- SungaiRapat

Apa Makna DAP Membela Orang Melayu Pada Ketika Ini???


Baru-baru ini Parti Tindakan Demokratik (DAP) menyambut ulangtahunnya yang ke 46.

Selama hampir setengah abad parti serpihan parti pemerintah di Singapura iaitu PAP (Parti Tindakan Rakyat) mengamalkan budaya politik perkauman yang mementingkan hak bangsa Cina.

Sikap ekstremis DAP dalam memperjuangkan hak-hak kaum Cina di Malaysia tanpa memperdulikan sensitiviti bangsa Melayu yang menjadi tuan negara ini telah menjadi antara faktor pertama tercetusnya peristiwa berdasrah rusuhan kaum pada Mei 1969.

Sejarah mencatatkan bagaimana setelah parti Gerakan (pembangkang ketika itu) dan DAP menang besar di Kuala Lumpur dn negeri Selangor, penyokong-penyokong kedua-dua parti tersebut telah berarak sekeliling bandaraya di kawasan Chow Kit dan Kampung Bharu sambil melaungkan kata kesat, maki hamun dan caci cerca terhadap Umno dan bangsa Melayu.

"Melayu bangsat", "Melayu balik kampung", "Malaysia kami punya", "Pergi jahanam Melayu, Umno" adalah antara slogan-slogan yang menyakitkan hati orang Melayu di kibar-kibarkan di hadapan penempatan orang Melayu di kampung Bharu.

Sikap bongkak, sombong dan angkuh DAP telah menyemarakkan lagi kemarahan orang Melayu ketika itu dan fakta-fakta tentang insiden rusuhan kaum yang berlaku selepasnya tercatit dengan kemas dalam lipatan sejarah negara yang tidak boleh dikelentong oleh DAP.

Walaupun peristiwa 13 Mei sudah lebih empat dekad berlalu, namun DAP tetap dengan sikap anti-Melayu, anti-Islam dan cauvinisnya. Klik Di http://m.youtube.com/#/watch?v=GtkDPvHyVm0

Pernah Karpal Singh (Pengerusi Kebangsaan DAP sekarang) membuat kenyataan yang membarakan hati orang Melayu apabila berkata "langkah mayatnya dahulu" sebelum orang Islam terlintas difikiran mereka untuk melaksanakan undang-undang Islam di negara ini.

Kini setelah berjaya memenangi Pulau Pinang yang diidamkan selama ini dengan bantuan PKR dan PAS, DAP menukar wajah dan watak untuk terus menipu orang Melayu.

Parti ini kini kononnya muncul sebagai 'pejuang' dan 'pembela' orang Melayu dan seperti musang yang berbulu ayam berkempen kepada orang Melayu bahawa DAP akan mempertahankan hak-hak orang Melayu, Islam dan bahasa Melayu sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Persoalannya mengapa setelah 46 tahun baru hendak membela nasib orang Melayu dan tunjuk konon sayang kepada orang Melayu?

Kalau tidak kerana tamakkkan kuasa dan mahu merampas kuasa politik, DAP tidak akan sesekali mahu tunjukkan sikap yang lunak kepada orang Melayu.

Antara langkah DAP untuk me"Melayu"kan parti itu ialah usahanya untuk menarik seramai mungkin cerdik pandai Melayu menyertai parti itu.

Kenapa yang disasar hanya kalangan professional dan cendikiawan Melayu sahaja?

Kalau benar-benar hendak menolong orang Melayu, DAP harus membuka pintu seluas-luasnya kepada orang Melayu bukan golongan tertentu sahaja.

Sejak bila pula DAP bercakap
mengenai isu-isu berkaitan
orang Melayu?

Di mana DAP selama ini apabila
orang Melayu memerlukan
pembelaandalam segenap aspek
kehidupan seperti pendidikan,
ekonomi,kesihatan dan
sebagainya?

Sekarang mereka bercadang untuk meletakkan calon-calon Melayu di Pulau Pinang untuk mengukuhkan kedudukan politik mereka.

Sekali lagi balaci setia DAP iaitu PAS menyokong penuh cadangan tersebut.

DAP yang ketika ini berkecamuk dengan krisis dalaman di antara pimpinan kanan mereka, cuba pula menggunakan taktik calon Melayu untuk menarik undi pada pilihan raya umum akan datang.

Mereka tahu undi Cina hanya setakat 30 peratus sahaja dan undi Melayu akan menjadi penentu dalam mana-mana kerusi parlimen atau DUN.

Oleh itu DAP mengaburi mata orang Melayu dengan menampakkan parti itu mementingkan orang Melayu.

Hakikatnya matlamat terpenting DAP tidak pernah lari daripada landasan iaitu untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah republik dan menghapuskan sistem Raja-raja Melayu serta dominasi politik Melayu.

DAP hanya berjuang untuk kaum Cina, dan tidak pernah bercadang untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi orang Melayu.

Setelah empat tahun di bawah DAP, nasib orang Melayu di Pulau Pinang terus tidak terbela malah tidak menampakkan sebarang perubahan pun.

Yang penting orang Melayu mesti rapatkan saf dan bersatu untuk melenyapkan pengaruh parti perkauman ini.

Selagi DAP bernafas, selagi itu risiko berlakunya semula rusuhan kaum tetap menghantui fikiran rakyat.

Beri Ruang Kepada Golongan Profasional - Tun Mahathir.


Kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan Umno perlu membuka pintu seluas-luasnya untuk golongan profesional cerdik pandai menyertai parti itu dan seterusnya diketengahkan sebagai calon pada pilihan raya umum.
    
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat parti itu kini mempunyai masalah ketandusan pemimpin gara-gara kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan yang menyekat kemasukan mereka ke dalam Umno.
    
"Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS.
    
"Ini akhirnya menyukarkan Umno mencari calon sesuai bagi menentukan kemenangan pada pada pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Simposium Budaya Global anjuran Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah di Melaka semalam.
    
Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Latifah Koya Macam Orang Gila..!!!!






Didalam video diatas kita sebenarnya melihat satu bentuk kerakusan pemimpin Pembangkang yang mana Lathefa Koya dari PKR yang merupakan Ahli majlis Perbandaran Petaling Jaya memarahi Jurulatih Rugby yang tidak berpuas hati apabila latihan yang beliau lakukan bersama kanak kanak diganggu oleh pendemo yang sudah pastinya dari Pakatan PAS,PKR dan DAP.

Kerana mempunyai kuasalah Lathefa Koya dari PKR bertindak memarahi jurulatih tersebut sehinggakan jawatan beliau sebagai Ahli Majlis juga disebut kepada jurulatih itu seakan menunjukkan kuasa yang ada pada beliau agar jurulatih tersebut akur dengan kuasa yang ada pada Pemimpin PKR. KLIK DI PAPA GOMO


Dimana Geran Selangorku RM300 Juta...????


PERSOALAN yang ditimbulkan oleh ADUN Bebas dari Gombak Setia, Datuk Dr. Hasan Ali berhubung perbelanjaan sebanyak RM 300 juta untuk program geran Selangorku, memang menarik untuk menjadi topik perbincangan kita hari ini.

Pertama untuk menunjukkan bahawa bajet berimbang yang dibentangkan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim pada sesi pembentangan belanjawan negeri Selangor November lepas adalah ‘wayang’ semata-mata. Taktiknya, masa bentang bajet, mesti mau tunjuk itu bajet berimbang konon kerajaan Selangor punya standard belanja berhemah, sedangkan sepanjang tahun itu, setiap kali ada sesi DUN, kerajaan negeri akan mengemukakan bajet tambahan.

Hujung tahun nanti, bajet kerajaan negeri akan ditutup dalam keadaan defisit (belanja lebih dari apa yang dibentang dalam belanjawan).

Inilah taktiknya yang selalu digunakan Pakatan Rakyat untuk menipu rakyat selama 4 tahun memerintah Selangor ini. Penulis percaya, taktik sama digunakan di negeri-negeri dibawah Pakatan Rakyat yang lain juga, melainkan Kelantan sebab negeri itu sentiasa sahaja tak berduit.

Keduanya tentang sumber. Inilah persoalan yang dibangkit Hasan Ali, dari mana sumber wang ini datang kerana ia tidak dalam dalam akaun Menteri Besar Incorporated (MBI) kerana dalam pembentangan bajet lepas, Khalid mengatakan perbelanjaan untuk geran ini akan ditampung oleh MBI.

Sedangkan Khalid telah melancarkan program ini pada Februari lepas, untuk dilaksanakan pada bulan Mac tapi seperti yang dikatakan oleh Hasan Ali, wang tersebut tidak lagi dicatat dalam akaun MBI. Sekarang sudah 27hb Mac tau, mana wang itu sudah pergi?

Jawapan Khalid bahawa Exco telah dimaklumkan Februari lepas, itu tidak memuaskan hati kita atas sebab selain dari tidak menjawab soalan, rakyat tidak kira latar belakang perlu dimaklumkan sumber pembiayaan tersebut. Kalau segelintir Exco sahaja dimaklumkan, itu adalah satu kezaliman kepada rakyat kerana Exco hanya mewakili pentadbiran kerajaan negeri sedangkan DUN mewakili rakyat. Seharusnya DUN dimaklumkan terlebih dahulu, bukan setakat Exco sahaja.

Lagipun dalam Exco semua ‘yes’ man. Tiada bantahan walaupun ada yang tidak kena, maklumlah, takut hilang jawatan.

Tindakan mendedahkan butiran sumber mana wang ini datang kepada Exco sahaja menunjukkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan geran Selangorku ini. Apa yang cuba disembunyikan? Adakah geran ini sebenarnya untuk menampung perbelanjaan pilihanraya Pakatan Rakyat dalam kempen PRU akan datang?

Bukankah Pakatan Rakyat Selangor selalu mencanangkan bahawa mereka adalah kerajaan yang telus dan terbuka, tiada noda walaupun seinci? Kenapa pula dalam hal menjelaskan sumber wang RM 300 juta ini, mereka tidak bersikap telus dan terbuka?

Kita perlu ingat, Selangor pada tahun ini baru sahaja mendapat durian runtuh kerana kerajaan persekutuan telah meluluskan pembayaran sebanyak RM 800 juta sebagai pampasan untuk pengambilan tanah bagi tujuan pembinaan Putrajaya. Tapi wang ini telah dimasukkan Khalid Ibrahim ke dalam akaun simpanan kerajaan negeri yang dibanggakan sangat itu kerana pertama kali dalam sejarah Selangor mempunyai simpanan mencecah RM 1.9 billion.

Justeru penulis tidak rasa Khalid akan menggunakan wang ini untuk tujuan pembiayaan program tersebut kerana itu akan hanya mengurangkan simpanan kerajaan negeri yang dibanggakan sangat tu.

Selain itu, dari segi prinsipnya, hanya kerajaan yang nak bankrap sahaja menggunakan wang simpanan untuk perbelanjaan pengurusan.

Ini menjelaskan kenapa soalan Hasan Ali ini penting untuk dijawab Khalid Ibrahim, bukan mencari jalan untuk mengalihkan isu (divert). Rakyat tidak mahu tahu sama ada Exco sudah dimaklumkan atau tidak, ini bukan wang Exco tapi wang rakyat.

Jadi Khalid, kami menanti jawapanmu.

BONGKAR!!!: Speaker Teng Chang Kim Kantoi SMS Berat Sebelah...


Satu SMS dari Speaker telah membuatkan sidang kecoh, dan ADUN BN bertindak keluar meninggalkan dewan.  Semuanya gara-gara SMS dibawah:

"This is possibly the last winding up sessions for exco, opportunity should be fully used to talk about our success in the past 4 years like way Yaacob is doing now". 

Begitulah kandungan SMS yang didakwa dihantar oleh Teng Chang Kim kepada Exco kerajaan negeri.  

Persoalannya, bukankah ianya bertentangan dengan amalan kebiasaan sidang, di mana seorang Speaker tidak boleh berlaku berat sebelah (bias, in favour to etc)?  Perkara ini benar-benar mengejutkan, kerana jelas Teng mengeluarkan arahan, atau mengetuai tindakan bersepadu bagi memberi peringatan kepada exco untuk perform demi kepentingan kerajaan negeri?  

Tentunya Teng mampu berbuat demikian, kerana berada di dalam sidang dewan, dan beliau tahu dan faham apa yang sedang berlaku.  He is monitoring the performance of excos, in favour to the state government!

Seharusnya, ia menjadi tugas Menteri Besar dalam hal arahan seperti ini, dan bukannya speaker dewan!

"Talk about our success" jelas merujuk kepada kerajaan negeri, di mana Teng selaku speaker dewan, telah terang, jelas dan nyata meletakkan dirinya sebagai salah seorang ahli dalam kumpulan SMS itu.  Itu satu petunjuk bahawa dia menyatakan pendiriannya.  

Dan peringatannya "This is possibly the last winding up sessions for exco", pula membawa kepada pemberitahuan kepada "exco-exconya", tentang apa yang sedang bermain di fikirannya.  Seperti bermain catur, Teng sedang menggerakkan pawn, castle, bishop dan knight dsb untuk membuat CHECK MATE!  

Segalanya dirancang, kemudian Teng seolah menyampaikan taktiknya kepada barisan exco kerajaan negeri.  Jadi, Teng bertindak sebagai MASTERMIND!

Setelah 4 tahun memerintah, hari ini, ditakdirkan oleh Allah, segalanya terbongkar.  Bukan menuduh, namun sama-sama kita fikirkan, apakah modus operandi yang sama telah berlaku sejak 2008 yang lalu?  

Teori di atas bakal menjawab cerita-cerita politik, bahawa Khalid Ibrahim hanyalah boneka untuk DAP.  Tugas yang seharusnya dipikul dan dilaksana oleh Khalid, rupanya dighaibi oleh Teng.  

Yaakob (spt di dalam SMS tersebut) merujuk kepada Yaakob Sapari, hero berkain pelikat yang berjaya menumpaskan sebuah lori pasir hantu, yang kemudiaannya tertumpas diri sendiri akibat tidur di sidang DUN.  

Cuba anda bayangkan, sekiranya permainan "catur" ini telah berlaku sejak 2008 kelmarin dulu.  Apa pun, bak kata pepatah zionis:

Sepandai-pandai tupai betina melompat, akhirnya dapat di snap foto bogelnya!

Muahahahahahaha... :- GT

Teo Nie Ching Percaya MMS Yang Diterima Mirip Anwar Ibrahim Bersama Cina Doll...!!!


Anggota Parlimen kawasan Serdang Teo Nie Ching hari ini membuat laporan kepada Biro Aduan Pengguna Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung foto dan video lucah yang diterima melalui telefon bimbitnya.

Teo berkata beliau menerima mesej video dan gambar lucah dari individu yang tidak dikenali sebanyak tiga kali iaitu dua MMS pada 19 Mac antara 10.28 mal;am dan 10.55 malam, dan mesej video selama dua saat pada keesokan harinya.

Katanya gambar dan video berkenaan yang menunjukkan seorang lelaki bogel mirip ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama seorang wanita itu bertajuk 'Anwar Tidak Bermoral' dan 'Anwar Pembohong'.



Teo berharap SKMM akan segera mengambil tindakan terhadap individu terbabit agar MMS seperti itu tidak tersebar dalam kalangan masyarakat. - Bernama

PKR Zalim, Makan Hasil Rakyat...!!!


BN sering dituduh kejam, zalim, tindas rakyat dan pelbagai lagi tuduhan-tuduhan jahat lain yang dilemparkan oleh pembangkang. Mereka cukup bijak mengalihkan perhatian rakyat untuk menutup perkara-perkara buruk yang mereka lakukan.

Hari ini kami di selangordaily.com ingin berkongsi dengan anda kisah kemunafikan dan kezaliman kerajaan Selangor dibawah pemerintahan PKR dan DAP.

Sebidang tanah seluas 142 hektar telah diberikan oleh Kerajaan Selangor pada tahun 1998 di Bistari Jaya , Kuala Selangor untuk dijadikan sebagai Taman Agroteknologi. Kemudian pada tahun 2000 selepas Kementerian Pertanian memperkenalkan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Taman Agroteknogi tersebut bertukar menjadi TKPM.

Tujuan diwujudkan TKPM adalah seperti berikut

Mewujudkan zon pengeluaran makanan yang kekal; Menggalakkan penyertaan usahawan tani dan swasta dalam pengeluaran makanan dan; Penanaman berterusan dan pengeluaran tanaman makanan yang berkualiti.

Antara konsep dan ciri-ciri projek pula dirangka seperti berikut

Melibatkan MOU antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kerajaan Persekutuan akan menyediakan kemudahan asas/ infrastruktur ladang Kerajaan Negeri akan menyediakan tanah yang perlu digazet sebagai TKPM :- KLIK DISINI http://www.selangordaily.com/?p=4088

Dr. Ooi Tiada Kepentingan Dalam DHPP - Hadi Awang.


2 GEORGETOWN - Merasakan jasa dan khidmatnya dalam Pas seperti tidak diperlukan lagi, Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Pulau Pinang, Dr Ooi @ Vellautham mengambil keputusan meletak semua jawatan dalam parti itu berkuatkuasa, hari ini.

Ooi yang juga Ketua Penerangan DHPP Pusat berkata, keputusan yang diambilnya itu bukan kerana kecewa terhadap Pas, namun merasakan khidmat dan kesetiaannya kepadaparti itu selama 20 tahun tidak dihargai, selain pandangannya demi kebaikan parti tidak diambil berat oleh kepimpinan tertinggi.

Ooi lebih yakin dengan tindakan itu apabila Pas Pusat dilihat seperti meminggirkan DHPP Pulau Pinang dengan memutuskan untuk tidak memilih calonnya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Saya terpaksa ambil keputusan berundur sebab tidak lagi dapat melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan selama ini sehingga menyebabkan Pas Pusat meminggirkan kami," katabeliau pada sidang media di sini petang ini.

Dalam pada itu, Ooi berkata, kira-kira 50 ahli DHPP negeri mengambil langkah yang sama dan berkemungkinan lebih ramai lagi yang akan meninggalkan parti itu.

Ditanya sama ada akan menyertai Barisan Nasional (BN) jika ditawarkan, Ooi berkata, ia akan dipertimbangkan.

Sebelum ini, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Pas menjangkakan akan menurunkan lebih ramai calon bukan Islam pada PRU13. Berikutan langkah itu, kepimpinan Pas di Selangor, Johor, Perak, Kedah, Sawarak dan Sabah diminta memberi perhatian dalam pembahagian kerusi termasuk meletakkan calon dari DHPP untuk bertanding. :- Sinar

Johari Abdul Masih Berangan Nak Jadi MB Kedah....!!!!


RADIO Kedah kelmarin menyiarkan temuramah dengan Ahli Parlimen Sungai Petani dari PKR, Johari Abdul yang mendakwa Pakatan Rakyat masih mampu mengekalkan kuasa di Kedah, walaupun tanpa sokongan dan undi dari masyarakat India.

Kenyataan ini menunjukkan betapa bongkak dan takburnya Johari Abdul dengan tahap kekuatan Pakatan Rakyat di Kedah sekarang sehingga memandang rendah keupayaan pengundi kaum India dan sumbangan mereka kepada pembangunan negeri tersebut.

Sedangkan kita semua tahu bahawa Kedah adalah antara negeri yang bakal terlepas semula ke tangan Barisan Nasional, bukan sebab kekuatan BN tapi kerana kegagalan PAS dan Pakatan Rakyat menunjukkan prestasi pemerintahan yang baik, dibanding dengan kerajaan BN sebelumnya. Cakap memang banyak tapi satu apa tak dibuat. Tak kira lagi perbalahan dalam kerana masing-masing mabuk nak menjadi Menteri Besar.

Dulu bolehlah, masa jadi pembangkang, semua pun digebang besar-besaran. Itu boleh ini boleh. Tapi bila dah jadi kerajaan baru tahu susahnya nak menguruskan kerajaan.

Kalau pun ada ‘sumbangan’ PAS di Kedah yang boleh diingati rakyatnya ialah kejadian banjir kilat yang kerap, hasil dari penggondolan hasil hutan (terutama balak) di Kedah sejak PAS mengambil alih.

Walaupun kita tahu, kenyataan Johari Abdul itu terhasil dari rasa tidak puas hatinya kepada Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang mengisytiharkan keluar PKR pada tahun sudah, tapi tidak wajarlah dia mempalitkan tindakan tersebut kepada seluruh masyarakat India di Kedah.

Undi, walaupun satu, mampu memberi kesan kepada keputusan pilihanraya di kawasan tersebut.

Johari Abdul sedar, hilai tawanya bersama trio Datuk T dalam kes pendedahan video lucah yang membabitkan Anwar Ibrahim, sedikit sebanyak sudah mencalarkan imejnya sebagai penyokong setia Anwar. Di belakang buat main lagi tunduk patuh pada Anwar ya, dibelakang, dialah yang paling hebat mengata.

Semua inilah sebenarnya yang mengurangkan ‘nilai’ Johari Abdul untuk dicalonkan semula sebagai Ahli Parlimen dalam kempen pilihanraya umum akan datang. Dia tahu itu, maka itu dia banyak membuat kenyataan-kenyataan yang sebenarnya boleh merosakkan PKR dari luar dan dalam.

Malangnya orang India pula dijadikan subjek kecama Johari Abdul dalam usahanya mensabotaj PKR dari dalam.

Orang India di Kedah sepatutnya mengambil kenyataan Johari Abdul ini dalam menentukan kerajaan mana yang mahu dipilih dalam pilihanraya akan datang. Malulah orang India jika peranan dan kepentingan mereka di pandang mudah dan rendah oleh parti yang memerintah. Walhal sebagai warganegara, orang India mempunya peranan dan fungsi besar memajukan negate ini, tidak terkecuali negeri Kedah – walaupun populasi mereka di negeri tersebut adalah kecil.

Kerajaan Selangor Ada 32 Dosa Besar...!!!!


Berdasarkan kepada bukti-bukti dan beberapa pendedahan tersebut, rakyat Selangor boleh menilai prestasi Kerajaan pakatan pembangkang Selangor selama empat (4) tahun tempoh pemerintahannya. Bukan sahaja gagal menunaikan semua janji-janji PRU 12, tetapi tidak mampu menjamin keselamatan, kesejahteraan dan kestabilan politik Selangor yang sentiasa bergelora sepanjang pemerintahannya. Jika kerajaan ini terus diberi mandat baru, akan kucar kacirlah pentadbiran negeri. Rakyat berpuak-puak. Kemungkaran berleluasa. Maksiat di sana sini. Matlamat Selangor negeri maju tidak tercapai. Malahan Selangor menoleh ke belakang.

Semua bukti-bukti di atas melibatkan isu-isu pokok iaitu isu kredibiliti Kerajaan, ketelusan, pertanggungjawaban, dan kecekapan selaras dengan prinsip-prinsip tadbirurus baik. Inilah asas-asas perincian kepada keyakinan dan kebolehpercayaan rakyat kepada Kerajaan. THE TRUST ON THE GOVERNMENT  terutama yang melibatkan tubuh badan YAB MB dari Ijok yang selalu digembar gemburkan sebagai tokoh korporat berwibawa tapi indah khabar dari rupa.

Difahamkan tidak berlaku banyak interaksi dan dailog terbuka diantara Penasihat Ekonomi Selangor dengan lain-lain Anggota Exco Kerajaan apalagi dengan Ketua-ketua Jabatan serta agensi Kerajaan negeri Selangor. Apa yang berlaku hanya berdua sahaja – antara beliau dan YAB MB. Di mana ketelusannya?

Fikirkan Bersama

Hancur Pakatan!!

KLIK DI KGC






PEMBANGKANG BERKOKOK MENDENGAR KATA-KATA DAP..!!!


Parti cauvinis Cina, DAP menyeru agar semua ahli parti dan juga dari Pakatan Rakyat bersiap sedia berdepan dengan apa yang didakwanya sebagai pilihan raya umum paling kotor.

Semboyan yang sama didengar apabila DAP, PAS dan PKR bersama-sama dalam Barisan Alternatif pada PRU ke 12 pada 2008 dan sebelum itu pada 2004, 1999 dan lain-lain PRU sebelum ini.

Bagi DAP dan parti pembangkang lain, setiap pilihan raya umum adalah yang paling kotor bagi mereka.

Malah melihat kepada semua dakwaan kosong mereka itu, tidak diketahui mana satu PRU yang paling kotor seperti yang didakwa dakwi selama ini.

Hakikatnya negara bakal menghadapi pilihan raya umumnya yang ke-13 sejak merdeka hampir 55 tahun lalu.

Bermula dari kemenangan besar Parti Perikatan yang mengikat kerjasama tiga parti mewakili tiga kaum terbesar di negara ini iaitu Umno, MCA dan MIC, kerjasama yang sama menjelma dalam bentuk Barisan Nasional pada pilihan raya umum 1974, setelah lebih empat tahun negera di bawah pentabdiran Mageran.

BN terus mengungguli kemenangan demi kemenangan sehingga ke hari ini.

Kemenangan yang dicapai pula jauh daripada apa yang  didakwa pembangkang sebagai 'kotor', 'dimanipulasi', 'berat sebelah' dan sebagainya.

Hakikatnya rakyat sedar apa yang dijanjikan oleh BN selama ini samada dalam manisfesto pilihan raya mahupun dasar-dasar pembangunan yang digubal, semua dikota dan dilaksanakan.

Tidak mungkin Malaysia pada satu masa dahulu muncul sebagai salah satu 'Harimau Asia' dengan kemajuan ekonomi dan kewangan yang menakjubkan sekiranya negara mundur dan tidak membangun.

Malaysia juga masih terus menjadi antara destinasi pelaburan asing yang terbaik di rantau ini kalau tidak di dunia.

Sudah tentu segala program dan dasar pembangunan ekonomi di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, akan terus membawa Malaysia senagai sebuah negara yang kaya, maju, progresif dan membangun sesuai dengan matlamat Visi 2020.

Pembangkang terutamanya DAP tidak rela melihat negara maju di bawah BN.

Sebab itu parti itu dan juga PKR serta PAS sentiasa mengelirukan rakyat dengan membangkitkan isu-isu yang digembar-gembur sebagai rasuah, penyelewengan.

Ketika pembangkang sibuk menfitnah dan melontarkan pelbagai tuduhan tidak berasas kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri, pembangkang pula tidak mempunyai apa-apa dasar yang mampu membuktikan kepada rakyat ia adalah jauh lebih dari BN.

Malah jika dilihat prestasi negeri-negeri yang di tadbir Pakatan Rakyat, tidak ada langsung pelaksanaan program pembangunan yang benar-benar boleh dikata mercu tanda kejayaan mereka.

Malah di Kelantan yang diperintah PAS sejak 20 tahun lalu, umpamanya, rakyat negeri itu masih ramai yang terpakasa meminum air perigi kerana bekalan air bersih gagal diimplementasikan.

Di Selangor pula, negeri yang diterajui PKR itu tidak kurang kepincangannya dengan kes pencurian pasir berleluasa sejak 2008.

Malah yang didakwa menjadi dalang kepada kecurian hasil mahsul negeri itu tidak lain tidak bukan adalah pemimpin-pemimpin PKR sendiri.

Kedah pula di bawah PAS menghadapi krisis kepimpinan yang serius.

Menteri BeSar yang dianggap degil, bongkak dan jahil mahu di paksa turun oleh beberapa Exco PAS yang lain.

Akhirnya pembangunan negeri terbantut akibat pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat saling bertelagah sesama sendiri berebut kuasa.

Di Pulau Pinang, Lim Guan Eng cuba memikat hati orang Islam dengan meningkatkan peruntukan kepada Jabatan Agama Islam negeri itu, seolah-olah hendak membuktikan orang Islam tidak pernah membangun di bawah BN.

Taktik DAP ini hanya satu muslihat politik untuk terus menipu dan mengaburi mata orang Melayu.

Parti itu pada dasarnya adalah serpihan daripada PAP yang berkuasa di Singapura.

Ketika pilihan raya umum 1964, PAP menggunakan slogan 'Malaysian Malaysia' sebagai tema kempennya.

Setelah Singapura dikeluarkan dari Persekutuan Malaysia pada 1965, slogan yang sama dijadikan cogankata DAP pula.

Ini menjadi bukti bahawa agenda DAP adalah untuk melenyapkan kuasa politik Melayu seperti mana yang berlaku di Singapura sekarang.

Karpal Dengan Ramasamy Berperang???


Karpal Singh betul-betul menyinga kali ini apabila Jawantankuasa Disiplin DAP mengambil keputusan membebaskan P. Ramasamy daripada tuduhan melanggar disiplin parti.

Pelik bin ajaib betul sikap Godfather DAP seorang ni, Disember tahun lepas, dia juga yang beria-ia mahu pertelingkahannya dengan Ramasamy d
iserahkan jawatankuasa tatatertib parti untuk diselesaikan.

Selepas berperang mulut dengan timbalan setiausaha agung DAP, P Ramasamy, pengerusi kebangsaannya, Karpal Singh berkata, beliau lebih suka krisis tersebut diselesaikan melalui saluran dalaman parti.
- Malaysiakini, 29 Disember 2011 -

Namun, bila keputusan tidak mengikut kehendak nafsunya sebaliknya memihak kepada Ramasamy, dia pula yang meloncat tak puas hati.

Sudah tabie agaknya, keadilan hanya di akui oleh Karpal hanya bila ianya memenuhi seleranya saja. Jika sebaliknya, selagi itulah dia akan melompat sambil mendabik dada dialah godfather dan dialah pembawa panji keadilan di seantero dunia.


Perang terbuka antara Karpal dengan Ramasamy sebenarnya hanyalah lanjutan daripada protes kecil kaum India terhadap Karpal SIngh & DAP yang sekian lama dilihat hanya mempergunakan sokongan masyarakat India untuk kepentingan politik saja.

Apabila kuasa sudah berada dalam tangan, pengorbanan kaum India di perkecilkan, tidak ubah umpama habis madu sepah dibuang.

Malah sejak wujudnya pertelingkahan terbuka antaranya dengan Ramasamy, telah ramai pemimpin & ahli DAP keturunan India yang dipecat atau digugurkan jawatan mereka hasil campurtangan Karpal Singh.

Termasuklah kes terbaru pengguguran empat orang ahli DAP yang menganggotai Lembaga Pembiayaan Hindu & Lembaga Rayuan Negeri.

Dalam pada itu, Bernama melaporkan Karpal Singh juga mengesahkan pemimpin tertinggi DAP mengambil keputusan untuk menggugurkan empat anggota parti, yang dilantik oleh Ramasamy yang juga adalah timbalan ketua menteri Pulau Pinang II, daripada Lembaga Pembiayaan Hindu dan Lembaga Rayuan Negeri dalam masa terdekat.
- Malaysiakini, 18 Mac 2012 -

Pantang kena dikritik, terus dikorek hingga ke lubang cacing mencari siapa saja yang bersekongkol menyokong P. Ramasamy, tiada yang akan terselamat.

Dulu pun, waktu wujudnya penentangan terbuka terhadap kepimpinan diktatorship Lim Kit Siang yang digerakkan oleh Wee Cho Keong, ramai pemimpin berkaliber DAP menjadi mangsa kerakusan kuasa Lim Kit Siang.

Segalanya dilakukan demi untuk mempertahankan kedudukan masing-masing dalam DAP.

Lim Kit Siang dengan agendanya meng 'dinasti' kan DAP begitu juga Karpal dengan gerakan untuk meletakkan anak-anaknya dalam kepimpinan pusat parti.

DAP yang gah bercakap soal kebebasan bersuara, hak menyuarakan pendapat akhirnya menjadi parti anak beranak yang hanya sesuai di ikuti oleh pak turut dan pak sanggup.

HOT BEB..!!! Video Sex Ulang Tahun Anwar Ibrahim...!!!

Shuhaimi Penipu - Mohd Isa....!!!

alt

Kerajaan Negeri Selangor menerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Muda Shuhaimi Shafieidi enggan melampirkan sebarang bukti berkenaan tuduhan berlakunya penjualan tanah secara haram oleh ADUN Barisan Nasional.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali Mohd Isa Abu Kasim mendakwa, Shuhaimi hanya melemparkan tuduhan sedemikian bagi menutup permasalahan korupsi yang berlaku ke atas beliau melibatkan soal Penjualan Pasir di Negeri tersebut.

"Shuhaimi menuduh kononnya ada dari kalangan ADUN BN telah melakukan penyelewengan penjualan tanah rakyat walhal tidak berani mengeluarkan bukti terhadap pertuduhannya itu," jelas beliau pada Sidang Media di Dewan Persidangan DUN Selangor hari ini.

Isa juga mempersoalkan sikap Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) yang bukan sahaja tidak pernah memanggil setiap ADUN BN yang berhadapan dengan tuduhan Kerajaan Negeri, malah tidak serius dalam menangani isu yang sedang berlaku membabitkan penyelewengan Pasir melibatkan ADUN Pakatan.

"Bagi saya tidak adil. Kenapa tidak berani panggil kami. Kena panggil saksi. Speaker kena lebih tegas. Jangan tuduh tanpa bukti," tegasnya.

Sidang DUN Selangor yang bermua hari ini bakal berhadapan dengan isu-isu berbangkit yang di antaranya merupakan isu Penyelewengan Penjualan Pasir dan Tanah Rizab Melayu sepertimana yang dibangkitkan Sultan Selangor pada Ucapan Perasmian semalam. KLIK DISINI

HOT BEB..!!! Video Porno Anwar Ibrahim Layan Ayam Bangkok..!!!



Agak menarik untuk diperkatakan mengenai video Anwar Ibrahim bersama wanita Thailand sewaktu beliau berada disebuah hotel di Kota Bangkok. Video yang mana memperlihatkan Anwar Ibrahim ketua Pakatan PAS,DAP,PKR yang beraksi dengan dua orang pelacur kelas AAA Thailand. Papa Gomo

NIK Aziz Beri Amaran Kepada Parti PAS..!!!


“Perpaduan melalui Pakatan Rakyat telah membuka ruang bagi PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada pemimpin dan ahli parti Pakatan Rakyat yang bukan Islam. Malah, Umno dilihat jelas mengkhianati perjuangan Islam apabila tidak berubah-ubah tindakan memfitnah PAS, misalnya menuduh PAS menjadi tunggangan DAP dan membuang matlamat negara Islam.”

Atas sebab tersebut, Umno tidak layak menjadi rakan PAS dan jauh sama sekali untuk dijemput menjadi rakan dalam Pakatan Rakyat. - Nik Aziz

" BERSETUJU UNTUK TIDAK BERSETUJU"

Laaa..sejak bila pula UMNO mengkhianati perjuangan Islam..Nyanyuk ke apa orang tua ni..Bukan ke DAP yang tak setuju perjuangan PAS untuk menubuhkan negara Islam...jadi untuk menjaga hati DAP dalam pakatan haram..PAS sanggup menukar perjuangan mereka yang sejak dari dulu lagi iaitu untuk menubuhkan negara Islam kepada negara berkebajikan..UMNO tak pernah paksa pun PAS menukar hala tuju perjuangan mereka..

Tengok apa jadi dengan hukum hudud..."bersetuju untuk tidak bersetuju"..Kenapa PAS beriya-iya salahkan UMNO tolak hukum hudud...tapi bila DAP bersuara kata hukum hudud tiada dalam buku jingay..PAS diam dan akur kemahuan DAP...sehingga kini tidak ada lagi bunyi hukum hudud nak dilaksanakan...Bukan ke Nik Aziz pernah berkata pakatan haram telah membuka ruang bagi PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada pemimpin dan ahli parti Pakatan Rakyat yang bukan Islam. Kenapa sehingga sekarang DAP masih anti dengan Islam??

Jom kita baca apa Zulkifli Nordin tulis mengenai PAS yang kononnya sebuah parti Islam...EP harap ada ahli PAS yang hebat tolong jawab persoalan ini...

Teman menerima satu pertanyaan yang kerap juge teman dengar dibangkitkan. Soalannya berbunyi "bolehkah kita memangkah atau mengundi untuk UMNO yang tidak menerima Islam? Mengapa kita tidak mengundi PAS yang mahukan Islam?".

Satu soalan yang mengandungi "self-contradiction", dan dibuat berdasarkan andaian dan persepsi semata-mata.

Untuk menjawab soalan diatas, teman kemukakan soalan-soalan berikut:

1. Islam kah parti yang redho kalimah ALLAH digunapakai oleh kristian dlm bentuk triniti?

2. Islam kah parti yang mengamalkan sumpah talaq tiga terhadap bini sendiri demi menjaga kerusi, jawatan dan kedudukan?

3. Islam kah parti yang dah buang perjuangan Negara Islam dengan alasan rupanya Negara Islam tiada dalam Al Quran?

4. Islam kah parti yang bersetuju tidak mahu menubuhkan Negara Islam dengan rakan sekutunya?

5. Islam kah parti yang bersetuju tidak menjadikan hudud dasar dalam pemerintahan bersama sekutunya?

6. Islam kah parti yang sanggup mati demi mempertahankan kafir harbi?

7. Islam kah parti yang menghalang perhimpunan bersama umat Islam?

8. Islam kah parti yang menghalalkan perhimpunan haram diketuai kafir harbi?

9. Islam kah parti yang memecat exco agamanya tanpa diberi peluang bela diri?

10. Islam kah parti yang memecat exco agamanya yang mahu mempertahankan aqidah umat Islam dan menjaga syariat?

11. Islam kah parti yang menyokong orang yang "menyokong sebarang usaha untuk menjaga keselamatan Israel"?

12. Islam kah parti yang mengangkat sebagai pemimpin penganut fahaman pluralisma yang menyamakan semua agama sama termasuk Islam, Hindu, Kristian, Budha, Sikh, Yahudi dan lain-lain?

13. Islam kah parti yang menjadikan manusia yang tersangat buruk akhlak dan perangainya sebagai calon Perdana Menteri?

14. Islam kah parti yang menjadilkan komunis saperti Mat Indera sebagai idola dan dinobatkan sebagai hero dan wira negara?

15. Islam kah parti yang mengutuk polis dan pasukan keselamatan termasuk anggota Balai Polis Bukit Kepong yang terkorban mempertahankan negara sebagai pengkhianat dan barua penjajah?

Dan banyak lagi kita boleh bariskan disini. Persoalan pokok ialah janganlah kita keliru diantara agama dengan parti, diantara aqidah dengan wadah. Kita kena tahu bezakan agama Islam dengan parti yang melabel diri sebagai Islam.

Adakah mike sanggup memangkah parti yang menegaskan "aku lebih sanggup tidor sebantal dengan Karpal Singh daripada berjemaah satu saf dengan Hasan Ali!!!"?

Ingatlah yop, Islam itu Aqidah, parti itu hanyalah wadah!

Kalau 15 perkara diatas dilakukan oleh mana-mana parti politik, kita bukan sahaja wajib menolaknya, malah ianya adalah satu jihad memerangi, menentang dan mencegah mereka! Wajib bagi kita TIDAK MEMANGKAH mereka dalam mana-mana pilihanraya termasuk PRU13!

Walaupun mereka melabel diri mereka Melayu atau Islam! Walaupun mereka berjubah berserban! Walaupun mereka menjanjikan kita syurga!

Persoalannya, adakah UMNO melakukan semua itu? Atau sebaliknya PAS yang sudah dikuasai para parasitus kalkatus yang rakus! Ketuk kepala tanyalah otak sendiri yop!

Adios amigos, grasias senor!

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Anwar Ibrahim Tak Stim Nak Berdebat Dengan Raja Petra.....!!!



Datuk Seri Najib Razak berkata, keputusan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang enggan berdebat dengan blogger, Raja Petra Kamaruddin di Kent, England adalah satu tindakan yang tidak konsisten.

Perdana Menteri berkata: "nampaknya dia (Anwar) tidak sanggup (berdebat dengan Raja Petra)." "Kita mesti konsisten. Bila kita kata kita mengamalkan demokrasi dan kita bersifat terbuka, yang mana dia selalu salahkan kerajaan dengan mengatakan kerajaan (Barisan Nasional) tidak demokratik dan tidak terbuka. "Tetapi sebenarnya, kalau kita lihat dari segi tindakan mereka seperti tidak membenarkan sesetengah akhbar serta mengharamkan menghadiri persidangan akhbar mereka, apakah itu konsisten dengan apa yang diluahkan mereka selama ini."

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas laporan akhbar hari ini yang melaporkan Raja Petra mendakwa Anwar "chicken" (pengecut) selepas meminta penganjur "Forum WikiLeaks" untuk mengeluarkan nama Raja Petra dari senarai peserta forum itu yang berlangsung pada Sabtu di Kent, England.

Terdahulu, Najib merasmikan bangunan baru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Wan Hwa2 yang bernilai RM9 juta di Mengelembu dekat sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata, ini menunjukkan apa yang diperkatakan oleh Anwar tidak sama dengan apa yang dilakukannya. "Lambat laun rakyat akan mempersoalkan perkara ini," katanya. -BERNAMA

Apa Bila Anwar Ibrahim Sokong Yahudi, Hadi Awang Tumpang Sekaki " Boleh Bekerja Sama Dengan Yahudi"....!!!!!


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerjasama dengan bangsa Yahudi, terutama dalam bidang perniagaan adalah dibenarkan tetapi ia adalah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman Zionis.

"Pendekatan kita (ialah) boleh bekerjasama dan berniaga dengan bukan Islam (termasuk Yahudi) tetapi ia mestilah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman Zionis ,” katanya dalam sesi soal jawab pada majlis makan malam bersama Pemimpin Pas anjuran Dewan Muslimat Pas Malaysia di sini, malam tadi.

Abdul Hadi berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh seorang pimpinan Pas yang mengajukan soalan berhubung proses perhubungan antara kerajaan Pas ataupun pakatan pembangkang untuk memisahkan hubungan perniagaan dengan bangsa Yahudi sekiranya menguasai kerajaan persekutuan suatu hari nanti.

Matlamat menghalalkan cara..? Kita tunggu penjelasan dari Pok Nik dalam masa terdekat!!

Suara Politik
Taminsari

HOT BEB!!! FAEKAH BAKAL HILANG DARA KERANA DIPECAT...!!


Semalam semasa menghadiri sidang media oleh Ronnie Liew, saya telah diberitahu oleh kenalan saya di  Pejabat MB bahawa Biro Politik PKR yang bermesyuarat minggu sudah dengan sebulat suara telah meluluskan usul untuk meminta Menteri Besar Selangor menamatkan khidmat Cik Faekah sebagai Setiausaha Politik.

Alasan yang diberitahu kepada saya ialah Cik Faekah ini terlalu gemar mencampuri segala urusan yang tiada kena mengena dengan tugasan beliau sebagai Setiausaha Politik. Semenjak beliau menjawat jawatan tersebut pelbagai pihak telah 'dipaksa' tunduk dan menurut arahan beliau. Antaranya pengurusan TV Selangor sehingga menyebabkan pengurusan kanan berhenti dan membawa keluar hampir sepertiga kakitangan nya keluar. Badrul Amin yang diminta memberi perincian segala perbelanjaan aktiviti beliau sebagai Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Selangor sehingga menyebabkan Badrul 'menyentap' dan menyepikan diri seberapa ketika. Semua ini dilakukan diluar bidang tugasan beliau. Beliau dianggap terlebih sudu dari kuah.
Tapi yang panas sekali ialah Penasihat Ekonomi kepada Kerajaan Selangor yang terpaksa melaporkan segala perbelanjaan pejabat Penasihat kepada Faekah. Bajet semua mesti mendapat kelulusan melalui Faekah.
Semasa mesyuarat Biro Politik saya difahamkan bahawa Kak Wan keberatan hendak meluluskan usul tersebut tetapi akur setelah didesak oleh Anwar yang begitu imosional sehingga mengeluarkan hamburan ayat yang tidak berapa enak kepada Faekah.

Apakah perjalanan pengurusan Pejabat Menteri Besar akan bertambah cekap dan effisien setelah Faekah dipecat? Adakah ini komplot untuk mengasingkan dan menghakiskan terus kuasa Khalid sebagai Menteri Besar? Banyak persoalan yang bermain difikiran saya setelah mendapat berita ini.
Apa yang anda semua terfikirkan?? Hous PK

DAP Buat Loji Takda Pulak Fuziah Mengamok???



Ramai yang membantah pembinaan loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Pahang, namun mereka tidak mengetahui nasib yang bakal menimpa 100,000 penduduk di Batu Kawan apabila sebuah kilang yang mengeluarkan toksik dibina di negeri ini.




Ketua Biro Perkhidmatan Awam Pemuda Gerakan Pulau Pinang, Rich Too berkata, mereka menuntut penjelasan Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengenai pembinaan kilang berkenaan yang dikendalikan sebuah syarikat dari Jerman.

“Kita tidak menentang teknologi solar tetapi proses untuk menghasilkannya boleh mencemarkan alam sekitar. Ia juga akan mengancam kehidupan jika pembuangan sisa toksik tidak dikendalikan dengan betul.

"Sehingga kini tiada sebarang penjelasan diberikan Kerajaan Negeri kepada umum mengenai projek yang akan dijalankan itu," katanya kepada media semalam (sumber).

HOT BEB!!! Pendedahan Sulit Pakatan Haram Cuba Memfitnah UMNO..???



Pendedahan sulit Pakatan Haram cuba memfitnah UMNO

1. Pengundi baru muda agar diberi perhatian khas
2. Jurucakap Pakatan Rakyat mengenai isu melayu perlu di tonjolkan.
3. Isu rasuah perlu dikaitkan dengan hakikat korupsi Umno lah penyebab kelemahan melayu.

SYABAS Bodoh!!! - Xavier


Pada pandangan aku, Xavier ni memang BODOH dan SYABAS pula rela diperbodohkan !

Lebih sejuta penduduk di Lembah Klang bakal menghadapi masalah pembekalan air selama 36 jam bermula 14 Mac 2012. Masalah gangguan bekalan air ni berikutan kerja-kerja penyelenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1.

Menurut Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas Abdul Halem Mat Som, gangguan akan melibatkan 153 kawasan di Hulu Selangor, Petaling, Kuala Lumpur Klang/Shah Alam dan Kuala Langat.

Hulu Selangor kawasan terlibat ialah Kuang, Kundang dan keseluruhan Bandar Tasik Puteri manakala kawasan Petaling melibatkan SS1 hingga SS6 Petaling Jaya, Kelana Jaya, kawasan perdagangan bebas SS8, Sungai Way, Damansara Kim, Damansara Utama, Damansara Jaya, Kampung Sungai Kayu Ara, Taman Megah, Taman Mayang Mas dan Taman Mayang.

Turut terlibat ialah Bukit Mayang Mas, Kampung Cempaka, Sungai Mas & Aman Suria, Damansara Idaman, Sunway Damansara dan Mutiara Tropicana, Kampung Kayu Ara, Mutiara Damansara, Damansara Perdana dan Bukit Lanjan, Taman Megah Mas, Bandar Utama, Tropicana Golf, TTDI dan Pinggiran TTDI, Sungai Pencala, Seksyen 2 hingga 11, Kota Damansara, Pusat Perdagangan Kota Damansara, Monteres, Kayangan Height dan Subang Sejahtera, Seksyen 12 hingga 14, Petaling Jaya, Kampung Melayu Subang, Subang Perdana, Mah Sing dan Subang Bestari.

Kawasan Kuala Lumpur melibatkan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara, Kelab Diraja Selangor, Bukit Kiara Resort, Pusat Sukan Bukit Kiara, Pusat Sains Negara, Suruhanjaya Sekuriti, Bahagian Teknologi Pendidikan, Pusat Konvensyen Sime Darby , Jalan Segambir, Jalan Belimbing, Jalan Setia Bistari, Jalan Setia Murni 1 hingga 12, Jalan Setia Budi, Jalan Setia Rasa, Jalan Setia Raya, Jalan Setia Jaya, Jalan Medan Setia, Jalan Setia Bakti, Jalan Setia Kasih, Plaza Damansara dan Taman Seri Beringin.

Klang/Shah Alam pula melibatkan Sunway Kayangan, Subang Impian, Sunway Suria, Puncak Perdana, Sungai Kapar Indah, Pekan Meru, Bukit Kerayong, Kampung Budiman, Felda Bukit Cerakah, Cerakah Jaya, Bukit Kapar, Kampung Delik Kanan, Kampung Delik Kiri, Kampung Delik Dalam, Kampung Delik Baru, Kampung Sungai Udang, Jalan Sungai Bertik, Jalan Yadi, Jalan Batu Unjur, Jalan Kim Chuan, Taman Kim Chuan, Taman Bayu Perdan, Flat Sri Angkasa, Vista Indah Apartment, Bandar Puteri, Bandar Ambang Botanic dan Taman Kota Permai.

Turut terlibat ialah kawasan Bandar Botani, Bandar Bukit Tinggi 1 dan 2, Flat Pendamar Indah, Taman Sentosa, Bandar Parkland, Kampung Idaman, Taman Gembira, Jalan Raja Lumu, Flat Perumahan Teluk Gadong Indah A, Rumah Teres Teluk Gadong Indah A, Flat Pandamaran Indah, Kampung Pendamar, Jalan Tengku Badar, Persiaran Raja Muda Musa, Jalan Kastam, Pandamaran, Pandamaran Jaya, Taman Telok Gedung Besar dan Sobena Jaya.

Kawasan Kuala Langat pula melibatkan kawasan Sijangkang, Telok Panglima Garang dan Kebun Baru.

Abdul Halem berkata sebagai langkah persediaan Syabas telah meletakkan 42 buah lori tangki dalam keadaan bersedia serta sebanyak 192 buah tangki statik di kawasan strategik bagi membekalkan air sekiranya berlakunya kecemasan.

Abdul Halem berkata Syabas terpaksa menutup loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 1 itu sepanjang penyenggaraan kerana melibatkan kerja-kerja menukar peralatan yang mengalami masalah teknikal seperti injap.

Hentitugas itu juga perlu dilakukan bagi penambahbaikkan pam di loji rawatan itu bagi mencapai tahap kapasiti kepada 950 jumlah liter sehari (JLH) berbanding 840 JLH sekarang.

Daripada kenyataan dari Syabas ini, aku nampak la juga inisiatif dari Syabas membantu rakyat di kawasan Lembah Klang. Apa pula kata Kerajaan Negeri ? Cukup lucu !


Pada pendapat peribadi aku yang tulus ni la kan, Xavier ni memang tersangat BODOH ! Macam mana la dia ni boleh gesa Syabas ? Aku rasa Xavier ni beli PHD untuk dapatkan gelaran Dr tu kot.

Korang mesti tertanya-tanya, apa salah dalam kenyataan yang menggesa Syabas untuk percepat penyelenggaraan. Memang totally wrong dan bodoh procedures.

Kebebalan pihak Kerajaan Negeri Selangor hari ini semakin lama semakin nampak DUNGU atau sememangnya Pakatan Haram Jadah yang memerintah Selangor ni BODOH atau sengaja sembunyikan fakta bahawa penyelenggaraan berkenaan dibawah kuasa Kerajaan Negeri.

Mula-mula, aku nak perkenalkan sebuah syarikat GLC yang dimiliki oleh Regimn Khalid, Taliworks Corporation.


Taliworks’ core water business is in the privatised water supply sector which includes an operation and maintenance contract (expiring in 2030) for the Sungai Selangor Water Treatment Works Phase 1 (“SSP1”) that supplies to large parts of Selangor and Kuala Lumpur and a concession (expiring in 2020) for the water supply and distribution system in Langkawi, Kedah. The Group currently manages a total of 6 water treatment plants with a combined capacity of 1,039.5 million litres per day.

Diringkaskan disini, kerja-kerja penyelenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 adalah kerja Taliworks dan bukannya Syabas. Adakah Xavier terlalu bodoh untuk membezakan tugas Syabas dengan Taliworks ???

Syarikat GLC milik penuh Kerajaan Selangor tidak dipersalahkan sebaliknya Syabas pula yang dipersalahkan dan diketuk. Apa la punya bangangnya Kerajaan Negeri Selangor ni. Semua tak pergi sekolah ke ???

Pandainya puak-puak BAHALOL ni nak divert kesalahan mereka kepada Syabas !

Masa mengaut keuntungan.. perghh... mereka lah yang beratur didepan sekali. Bila timbul masalah pi kona kat orang lain pula. Syabas pula yang kena. Padahal, Kerajaan Negeri Selangor pun ada syer 30% didalam Syabas. Makin bengong Kerajaan Negeri Selangor ni !

Patut la rakyat Selangor hari ni makin memberontak kepada Kerajaan Negeri. Apakan tidak, yang meneraju Negeri Selangor ni semua jenis DUNGU macam tak pernah pergi sekolah.

PRU-13, jom kita pakat-pakat UNDI Kerajaan yang berotak. Pakat-pakat tolak kera-jaan negeri Pakatan Haram Jadah yang otak kosong dan bangang ni !

Celah mana pula si Xavier ni dapat "Dr"...? Aku jadi bingung kejap ni. BELI la kot ! :- KGC

PARTI BOGEL DIANJURKAN OLEH DAP PULAU PINANG...!!!!!



Inilah aktiviti yang dianjurkan oleh Kerajaan DAPig Pulau Pinang. Mana Pak Lebai PAS yang mengiau-giau bercakap soal Islam. Pak Lebai PAS hanya mampu tersengih sambil mengurut-urut janggut. Mengapa? di dalam negeri yg dikuasai DAP dan PKR, PAS tidak layak untuk membicarakan pasal agama. Kerana apa? Sebab PAS hanyalah Parti Adat & Sukan. :- CTS

Pakatan Tidak Bersedia Untuk Kalah Pada PRU 13....!!!!



Satu perbincangan khas bersama Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat bakal diadakan sebagai keputusan akhir samada akan menyertai Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) bersama Kerajaan Pusat ataupun sebaliknya.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menjelaskan, Mesyuarat tersebut juga bakal disertai kesemua Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi 4 buah Negeri yang dikuasai gabungan 3 Parti Pembangkang tersebut.

Beliau juga mendakwa, Mesyuarat yang akan dipengerusikan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim itu akan mengambilkira kesemua pandangan daripada semua pihak termasuklah Pimpinan Kerajaan Negeri sebelum keputusan akhir diputuskan.

Sementara itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata sudah tiba masanya satu perubahan besar dilakukan dengan menjemput setiap Pemimpin Parti Politik di Negara ini tanpa mengambilkira ideolongi bagi menyelaras tarikh PRU13.

"Sepatutnya diadakan rundingan perbincangan supaya diselaraskan tarikh pilihan raya, jangan hanya pihak Barisan Nasioal saja, seolah-olah mereka yang punya segala-galanya." jelas beliau.

Ketua Umum Pakatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menyertai Sidang Media itu bersetuju dengan pandangan ketiga-tiga parti akan kemukakan satu manifesto peringkay nasiaonal atas nama Pakatan Rakyat. KLpos

"Kurang Ajar Ustaz Hafiz" - Anwar Ibrahim


Ustaz Mohd Hafiz Mohd Noordin, bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang menimbulkan satu persoalan, siapakah tokoh liberal di Malaysia yang sedang menaungi program kerosakan Islam masa kini.

Ketika membandingkan liberalisme Islam di Indonesia, Hafiz bertanya, “Di Malaysia ada atau tidak ?”.
Selanjutnya, Hafiz memberi satu analogi.



“Tuan-tuan ingat tak pilihan (kecil) Permatang Pauh..Ada seorang tokoh Indonesia (yang) pernah mewakili Nahdatul Ulama..Nahdatul Ulama juga sudah diliberalkan oleh Barat..

“Dia (tokoh Indonesia itu) datang ke Permatang Pauh..saya heran..bekas Presiden Indonesia..dia datang ke Permatang Pauh.

“Dia siapa ? Abdurrahman Wahid..Gus Dur..Gus Dur tuan-tuan..paling kuat berpegang dengan fahaman liberal..dia berkawan dengan Wakil Rakyat (Ahli Parlimen) Permatang Pauh..”, katanya. AIDC

Adik Nurul Nadirah Rentong Dibakar Al-Fatihah



Al Fatihah !! tak terkata bila baca berita tentang kejamnya manusia yang sanggup buat semua ini

Kepada keluarga adik Nadirah diharap dapat bersabar.

Kepada sahabat-sahabat..kirimlah doa dan fatihah kepada adik yang tiada dosa ini...

Kepada manusia yang tak berhati perut..serahlah diri kiranya anda membaca artikel ini...

Ya Allah..lindungi dan rahmatilah keluarga adik ini...sabarkanlah ibu dan ayah adik Nadirah..amin...

Tunisia Jadikan Bendera Israel Alas Kaki, Anwar Ibrahim Jadikan Israel Tempat Perlindungan...!!


Gua diberitahu.., kalau korang pergi ke Carthage International Airport, Tunisia, korang boleh jumpa bendera Israel dijadikan alas kaki toilet disitu.

Betul tak betul cerita tu, wallahualam. Tapi kalau tengok gambar yang gua dapat ni, memang nampak bendera Israel diletakkan depan toilet dan dipijak-pijak oleh sesapa yang lalu disitu.

Hebat betul kerajaan Tunisia kalau benar perkara ni terjadi. Berani-berani Malaysia pun, kita tak pernah buat perkara macam ni..

Gua rasa, Anwar mesti bengkak perut punya bila dia tengok bendera negara kesayangan dia dipijak-pijak macam tu..

Lepas ni, confirm Anwar tak akan pergi lagi ke Tunisia. Israel mesti suruh dia boikot negara Islam tu sebab dah menghina bendera suci dorang.

Tahniah Tunisia!! :- MPP

HOT BEB!!!! "Azmin Ali Tiada Kepentingan Dalam PKR" - Saifuddin..!!!


Jika para penganalisis politik menganggap PAS Kedah sedang menghadapi krisis kepimpinan yang runcing, Parti Keadilan Rakyat pimpinan Anwar Ibrahim bertambah lagi kepincangan dalamannya.

Kejadian khalwat yang didakwa membabitkan Ketua Penerangan Negeri Selangor, Dr Badrolamin Bahron dengan isteri orang di Kuantan, 25 Februari lalu, bukan sahaja telah melenyapkan peluang orang kuat Anwar itu untuk menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang, tetapi juga secara tidak langsung telah membongkar satu skandal politik yang bakal menggugat masa depan parti reformasi jalanan itu.

Ketika Dr Badrolamin yang dipanggil 'ustaz' di kalangan penyokong PKR, di tahan dalam serbuan oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang di sebuah hotel di Kuantan, beliau dikatakan berada di ibunegeri Pahang itu kerana menghadiri satu perjumpaan dan taklimat parti.


Maklumat yang tidak diketahui oleh kebanyakan pimpinan PKR peringkat samada di peringkat negeri mahupun di peringkat cabang ialah perjumpaan itu bersifat rahsia dan mereka yang hadir adalah atas jemputan khas sahaja.

Sumber dalaman PKR memberitahu taklimat tersebut dianjurkan di bawah pengawasan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

Amat mengejutkan perjumpaan yang turut dihadiri oleh Anwar dan Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail serta Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar TIDAK disertai oleh Timbalan Presiden, Azmin Ali.

Sumber PKR memberitahu, Saifuddin sengaja mengadakan taklimat khas itu tanpa pengetahuan Azmin dan mengambil peluang keemasan ketika bekas Setiausaha Sulit kepada Anwar itu berada di luar negara.

Lebih mengejutkan mereka yang hadir pada perjumpaan iu adalah individu-individu yang berpotensi besar dipilih sebagai calon pada PRU ke-13 nanti.

Satu kesimpulan boleh dibuat daripada perjumpaan tersebut.

iaitu pengaruh Azmin di dalam PKR semakin berkurangan dan nampaknya beliau kian disisih.

Ini jelas terbukti apabila Anwar dan Wan Azizah merestui taklimat yang dipanggil oleh Saifuddin khas melalui SMS sahaja tanpa sebarang jemputan rasmi secara bertulis.

Dikalangan ahli PKR, menjadi satu rahsia terbuka bahawa Saifuddin dan Azmin tidak sebulu dan Setiausaha Agung itu dilihat sebagai pencabar berpotensi mengugat jawatan Timbalan Presiden yang dipegang Azmi kini pada pemilihan parti tahun depan.

Azmin kini dikatakan sedang 'mengamuk' kerana majoriti mereka yang dijemput Saifuddin ke perjumpaan rahsia itu bukan kroni atau pilihan Azmin sebagai calon yang akan bertanding samada kerusi Parlimen atau DUN.

Azmin dikatakan akan menyuarakan ketidakpuasan hatinya pada mesyuarat Biro Politik parti dalam masa terdekat.

Kehadiran Wan Azizah juga seolah-olah dilihat mengabsahkan teori bahawa beliau sebenarnya tidak sukakan Azmin sejak era Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi.

Apatah lagi pada pemilihan parti 2010, anaknya Nurul Izzah pada satu ketika menimbang untuk turut serta dalam pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.

Kini apa yang berlaku di Kuantan dua minggu lalu mengesahkan kumpulan Wan Azizah telah melakukan rampasan kuasa terhadap Azmin.

Kumpulan Wan Azizah dikatakan terdiri daripada Nurul Izzah, Saifuddin,  Khalid Ibrahim, Tian Chua, Shamsul Iskandar Mohd Akin serta Mustafa Kamil Ayub.

Mereka ini secara terang-terangan menunjukkan rasa tidak puas hati dan setuju dengan tindakan dan dakwaan penyelewengan berleluasa yang didalangi oleh pihak yang didokong Azmin pada pemilihan parti lalu.

Azmin pula di sokong oleh Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, ADUN Batu Caves dan ADUN Seri Muda, Shuhaimi Mat Shafiei.

Dalam pertelingkahan dua puak dalam PKR ini, Anwar memainkan peranan pecah dan perintah.

Tindakan beliau merestui taklimat rahsia itu seolah-olah mahu mengekang kuasa dan pengaruh Azmin di dalam parti dan memastikan Nurul Izzah satu hari nanti akan mewarisi PKR dari ibunya.

Yang menarik dalam masa terdekat apakah bentuk tindakan politik yang bakal diambil oleh Azmin bagi menyerang balas gerakan Saifuddin bagi mengekalkan kuasa dan pengaruh sebelum beliau kehilangan kedua-duanya.

Apabila Lagu Hindu Di Dendangkan Anwar Ibrahim Seperti Orang Gila..!!!


Awal malam 5 November 2011 bersamaan dengan 9 Zulhijjah masyarakat Islam di Malaysia sudah mula bertakbir memuji Allah sebagai menyambut hari besar AidilAdha. Tetapi tidak kepada pemimpin ini,yang masih lagi berjoget demi untuk survival politik songsang beliau.

Naib Presiden Pas Yang Terbaru Adalah Ambiga..!!!!


Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari mendedahkan terdapat pihak tertentu dalam Pas yang cuba membawa masuk bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga untuk diangkat menjadi naib presiden parti itu.

Katanya, desas-desus itu semakin kencang selepas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad sendiri secara terbuka mengakui parti tersebut sedia menerima bukan Islam sebagai pemimpin tertinggi.

Katanya, perkara tersebut tidak mustahil kerana Ambiga diketahui mempunyai hubungan rapat dengan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu serta kumpulan 'Anwarinas' yang kini menguasai lebih 70 peratus parti Pas.

"Justeru saya meminta Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali memberi penjelasan sama ada Ambiga bakal mengisi jawatan naib presiden melalui lantikan atau pemilihan. Jika dilantik apakah ia dibuat sebelum pilihan raya umum.

"Berita ini boleh dipercayai dan memerlukan penjelasan daripada pucuk pimpinan Pas kerana rakyat mengetahui parti itu memberi sokongan kepada Ambiga semasa demonstrasi Bersih," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Baru-baru ini, Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor semasa menjadi ahli panel dalam wacana terbuka mengakui Pas sedia menerima bukan Islam sebagai pemimpin tertinggi jika persekitaran politik menuntut sedemikian.

Bagaimanapun, selepas dikritik hebat beliau menyalahkan media kononnya sengaja memanipulasi kenyataan berkenaan selain turut menyelar tindakan segelintir pemimpin Pas yang didakwanya mudah terpengaruh.;- Utusan

Bukti Skandal Pasir Akan Di Dedahkan 19 Mac Ini...


Skandal pasir yang membabitkan jutaan ringgit wang rakyat makin panas apabila satu demi satu bukti akan didedahkan.Tak guna adanya SelCAT jika kesemuanya hanya satu lakonan yang skripnya digarap semata mata mencukupkan syarat.

SelCAT tak ubah seperti satu pentas lakonan untuk menutup penyelewengan,tidak ada badan bebas yang memantau SelCAT melainkan hanya untuk menjaga kepentingan pakatan.
Mana mungkin pakatan akan membuka pekung sendiri yang sudah pasti akan merugikan mereka.Rakyat Selangor mengikuti dengan rapat kes samun disiang hari yang membabitkan jutaan ringgit yang menyebabkan kerugian yang besar terhadap kepentingan rakyat dan alam sekitar.

Badan Perhubungan UMNO Selangor mendakwa mempunyai bukti wujudnya penyelewengan dalam proses pemberian tender projek oleh kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor seperti didakwa pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin baru-baru ini.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, pihaknya mempunyai senarai nama syarikat yang didakwa memperoleh kontrak daripada kerajaan negeri secara rundingan terus dan bukannya melalui tender terbuka.

Beliau berkata, melalui senarai itu, pihaknya akan meneliti sama ada pendedahan dokumen-dokumen tersebut yang kononnya akan dibuat oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 19 Mac ini tepat atau satu pembohongan semata-mata. KLIK DISINI ;- KGC

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive