AMBIGA GAGAL..!!!
Sebelum ini, Pengerusi BERSIH, Datuk S. Ambiga telah memberi jaminan bahawa penyokong perhimpunan BERSIH 3.0 TIDAK AKAN memasuki Dataran Merdeka. Sebaliknya hanya akan duduk berhimpun ditempat yang telah dirancangkan, sepertimana syarat yang digariskan dalam Akta Perhimpunan Aman yang baru diluluskan.
Tetapi apa yang berlaku hari ini membuktikan bahawa Ambiga adalah seorang penipu besar. Seorang manusia yang tidak boleh dipercayai, seorang kaki belit selain pengkhianat kerana usahanya yang tanpa henti untuk mengsabotaj ekonomi negara sendiri terutama dari segi pelancongan dan pelaburan. KLIK DISINI
Walaupun menjanjikan himpunan aman tetapi perhimpunan yang berlaku hari ini sememangnya menjurus kepada keadaan tidak aman. Malah, peserta demo sejak dari semalam telah melakukan berbagai-bagai helah untuk mencabar polis. Mereka mengepung dan mengetuk-ngetuk kereta polis, merempuh halangan polis di KLCC, mengingkari arahan dan akhirnya tetap menceroboh Dataran Merdeka.
Semuanya dengan niat untuk mengumpan polis melakukan keganasan terhadap mereka.
Di jalanan, mereka juga berkejar-kejar ke sana ke mari membuat kecoh sedangkan Ambiga menjanjikan satu demonstrasi ‘duduk’ bukannya ‘berlari’.
Justeru, apakah manusia seperti Ambiga ini boleh diambil kira pandangannya? Iaitu seorang penipu, kalaupun tidak seorang yang lemah kerana tidak mampu menyampaikan arahan yang tepat kepada pengikutnya? Atau apakah pengikutnya sememangnya jenis samseng semuanya yang tidak mendengar arahan polis mahupun arahan dari ketua mereka sendiri?
Atas dasar apa kerajaan atau SPR perlu mendengar segala tuntutan Ambiga? Sedangkan hari ini sekali lagi terbukti bahawa beliau adalah tidak lebih daripada seorang manusia yang tiada kredibiliti kerana cakapnya hanyalah cakap kosong dan janjinya adalah janji palsu.
Manusia jika tidak dapat dipegang pada janji, pada apa lagi hendak dinilai dirinya?
Itulah Ambiga, kononnya dewi srikandi yang berani dan berintegriti tetapi rupa-ranya hanyalah seorang penipu tahap dewi.
Wartawan TV Alhijrah Di Belajah Teruk Oleh Penyokong Bersih....!!
Mohamad Azri Salleh adalah seorang jurugambar di stesen televisyen yang terkenal dengan program bercorak keIslamannya, TV Al Hijrah.
Semalam, sepertimana kebanyakan rakan medianya yang lain, Azri berada di sekitar pusat membeli-belah SOGO untuk mengambil sedutan atau ‘footage’ yang menarik sepanjang demonstrasi Bersih 3.0 berjalan.
Dia bukan orang UMNO, dia juga bukan penyokong Bersih 3.0, tetapi dia ada keluarga yang perlu disara dan diberi sesuap nasi. Azri juga bukan bekerja dengan media pro-kerajaan seperti Utusan Malaysia mahupun TV3.
Majikannya terkenal dengan program bercorak Islamik, bukan program bercorak retorik.
Namun ada sesuatu yang cukup menyentuh hatinya. Dengan disaksikan kedua matanya sendiri, seorang anggota polis sedang dibelasah sekumpulan penyokong fanatik Bersih 3.0 di depan pusat membeli-belah itu.
Ketika itu anggota polis berkenaan berada di dalam kereta pasukan. Azri tahu yang dia harus berbuat sesuatu, bukan kerana anggota itu orang kerajaan, tetapi kerana yang dipukul itu adalah orang yang seagama dan sebangsa dengannya.
Lebih dari itu, Azri tahu, anggota itu tidak melakukan apa-apa kesalahan, kalau pun dia berdosa mungkin kerana dia memilih untuk menjadi ‘anjing kerajaan’ – terma yang sering dirujuk oleh penyokong pembangkang kepada pegawai atau anggota PDRM.
Lalu Azri cuba merayu agar tidak diapa-apakan anggota itu memandang dia hanya menjalankan tugasnya sebagai anggota polis dan tidak lebih dari itu.
Malangnya, bukan saja rayuan itu tidak diendahkan, malah Azri juga telah dibelasah tanpa belas kasihan oleh 20 hingga 30 orang penyokong Bersih 3.0 yang sedang ‘naik hantu’.
Azri menjerit kesakitan. Kepalanya berlumuran darah, namun semua itu tidak diendahkan, bahkan pukulan yang diterimanya lagi teruk daripada apa yang terjadi pada anggota polis itu.
Puas dia merayu, puas dia memohon simpati tetapi apa yang dapat hanyalah sepak terajang insan-insan yang kononnya ‘BERSIH’.
Selepas puas dibelasah, Azri hanya dibiarkan sendiri menanggung kesakitan di lantai pusat membeli-belah itu sebelum diselamatkan.
Azri sedang menerima rawatan kecemasan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Sumber : -mynewshub
Chegu Bard Dalang Rusuhan Bersama Mahasiswa..!!
Apa maksud di twitter Chegu Bard PTG NANTI AKSI LEBIH BESR?? Ini bermakna Chegu Bard telah merancangkan segala-galanya bersama pemimpin yang lain.
saya berharap agar pihak Polis dan Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan tegas dalam menyiasat hal tersebut.Ini bukan kali pertama Chegu Bard menyebabkan rusuhan,sebelum ini Chegu Bard pernah menimbulkan rusuhan antara kaum di mesyuarat ABU Jalan Kebun,Klang pada bulan Januari 2012.Rusuhan seolah-olah telah menjadi modus Chegu Bard dalam memecah belahkan masyarakat dalam usaha mendapatkan sokongan kepada Pakatan Haram.
saya berharap agar pihak Polis dan Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan tegas dalam menyiasat hal tersebut.Ini bukan kali pertama Chegu Bard menyebabkan rusuhan,sebelum ini Chegu Bard pernah menimbulkan rusuhan antara kaum di mesyuarat ABU Jalan Kebun,Klang pada bulan Januari 2012.Rusuhan seolah-olah telah menjadi modus Chegu Bard dalam memecah belahkan masyarakat dalam usaha mendapatkan sokongan kepada Pakatan Haram.
Keganasan Yang Dilakukan Oleh Penyokong Bersih Terhadap Polis..!!!!
Bermula dari jam 10.00 pg pihak polis telah mengawal keadaan dengan baik dan memberi laluan kepada penyokong bersih untuk berhimpun. Keadaaan terkawal sehingga jam 2.00 ptg.
Keadaan tidak terkawal apa bila ketua umum PKR Anwar Ibrahim tiba, selepas saja Anwar Ibrahim berucap dan seperti mendapat arahan mereka terus memotong dawai berduri dan merempuh masuk kawan yang berpagar.
Penyokong bersih seperti orang gila dan tidak tentu arah membuat provokasi terhadap pihak polis yang mengawal keadaan. Pihak polis tidak melakukan apa sebarang tindakan dengan apa yang dilakukan oleh penyokong bersih.
Penyokong bersih telah memukul anggota polis trafih dan membaling batu keraah kereta polis yang lalu disitu sehingga berlaku kemalangan dan mereka terbalik kan kereta peronda polis tersebut. Ada di antara anggota polis yang cedera teruk dipukul oleh penyokong bersih.
Tahniah di ucakan kepada pihak PDRM yang mengawal keadaan dengan baik, walaupun pihak polis diserang dengan teruk dan dipukul sehingga pecah kepala dan ada yang masuk ICU pihak polis tidak sesekali membuat tembakan. Sepatutnya, apa bila pihak polis diserang dan diri mereka di ancam mereka boleh membuat tembakan untuk mempertahan kan diri merek tetpi mereka hanya membiarkan diri mereka dipul...FIKIR-FIKIRKAN LAH
Arahan Dari Anwar Ibrahim Untuk Rempuh Dawai Berduri..!!!
Sejurus Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi arahan kepada para demonstran untuk berpaling ke kanan (dengan membelakangkan polis), keadaan mulai tegang apabila mereka mula merempuh kawasan larangan sehingga tembakan gas yang pertama kedengaran.
Polis yang mengawal ketat kawasan utama Dataran Merdeka itu mulai dirempuh para demonstran yang mulai berkumpul seawal pagi untuk perhimpunan Bersih 3.0 ini.
Para demonstran mulai berpusat di hadapan Dataran Merdeka dan beberapa pemimpin seperti Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, Chegubard turut menyampaikan ucapan ringkas.
Selama hampir seejam pelbagai ucapan dan laungan dilakukan seperti ‘Bersih….Bersih’ memecahkan kawasan Dataran Merdeka, klimaks perhimpunan ini bermula selepas Anwar selesai memberikan arahan pertamanya.
Anwar, Lim Kit Siang, Nurul Izzah Anwar yang dibawa dan duduk di atas van mulai hadir ke Dataran Merdeka jam 2.45 petang.
Kira-kira jam 3 petang keadaan mulai kecoh dan pihak FRU mula menembak gas pemedih mata kepada para demonstran.
Dianggarkan lebih 80,000 demonstran berpusat di sekitar kawasan Dataran Merdeka bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil.
Drama Bersih 3.0 belum berakhir apabila pasukan FRU sebanyak lima trak mulai berada di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR).
Demonstran berbaju kuning yang dianggarkan ratusan orang itu masih belum berputus asa dan setia berkumpul di hadapan pasukan FRU tersebut.
Seramai 30 anggota FRU masih berjaga-jaga dan melepaskan gas pemedih mata dan menembak water cannon ke arah para demonstran.
Kedegilan para demonstran membawa padah apabila FRU untuk kali ketiga menembak water cannon sehingga mereka lari bertempiaran.
50,000 Mahasiswa Akan Menyertai Demonstrasi BERSIH 3.0 Atau... Hanya 500 Sahaja?
Hebat bunyinya apabila mahasiswa pro pembangkang mengwar-warkan keyakinan mereka untuk membawa turun seramai 50,000 mahasiswa untuk bersama-sama menjayakan demonstrasi BERSIH 3.0.
Bab propaganda dan memperbesarkan angka dan nombor sukar untuk kita tandingi 'kehebatannya' kerana itu yang dipelajari dari pemimpin pembangkang yang mereka puja.
Walau sekalipun propaganda tersebut nampak sangat mengarutnya, tapi kita perlu menerima hakikat tetap ada yang mempercayainya.
Demikian halnya bila pembangkang menghebahkan khabar kononnya 500,000 orang akan membanjiri Dataran Merdeka bagi meraikan perhimpunan BERSIH 3.0 pun, tetap ada yang teruja.
Walhal dari aspek keluasan persegi Dataran Merdeka hanya mengizinkan maksima sekitar 25,000 sahaja boleh berhimpit-himpit pada satu-satu masa, tapi tetap jua angka 500 ribu juga yang di propagandakan, logik atau mengarut suku kira.
Masih ingat demonstrasi anti PTPTN dua minggu sudah? Seluruh jagat alam digegarkan dengan berita 5,000 mahasiswa akan membanjiri Dataran Merdeka sebagai bantahan terhadap jasa khidmat PTPTN.
Realitinya apa yang berlaku? Hanya sekitar 200 hingga 300 orang mahasiswa saja yang turun berdemo itupun termasuklah 'pelajar-pelajar' tua yang datang entah dari mana tapi turut menempel dalam demonstrasi tersebut.
Mahasiswa yang terlibat dalam demo tersebut pula hanyalah segelintir yakni 0.0001% daripada jumlah ratusan ribu pelajar IPTA & IPTS. Dengan kata lain segelintir itu sebetulnya tidak layak dipanggil mahasiswa sebaliknya lebih tepat digelar sebagai mahasewel.
Apapun, melihat pada trend dan mood masyarakat umum tika ini, rata-ratanya sudah letih dengan pelbagai rantaian propaganda tak berkesudahan yang di hebohkan pembangkang sejak pasca PRU 12 lepas hingga kini.
Baik mahasewel pembangkang mahupun pemimpin politiknya, masing-masing sedang hanyut dalam imaginasi dan persepsi ciptaan mereka sendiri.
Dek kerana itu, tidaklah menghairankan bilamana mereka hanya pandai memperbesarkan angka dan nombor hingga lupa hakikat sebenar yang mereka hanyalah vocal minoriti sahaja. :-Beruang Biru
Keganasan 3.0, Polis Ancaman Utama...!!!
\
Video di atas adalah contoh terbaik bagaimana Polis DiRaja Malaysia (PDRM) diperlekehkan, dipukul sehingga berdarah dan masih lagi difitnah menggunakan kekerasan terhadap orang awam.
Keganasan diatas ini akan mungkin akan berlaku pada bersih 3.0 jika tidak di kawal.
Anwar & 9 Nyawa Kucing Menghantui Bersih 3.0..!!
Menjelang perhimpunan Bersih 3.0 sabtu nanti, tidak salah rasanya untuk kita semua mengimbas semula beberapa peristiwa lama mungkin ada antaranya sesuai untuk dijadikan teladan dan sempadan.
Bak kata orang tua dulu-dulu, sejarah itu guru yang baik sebagai panduan, tidaklah nanti orang kata kita buta sejarah sebagaimana Mat Sabu yang gagal pemahaman sejarah hingga komunis yang anti ketuhanan pun diagung-agungkan.
Rencana sembilan nyawa kucing yang dipetik dari blog xpressminda ini ringkasnya berkisar pada kebolehan semulajadi seorang pemimpin politik pembangkang bernama Anwar Ibrahim yang memiliki pelbagai karekter yang berubah-ubah mengikut masa dan kepentingan - bermatlamat menarik perhatian & simpati khalayak.
Mungkinkah dalam demonstrasi Bersih 3.0 kelak, Anwar selaku pembawa watak politikus hipokrasi & haprak terulung abad ini akan memanfaatkan stok nyawanya kucingnya yang terakhir demi mencari klimaks & kepuasan politik kendiri atau nyawa kucing itu hanya benar-benar tamat dalam PRU 13 kelak, sama-sama kita lihat nanti.
Nyawa Ke-8 Anwar Terancam…
Tahukah anda Anwar Ibrahim memiliki 9 nyawa sama seperti kucing? Betul ke? Realiti atau hikayat moden? Korang semua tentu tahu mitos yg mengatakan kucing memiliki 9 nyawa entah betul atau tidak tak tahulah, yg pastinya kisah 9 nyawa kucing tu agak popular.
Barangkali kerana ingin meniru mitos kucing tersebut atau mungkin jugak terangsang dgn kehebatan 9 nyawa yg dimiliki oleh spesis kucing kurap maka Anwar memanfaatkan sepenuhnya mitos itu utk meraih simpati khalayak.
Tahukah anda keadaan terkini menunjukkan Anwar sedang bertarung utk menyelamatkan nyawanya yg ke-8 selepas kehilangan nyawanya dalam 7 kejadian lampau sebelum ini.
Ikuti urutan hikayat berikut utk mengenali kehebatan Anwar yg di percayai memiliki 9 nyawa sama seperti mitos seekor kucing kurap.
1. Propaganda Tumbukan Ketua polis
- Anwar telah di tumbuk hingga mencederakan sebelah matanya oleh Ketua Polis ketika itu (Rahim Noor). Berikutan itu disebarkan cerita wujudnya konspirasi nyawa Anwar terancam dan akan di bunuh oleh pihak polis.
- Kerana mulut badan binasa, kerana pulut santan binasa. Nyata tindakan provokatif Anwar yg memanggil pihak polis dan Rahim sendiri sebagai barua dan juga anjing kerajaan telah dilupakan begitu saja gara-gara simpati mencurah-curah kalangan khalayak kepada Anwar. Dengan hanya sekali tumbukan padu ini boleh di anggap ianya kehilangan nyawa yg pertama bagi Anwar Ibrahim.
- Hasil mata lebam tersebut akhirnya sebagai pengabadian kehilangan nyawa yg pertama maka simbol perjuangan Anwar diterjemahkan melalui Parti Keadilan Nasional (sekarang PKR) yg berlogokan sebijik mata sama seperti mata dajjal. Innalillah.
2. Drama Keracunan Arsenik
- Tidak semena-mena selang kejadian tumbukan padu oleh bekas KPN ketika itu, timbul pula dakwaan oleh Wan Azizah bahawa suami tersayangnya itu telah di racun dgn racun arsenik melalui pemakanan oleh polis dan orang2 Dr. Mahathir.
- Wan Azizah, para pemimpin ADIL (skang PKR) ketika itu termasuklah peguam kanan Anwar yakni Zulkifli Noordin (skang ahli parlimen bebas) telah menyebarkan berita nyawa Anwar dalam bahaya. Kuku jari dan kaki menjadi hitam, Anwar sudah kronik dan nazak.
- Walaupun siasatan oleh HKL menunjukkan tiada keracunan arsenik dalam air kencing dan darah Anwar, namun keputusan lengkap HKL itu tidak mampu menghalang pemergian ke rahmatullah nyawa ke-2 nya itu.
- Jangka hayat Anwar diramalkan oleh para pimpinan PKR dan Pas hanya mampu bertahan 1 tahun kerana keracunan arsenik yang teruk,.. Dek kerana singkatnya masa, maka nyawa ke-2 Anwar tidak mampu menanggung lagi lalu pergi menghadap Illahi.
- Anwar yg masih hidup selepas setahun di racun dgn arsenik adalah Anwar yg memanfaatkan stok nyawa ke-3. Hebat gitu.
3. Sandiwara Suntikan Darah HIV
- Selang selepas drama paling hot berkaitan keracunan arsenik, kemudiannya timbul pulak dakwaan Wan azizah suaminya telah disuntik dgn darah HIV positif. Nyawa ke-3 Anwar benar-benar dalam bahaya. Kebiasaannya orang yg menghidap HIV+ selang 2, 3 tahun kemudiannya akan menghidap AIDS kemudian meninggal dunia selepas 2 atau 3 tahun selepas itu dgn badan yg kurus kering dan berkudis-kudis.
- Tiada ubat atau penawar hingga kini utk pesakit HIV+ mahupun AIDS, kerana itu hanya ucapan Innalillah sahaja yg mampu diungkapkan utk nyawa ke-3 tersebut. takziah utk keluarganya. huk..huk..
- Tanpa sebarang penawar atau ubat utk HIV+ dan juga AIDS tidak menghalang Anwar utk menggunakan talian hayatnya yg ke-4.
- Hasil keupayaan memiliki 9 nyawa telah membantu Anwar meneruskan kehidupan hingga kini (2011) tanpa sebarang masalah kudis mahupun mati kekeringan melainkan perutnya terus maju ke depan.
4. Lelucon Patah Tengkuk
- Sepanjang perbicaraan dan hingga mendiami istana Sungai Buloh yg dilengkapi dgn pengawal keselamatan di setiap penjuru, ketika ini Anwar dan para pemimpin tertinggi PKR dan Pas telah mengwar-warkan kehidupan Anwar masih terancam kerana lehernya di dapati patah dan ada urat yg terkehel.
- Sepanjang perbicaraan meliwat dan juga tuduhan salah guna kuasa, Anwar sentiasa memakai penyokong leher utk memperbetulkan kembali lehernya yg patah dan uratnya yg terkehel.
- Secara umumnya dgn keadaan leher yg patah itu sebenarnya nyawa ke-4 Anwar sudahpun pergi meninggal jasad, Innalillah… Akhirnya Anwar Ibrahim terpaksa menggunakan nyawa baru yakni nyawa kucing yg ke-5 utk meneruskan kehidupan duniawi.
- Hasil penggunaan nyawa ke-5, Anwar bebas menanggalkan penyokong lehernya itu bila-bila masa di dalam penjara terutama sekali selepas pulang daripada perbicaraan mahkamah.
5. Filem Box Office Lumpuh Sakit Belakang
- Sewaktu hayat nyawa ke-5, Anwar mendakwa tulang belakangnya telah bengkok dan terkehel hingga mengakibatkan lumpuh tidak mampu berjalan.
- Dalam waktu-waktu membawa rayuan ke mahkamah dan juga sewaktu menghadiri perbicaraan merayu kesnya itu, Anwar kerap datang ke Mahkamah sambil melambai tangan pada penyokongnya dgn menaiki kerusi roda yg di sorong oleh pembantu ataupun isterinya.
- Bertebaran berita yg mendakwa kerajaan sengaja mendera Anwar dan keengganan kerajaan membenarkan Anwar mendapat rawatan di luar negara telah menyemarakkan emarahan khalayak yg menyokong bung Anwar.
- Kisah Anwar yg terpaksa hidup dalam kelumpuhan ketika hayat nyawa ke-5 di palu di gendang tiap masa walaupun di masa yg sama kerajaan telah menawarkan rawatan pakar tempatan di HKL utk menentukan sejauh mana patah terkehelnya tulang belakang Anwar itu.
- Nyawa anwar yg ke-5 pergi meninggalkan jasadnya itu selepas kerajaan muktamad tidak mahu mengikut kehendak Anwar, maka keperitan hidup dalam kelumpuhan tidak dapat membendung nyawa ke-5 utk kekal di jasad Anwar. Innalillah.
- Berkat keajaiban memiliki nyawa kucing, sewaktu berada di KLIA Anwar telahpun menggunakan nyawa ke-6 kerana itu sebelum berlepas ke Jerman utk pembedahan tiada lagi kerusi roda sebaliknya Anwar bebas bangun duduk dan berjalan utk bersalaman dgn penyokongnya yg menunggu di lapangan terbang.
- Anwar kembali ke arena politik dgn nyawa ke-6 yg bertenaga luarbiasa selepas pembedahan tulang belakang yg paling berjaya dalam sejarah dunia tercipta di Jerman. Hanya dalam tempoh 2 jam sahaja Anwar sudah tidak lumpuh malah sudah mampu berjalan berlari tanpa sebarang kesan sakit.
- Keajaiban proses pembedahan di Jerman ini pastinya di cemburui banyak negara lain kerana tidak pernah ada pesakit kronik tulang belakang mampu berjalan berlari hanya selepas 2 jam pembedahan. Rata-rata pesakit yg berjaya di bedah di serata dunia memerlukan 3 – 6 bulan utk pulih dan berjalan berlari seperti biasa. Inilah kehebatan Anwar, anugerah tuhan yg complicated dan tidak mungkin dimiliki oleh insan lain.
6. Hikayat Ancaman Bunuh
- Tidak semena-mena hujan tidak ributpun tidak, nyawa ke-6 Anwar pula dikesan dalam bahaya. Wujud ancaman bunuh yg mengncam nyawa ke-6 Anwar ibrahim yg secara halusinasi yg tak terlihat oleh mata kasar mahupun mata hati manusia biasa seperti kita.
- Tika itu Anwar sedang asyik meeting bersama pimpinan PKR serta Wan Azizah, tiba-tiba bagaikan beruk terkejut, mesyuarat tiba-tiba dihentikan oleh Anwar hanya selepas menerima satu panggilan telefon yg rupanya membawa berita Saiful Bukhari telah pergi membuat laporan polis berkaitan satu kes liwat.
- Demi menyelamatkan nyawanya yg ke-6 maka Anwar sanggup mengharung kegelapan malam daripada quality Hotel di Shah Alam utk mencari perlindungan di Kedutaan Turki yg terletak di KL.
- Namun takdir menentukan Kedutaan Turki tidak mampu membantu Anwar selama-lamanya, natijahnya upacara sembahayang ghaib utk nywa ke-6 dilakukan sambil itu Anwar terpaksa meneruskan kehidupan menggunakan stok nyawa ke-7 tapi masih lagi guna jasad yg sama.
7. Failure Movie Sabotaj Kereta Azizah
- Kegawatan kes liwat Anwar dan Saiful kemudiannya makin menjadi-jadi dgn pelbagai penangguhan proses mahkamah daripada kes sakit demam peguam hinggalah cubaan memecat pendakwa dan hakim memperlihatkan keazaman tinggi nyawa ke-7 Anwar utk terus menghayati keindahan alam ini.
- Kehebatan inspirasi yg dimiliki oleh nyawa ke-7 Anwar ini nyata memberi semangat kuat utk para penjenayah utk cuba menggunakan method yg sama yakni menangguhkan sebanyak yg boleh kes perbicaraan di mahkamah termasuklah cuba memecat hakim dan pendakwa mengikut kemahuan sendiri demi keadilan diri sendiri.
- Namun disebalik pelbagai cubaan tangguh menangguh itu, tiba-tiba tampil Datuk Trio yg menghebahkan satu kegiatan projek Anwar dgn Chinadoll berumur 26 tahun di sebuah apartmen sederhana mewah.
- Walaupun muka lelaki dalam video itu adalah milik Anwar namun dikatakan ramai penyokong Anwar perut dan punggung Anwar tidaklah boroi dan berisi seperti itu. Hebat. Nyata kekentalan nyawa ke-7 lebih hebat daripada sebelumnya. Lebih bijak dan inovatif. Hinggakan kepakaran 2 proffesor di US, kepakaran syarikat TV di Korea pun tidak mampu menyakinkan penyokong Anwar bahawa lelaki tersebut adalah Anwar.
- Pun demikian tidak tahan dgn asakan demi asakan apatah lagi bila video seks tersebut bertebaran di alam internet hinggalah di cetak dalam benduk CD & DVD, akhirnya nyawa ke-7 terancam jua.
- Bertiuplah angin-angin spoi yg mendakwa nyawa ke-7 Anwar terancam selepas dikatakan wujud sabotaj terhadap kereta Wan Azizah. Selang sebulan selepas kejadian yg dikatakan berlaku ‘eksiden mengejut’ yg cuba membunuh Anwar itu, barulah pemandu Wan Aziah tampil membuat laporan polis.
- Walaupun logiknya patut wan Azizah yg terancam kerana kereta itu dinaiki olehnya dan pemandu itu pulak adalah pemandu kereta Azizah, namun logik tersebut tidak dapat menghalang utk Anwar kehilangan nyawanya buat kali ke-7. Innalillah sekali lagi utk kali ke-7 dalam masa 13 tahun.
8. Demo Jalanan Bershit 2.0, 09/07/2011
- Ya, kini selepas kehilangan 7 nyawa dalam masa 13 tahun dgn pelbagai plot luar tabie melangkau batasan pemikiran manusia, kini adalah masanya Anwar menggunakan nyawanya yg ke-8.
- Rupanya hayat nyawa ke-8 tidak panjang, malah kekentalannya adalah yg paling lemah berbanding 7 nyawa yg lain sebelum ini.
- Berita terbaru yg di terima sewaktu kekecohan demo Bershit 2.0 petang tadi (09/07/2001), nyawa ke-8 Anwar benar-benar di peringkat sakkaratulmaut.
- Demo haram Bershit 2.0 yg sepatutnya di adakah di Stadium Shah Alam seperti tawaran MB Selangor, namun kemudiannya dikekalkan utk diadakan di sekitar KL nyata telah secara langsung mengancam nyawa ke-8 Anwar.
- Di khabarkan Anwar terkena tembakan FRU yg bersenjatakan senapang gajah, darah membasahi bajunya hingga tidak nampak lagi warna kuningnya itu, penafasan oksigen diperlukan, ini sudah kes berat. Ini peringkat kehilangan nywa yg ke-8, memang bahaya.
- Dilaporkan pula oleh banyak blog, nyawa ke-8 Anwar ini hanya di hujung misai kucing, dikhabarkan bacaan Yassin berkumandang dan wasiat mungkin sedang dibacakan kepada kaum keluarga sementara menanti kehadiran stok baru nyawa ke-9.
- Berkemungkinan besar, tarikh 16 Julai 2011 utk perbicaraan Anwar nanti bakal tertangguh lagi sebagai meraikan bakal kehilangan nyawa ke-8 Anwar ini. Sebagai standby setelah melihat floating nyawa ke-8 Anwar ini tak tentu hala, maka blog ini mengucapkan pending order dgn ucapan Innalillah. Huh.. ucapan pun ada pending & floating macam forex. :)
9. Hikayat 9 Nyawa Kucing Milik Anwar Ibrahim
- Sampai bila Anwar akan terus bergantung pada nyawa kucing demi melanjutkan kehidupan jasadnya dalam dunia politik? Sama-sama kita nantikan episod seterusnya dalam hikayat ini kelak.
Hakikatnya, dunia realiti kita tiada 9 nyawa demikian juga dgn kucing. Semua kita makhluk Allah s.w.t hanya ada satu nyawa dan satu jasad.
Namun fahamkah anda apa yg ingin aku sampaikan di sini berkaitan hikayat seorang politikus yg bernama Anwar Ibrahim yg memilik 9 nyawa?
Yup, tentu ramai yg faham betapa kehebatan Anwar bukan sahaja terletak pada pidatonya namun juga dgn gerak geri lakonannya yg pasti mampu mengabui mata rama penyokong taksub dan bebal.
Bagi kita yg faham susur galur dan gerak geri politik Anwar, kita faham Anwar gemar bermain sandiwara utk menarik perhatian khalayak.
Anwar Ibrahim seumpama seorang pemidato yg mampu meyakinkan khalayak umum bahawa tahik kambing itu adalah ubat makjun tonik. Dan khalayak yg menyokongnya itu tanpa segan dan silu tetap akan dgn selambernya menjamah tahik kambing itu dan di suap masuk ke dalam mulut utk menguatkan tenaga dan semangat.
Pun begitu, sampai bila Anwar mahu terus berpura-pura menghebahkan yg dirinya terancam dan nyawanya dalam bahaya? Betul akan ada yg terpesona dan bersimpati dengan lakonannya itu, namun sampai bila? Allah s.w.t melihat apa yg kita buat dan apa yg kita ucapkan walaupun dgn niat yg pelbagai.
Semoga para pembaca sekalian terutama mereka yg pernah melalui zaman gawat reformasi akhir 1990-an dulu itu, boleh sejenak seketika menghayati hikayat di atas sebagai pengajaran utk mengenal seorang manusia yg bernama Anwar ibrahim. :- Beruang Biru
DAP TOLAK BERSIH 3.0 PADA SAAT AKHIR.....!!!!!
Disaat akhir perhimpunan Bersih 3.0 nak bermula DAP telah membuat kenyatan melelui naib pengengurusi nya yang tidak berseuu Bersih 3.0 diadakan.
Baca Kenyataan Dibawah:-
Naib Pengerusi DAP, Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim hari ini mengeluarkan kenyataan tidak menyokong himpunan BERSIH 3.0 yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada Sabtu ini. .
"Kebanyakan himpunan akan bermula dengan aman dan berakhir dengan keganasan. Siapa yang akan bertanggungjawab tentang keselamatan mereka?
"Saya menolak mana-mana pihak yang melakukan perkara menjurus kepada pelanggaran undang-undang," katanya.Ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, Tunku Abdul Aziz menegaskan, BERSIH 3.0 tidak wajar diadakan di Dataran Merdeka kerana ia mengajak rakyat melanggar undang-undang.Menurut Tengku Aziz lagi, keselamatan peserta yang hadir pada himpunan itu juga tidak terjamin.
Tambahnya, penganjur perhimpunan seharusnya menerima pelawaan oleh pihak berkuasa untuk mengadakan himpunan tersebut di tempat yang lebih selamat.
"Sebenarnya mereka nak protes. Kenapa perlu lakukan di sana? (Dataran Merdeka) sedangkan DBKL sudah tidak membenarkan.
"Nanti akhirnya yang akan dipersalahkan ialah pihak berkuasa. Ini tidak adil.
"Mesti ada jalan lain tanpa melakukannya di jalanan... Ada saluran lain yang boleh digunakan seperti di Parlimen. Tetapi jangan melanggar undang-undang," tegasnya.
Sehubungan itu, Tunku Aziz berkata, walaupun beliau merupakan sebahagian daripada pimpinan Pakatan Rakyat, tetapi ia tidak menghalangnya untuk memberi pendapat peribadi.
Jelasnya, pendirian itu juga tiada kaitan dengan keputusan partinya.
"Walaupun kita daripada parti tetapi tidak bermakna kita perlu rasa bersalah dengan pendirian kita. Kadang kala kita sokong dan ada kalanya tidak," ujarnya. - MK.
Anwar Ibrahim Melacorkan Anak Muda Untuk Perjuangannya..!!
Semakin kencang angin pilihan raya umum bertiup, semakin gabra pula Anwar Ibrahim.
Beliau sudah kehabisan modal politik dan ketandusan ide untuk menipu rakyat.
Semua kepalsuan dan janji-janji manisnya telah telah terbukti satu pembohongan belaka.
Bermula dengan episod 16 September 2008 di mana Ketua Pembangkang itu dengan bongkaknya menjanjikan rakyat satu kerajaan persekutuan baru pada hari menyambut penubuhan Malaysia, sehinggalah ke hari ini, kesemua yang keluar dari mulut Anwar adalah semata-mata pembohongan.
Kini dia membuat satu lagi pembohongan untuk memansuhkan pinjaman pendidikan PTPTN.
Maka sekumpulan mahasiswa atau bekas mahasiswa yang jumlahnya hanya sekitar 50 orang diupah Anwar untuk membuat kecoh di Dataran Merdeka.
Mereka yang diupah pembangkang kononnya untuk memperjuangkan nasib golongan mahasiswa sebenarnya boleh dikatakan pembuat kacau profesional yang dibayar wang untuk menimbulkan huru hara.
Apa tidaknya, mereka adalah kumpulan orang yang sama pada setiap perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan yang membabitkan pihak pembangkang.
Baik pada perhimpunan Bersih, mahupun demonstrasi anti-ISA, ataupun perarakan tuntutan hak air Selangor hinggalah gerakan membebaskan Anwar, mereka adalah wajah-wajah yang sama.
Kesimpulannya golongan mahasiswa secara keseluruhannya tidak menyokong agenda politik kotor kumpulan ini yang cuba menonjolkan imej sebagai jurucakap puluhan ribu warga institusi pendidikan tinggi.
Kedua, ide pemansuhan PTPTN datangnya dari Anwar tetapi kelibat beliau sendiri tidak kelihatan untuk bersama-sama kumpulan tersebut di Dataran Merdeka.
Anwar menggunakan anak-anak muda untuk berjuang untuknya sehingga mereka sanggup berkhemah dan tidur atas jalanan sementara Ketua Pembangkang itu enak tidur di atas hamparan baldu di rumahnya yang berharga jutaan ringgit.
Inilah sikap hipokrit Anwar yang perlu dilihat oleh rakyat jika mahu faham siapa individu ini sebenarnya.
Politik yang diamal oleh Anwar adalah politik yang percaya semua orang boleh dikorbankan demi mencapai cita-cita peribadinya untuk menjadi Perdana Menteri.
Pihak pertama yang menjadi mangsa politiknya rakus sudah tentu isteri, anak-anak dan keluarganya.
Dari 1998 hingga kini keluarga Anwar dipaksa mengharungi pengalaman getir dan pahit disebabkan mahu mengejar impiannya ke Putrajaya.
Kalau keluarganya sendiri boleh dijadikan taruhan politik, apatah lagi 'budak-budak U' yang penuh dengan idealisme dan semangat yang berkobar-kobar di dalam dada?
Sudah tentu perkara ini amat mudah sekali bagi Anwar.
Taktiknya ialah dengan melontarkan satu isu yang dekat di hati mahasiswa iaitu kos pengajian mereka di universiti dan kolej.
Anwar melihat isu ini adalah modal terbaiknya untuk memporak-perandakan masa depan mahasiswa dengan menyuruh mereka berdemonstrasi dan berdepan dengan risiko tindakan undang-undang ke atas mereka.
Apabila pihak berkuasa mengambil tindakan, maka Anwar akan mendakwa kerajaan zalim dan menindas pelajar-pelajar tersebut dengan harapan untuk meraih undi rakyat.
Tidak cukup dengan berkhemah untuk mendesak pemansuhan PTPTN, kumpulan mahasiswa ini juga mengaitkan tindakan mereka itu dengan perhimpunan Bersih 3.0 yang mahu diadakan pada 28 April ini.
Tidakkah dengan jelas, samada isu PTPTN atau Bersih, kumpulan pelajar ini telah diperkudakan sewenangnya oleh pihak pembangkang?
Di manakah pemimpin pembangkang ketika pelajar-pelajar tersebut diambil tindakan oleh pihak berkuasa, yang mana ada di tahan pihak polis.
Batang hidung mereka pun tidak nampak sama sekali di Dataran Merdeka apatah lagi mahu memberi sokongan!
Golongan mahasiswa yang bakal mewarisi kepimpinan negara pada satu hari kelak, perlu sedar mereka telah dipengaruhi untuk bermain percaturan politik pihak pembangkang.
Mereka hanya berfungsi sebagai bidak-bidak yang boleh dikorbankan pada bila-bila masa sama atau 'dispensable' seperti juga dalam permainan catur.
Bersih 3.0 SATU MALAPETAKA BESAR KEPADA PAKATAN RAKYAT..!!!
Bersih 3.0 yang dirancang pada 28 hb April (Sabtu) ini akan menjadi satu malapetaka besar kepada Pakatan Rakyat. Ada yang mengatakan perhimpunan itu akan gagal mencapai matlamat ‘terunggul’ mereka iaitu mengumpulkan seramai 500 ribu orang pendemo, begitu kuat sekali.
Antaranya ialah dilihat dari kegagalan himpunan pra Bersih di Kelab Sultan Sulaiman pada 17 April, yang hanya menyaksikan seramai 10 ribu orang hadir (angka dari sumber pembangkang), yang mana jauh dari sasaran awal 100,000 orang. Beberapa siri jelajah pra Himpunan Bersih 3.0 yang diadakan selepas itu juga, sekadar dihadiri beberapa puluh dan ratus orang sahaja, contohnya di Dataran Shah Alam pada minggu sudah yang hanya dihadiri sekitar 200 orang.
Perlu diingatkan bahawa semua angka yang penulis nyatakan di atas adalah mengambil bulat-bulat dari yang dinyatakan dalam blog pro pembangkang, dan seperti mana yang kita sedia maklum, angka tersebut amat diragui kebenarannya. Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa pembangkang cukup suka membesar-besarkan jumlah kehadiran peserta himpunan, kerana itu akan menunjukkan konon-kononnya acara tajaan mereka mendapat sokongan rakyat.
Mengambil contoh himpinan Mansuh PTPTN pada 14 April yang dihadiri sekitar 250 – 300 orang peserta pada, ‘dinaikkan tarafnya’ kepada beribu-ribu orang oleh hampir kesemua blog pro pembangkang, kecuali portal berita yang mencari makan dengan sumber dari langganan berita separuh tepat seperti Malaysiakini. Malaysiakini melapurkan himpunan itu dihadiri sekitar 300 orang sahaja, jauh dari sasaran 5,000 orang yang dijaja penganjurnya.
Kalau nak didebatkan dari segi kelayakan peserta yang hadir (mahasiswa dan peminjam PTPTN), nescaya jumlah itu akan menjadi jauh lebih kecil dari yang dinyatakan Malaysiakini.
Itu dari segi kehadiran.
Dari segi agenda juga, perhimpunan Bersih 3.0 ini sudah menunjukkan masalah. Dikhabarkan bahawa Pengerusi Bersama Bersih 3.0, Datuk Ambiga Sreevanasan, yang juga Pengerusi program Seksualiti Merdeka, akan menggabungkan perhimpunan Bersih dengan himpunan LGBT yang terganggu oleh larangan pihak berkuasa ke atas penganjuran program Seksualiti Merdeka pada November tahun lepas.
Ambiga dikatakan melihat himpunan kali ini adalah kesempatan terbaik untuk memperjuangkan hak golongan LGBT, dalam masa yang sama mempromosikan Pakatan Rakyat sebagai organisasi yang menjuarai isu-isu berkaitan hak asasi manusia di Malaysia.
Malah, beberapa blog pro pembangkang juga sudah mewar-warkan tentang penggabungan kedua himpunan tersebut (Bersih 3.0 dan LGBT), walaupun disebut-sebut yang idea itu dibantah sepenuhnya oleh PAS. Tapi dalam masa yang sama, siapalah PAS jika nak dibandingkan dengan DAP yang terang-terang menyokong program Seksualiti Merdeka ketika ia dilangsungkan pada November.
Agenda LGBT ini walaupun menerima respon positif dari parti-parti komponen Pakatan Rakyat seperti PKR dan DAP, tapi pasti akan ditolak sepenuhnya oleh penyokong PAS dan golongan atas pagar yang rata-rata tidak bersetuju dengan keputusan Ambiga tersebut, dan ini dikatakan akan menjadi punca kepada kurangnya sambutan rakyat kepada perhimpunan ini.
Ketiadaan ‘publisiti percuma’ dari media-media arus perdana dan pihak polis sendiri, juga akan menyumbangkan kepada kehadiran yang kurang. Tindakan semua media arus Perdana yang tidak memberi liputan besar-besaran kepada penganjuran Bersih 3.0 (tidak seperti Bersih 2.0 Julai tahun lepas), dijangka akan menghilangkan ‘tarikan’ untuk rakyat hadir ke perhimpunan seumpama itu lagi.
Semua inilah petunjuk yang memberi gambaran tepat bahawa Himpunan Bersih 3.0 ini akan menemui gagal sepenuhnya. Sumber penulis menganggarkan hanya sekitar 15,000 orang sahaja yang akan hadir ke himpunan tersebut. :- Beruang Biru
Janji Pendidikan Di Selangor Belum Di Tunaikan, Tetapi Sudah Hantar Pelajar Buat Demo ..!!!
Lidah rasmi kerajaan negeri Selangor, Selangor Ku sedang mempromosi acara himpunan untuk anak muda dan mahasiswa menggesa pihak kerajaan memansuhkan PTPTN dan menuntut pendidikan percuma kepada seluruh rakyat Malaysia.
Itu terpulang kepada anak muda dan mahasiswa untuk melibatkan diri. Sebaiknya pastikan acara itu mendapat kelulusan polis untuk memastikan keselamatan terjaga dan tiada perkara yang tidak diingini berlaku.
Dalam anak muda dan mahasiswa menggunakan ruang bersuara yang mendapat sokongan kerajaan negeri, ada baik juga mereka menilai prestasi dan janji-janji kerajaan negeri.
Kerajaan negeri menyokong anda menuntut pelajaran percuma tetapi hendak juga sedarkah anda kerajaan negeri sendiri tidak memberi pelajaran percuma keapda penuntut Unisel. Malahan yuran Unisel bertambah meningkat.
Jika diingat kembali dalam manifesto Pakatan rakyat ketika Pilihanraya Umum ke 11, mereka janjikan sejumlah sumbangan lebih seribu ringgit untuk semua anak Selangor yang berjaya masuk Universiti.
Dapatkah sudah semua anak Selangor sumbangan itu?
Jika benar kerajaan negeri begitu percaya kepada perlunya pelajaran percuma, apa kata mereka biayai dalu semua yuran dan perbelanjaan keapda semua penuntut yang belajar di sekolah-sekolah rendah, menengah, kolej pra U dan kemahiran, dan Universiti.
Malangnya mereka sendiri tidak lakukan apa yang dikata dan janji. Program untuk tadika itu bila nak mula. Sudah tiga tahun lamanya Pakatan memerintah Selangor. Haraop adalah program sedemikian dan tersebar manafaatnya dan bukan hanya untuk golongan tertentu.
Maklumlah juga dengan kedudukan kewangan Yayasan Selangor yang ternyata dalam keadaan parah di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat, banyak program pelajaran dan latihan yang ada ketika dibawah pentadbiran Barisan Nasional sudah tiada.
Institiut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) ditutup dan pelajar yang ada dipindahkan ke institiut biayaan swasta yang diluar kemampuan ibubapa penuntut dari keluarga miskin.
Tidak tahu adakah peluang yang sama untuk penuntut yang cicir di sekolah dan penuntut keluarga miskin untuk masuk tanpa bantuan Yayasan Selangor.
Biasiswa untuk penuntut miskin masuk sekolah di awal tahun sudah dihentikan dan dibawah penjagaan badan lain dibawah kelolaan kerajaan negeri. Ini hanya bermakna jumlah bantuan pelajaran sudah berkurangan dari dahulu ada dari yayasan dan kerajaan negeri tapi kali ini hanya dari kerajaan negeri saja.
Asrama Tun Dr Ismail dan Toh Puan Nor Asihikin sedang dalam proses diroboh untuk dijual tapaknya kepada pemaju perumahan tanpa ada usahasama dengan yayasan Selangor untuk melabur.
Kedua-dua asrama tersebut berperanan memberi penginapan yang selesa dan sesuai untuk penuntut dari luar bandar belajar dan mendapat tempat di sekolah-sekolah di bandaraya yang lebih baik.
Dengan ini, terputuslah peluang pelajar dari luar bandar untuk mendapat kemudahan pembelajaran yang lebih baik di sekolah-sekolah bandar.
Kalau kerajaan negeri hanya pandai berhelah memberi alasan, perlukah anda menghadiri himpunan yang penganjurnya hanya cakap tak serupa bikin.
Inikan lagi jika ianya hanya untuk jadi raptai bagi Bersih 3.9 mempergunakan anak muda dan pelajar setelah somongan dari golongan dewasa dan lebih tua menurun kerana hilang percaya dengan kerajaan Pakatan rakyat yang hany apandai berpolitik tetapi tidak tahu mentadbir dan mengkota janji. Sel13.com
Khalid Gagap Derma RM 5 Juta Untuk Melancarkan Bersih 3.0???
Khalid Ibrahim tidak ada pilihan, kecuali mengeluarkan duit Negeri untuk membantu Bersih 3.0 dan budak-budak #occupydataran.
Jumlah yang lebih besar adalah untuk Bersih 3.0. #occupydataran dapat juga rasa duit Kerajaan Selangor. Tak banyak. Tapi dapat. Untuk setiap student diberikan token RM500 ke RM1000 kira banyak jugalah tu. Bukan sikit....
Akhbar Melayu semua tak cover ‘derma kilat’ Khalid Ibrahim ini. Hanya The Sun yang dapat cover. Khalid sendiri memaklumkan: kempen ‘Selangorku Bersih’ akan digunakan untuk menjayakan program pemutihan pengundi.
Kalangan orang Pejabat MB tahu, tak banyak NGO yang datang jumpa Khalid untuk bajet ‘Selangorku Bersih’. Hanya Ambiga dan petugas Bersih yang menanti duit Selangor untuk dijadikan modal berhimpun hujung minggu yang akan datang.
Jawatankuasa BERSIH diberikan lampu hijau untuk membuat segala macam ‘claims’ kepada Pejabat MB melalui program ‘Selangorku Bersih’.
Dalam pada banyak kawasan di Selangor masih kotor dan banyak dengan sampah, Khalid lebih suka untuk memberikan RM5juta kepada BERSIH dan penggerak anti PTPTN. Ianya hanya perlukan satu nota kecil Anwar untuk membolehkan bajet RM5juta diberikan kepada Bersih 3.0 dan budak-budak penggerak anti PTPTN. ‘
Kalau tidak percaya, sila lihat The Sun (20 April, mukasurat 8). Semuanya dinyatakan secara terbuka.
Kalau NGO pro-UMNO/BN bijak, mereka patut serang Pejabat MB dan mohon diberikan bajet yang sama – di bawah geran ‘Selangorku Bersih’. Sebab Khalid tekankan, bahawa bajet ini adalah terbuka kepada semua parti politik di Selangor. Apa lagi? Takkan nak biarkan Bersih 3.0 dan #occupydataran yang bolot.
Kekerapan Ambiga melawat Khalid di Pejabat MB kebelakangan ini membayangkan bahawa semuanya memerlukan WANG dan didokong oleh WANG. Kalau Bersih 1.0 dan Bersih 2.0 ditaja oleh orang luar; Bersih 3.0 adalah acara yang ditaja oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan. Hebat percaturan....
Dimaklumkan juga bahawa Ambiga tidak boleh mengharapkan bantuan antarabangsa kerana tahu akaun peribadinya sedang dipantau oleh agensi tertentu. Terlalu banyak transaction berlaku sebelum Bersih 2.0. Ini boleh menyebabkan integriti Ambiga tersembam ke tanah.
Khalid nyata seorang budak suruhan Anwar. Nota kecil Anwar sahaja sudah boleh menyebabkan bajet RM5 juta dikeluarkan untuk Bersih 3.0 dan #occupydataran.
Hebat....!! :- Gelagat Anwar
Hanya 0.0001% Mahasewel Melibatkan Nyonya Ini Sebagai Pelindung Kemaksiatan (Lihat Rakaman Video Dibawah Ini)..!!!!
Mungkin ramai tidak sedar bahawa yang melalak-lalak ingin mansuh PTPTN sebenarnya hanyalah 0.0001% dari kesemua 2.5 juta pelajar IPT, termasuk Universiti, Universiti Kolej, Kolej, Politeknik, Kolej Komuniti dan lain-lain IPT awam dan swasta yang ada di Malaysia ini.
Itupun dalam 250 orang yang berdemo di Dataran Merdeka itu bukan semuanya pelajar. Antaranya terdapat mak nya atau nyonya tua, apek tua, mak-cik dan pak cik berumur lebih 40 tahun, remaja yang rosak akhlak, yang berperangai tidak senonoh dan sebagainya.
Jika benar semua mereka ini adalah peminjam PTPTN maka tentulah mereka antara pelajar-pelajar benak, pemalas yang sememangnya menjadi balaci atau pencacai sepenuh masa Pakatan Rakyat. Ramai juga di antara mereka kelihatan seperti manusia sesat tetapi tidak pula kelihatan seperti sedang mencari-cari arah hidup. Sebaliknya selesa dengan kesesatan dan cara gelandangan sebegitu.
Justeru, apa yang boleh diperkatakan mengenai isu demo mansuh PTPTN ini? Yang sebenarnya, demo PTPTN ini bukanlah isu langsung!
Kita juga tahu bahawa DAP dan PAS sebenarnya tidak bersetuju dengan Anwar untuk memansuhkan PTPTN. Semua orang bertanya dari mana hendak dikaut RM43 billion untuk menampung kos pendidikan percuma dan Anwar tidak mampu memberi jawapan yang meyakinkan kerana beliau sendiri tidak tahu jawapannya.
Akhbar-akhbar Cina juga menyiarkan banyak tulisan dan juga pendapat yang mengkritik idea pemansuhan PTPTN ini. Hari ini juga tersiar satu tulisan di Nanyang Siang Pau yang meluahkan rasa malu dengan tindakan Pakatan Rakyat mempromosi sifat meminjam tetapi enggan membayar.
Menurut penulis tersebut, budaya Cina sering menekankan sifat membayar balik pinjaman, dan bagi penulis, inilah faktor utama kejayaan bangsa mereka.
Sepatutnya, orang-orang Melayu merasa jauh lebih malu lagi kerana membayar balik pinjaman bukanlah sekadar tuntutan adat atau budaya tetapi tuntutan agama. Dan kerana enggan membayar hutang juga membuatkan ramai orang Melayu tidak berjaya.
Selama ini, PR yang paling hebat melaungkan Melayu baru, yang moden berdaya saing dan mampu berjaya tanpa menggunakan tongkat. Oleh itu, kita tidak faham, bagaimana pula di masa yang sama PR ingin menambahkan tongkat dan memanjakan lagi rakyat Malaysia, terutamanya Melayu dengan menambahkan subsidi itu dan ini, menjanjikan bulan dan bintang dan segala-galanya.
Semuanya ingin disuapkan oleh PR kepada rakyat supaya kita merasa gembira dan tidak perlu bersusah payah bekerja kuat untuk meningkatkan taraf hidup. Dan kini PR juga yang ingin memulakan era segalanya percuma di mana peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi adalah sama rata tidak kira sama ada pelajar tersebut cemerlang atau tidak dalam pelajaran peringkat menengahnya.
Sedangkan memberikan pendidikan percuma di peringkat tinggi juga merupakan satu ketidakadilan selain membantutkan motivasi pelajar untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.
Lagipun, bukankah ini bertentangan dengan aspirasi untuk melahirkan masyarakat yang berdaya saing, kuat dan mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah walau di mana saja kita berada?
Tindakan PR ini hanya akan mengakibatkan kelahiran lebih ramai graduan tidak cukup masak seperti Anwar Ibrahim ataupun Adam Adli.
Kini, demonstrasi PTPTN sudah jelas tidak berjaya, sebabnya ialah dalang pemikir dan penggeraknya adalah terdiri dari graduan tidak cukup masak belaka. Ramai di kalangan rakyat menggeleng-gelengkan kepala melihat peserta demonstrasi yang tidak senonoh dan biadab dengan pihak berkuasa. Akhirnya, hasil yang diperolehi PR melalui demo PTPTN hanyalah imej parti yang semakin buruk dan bukti kebodohan pemimpin-pemimpinnya.
Apapun, melihat angka sokongan terhadap pemansuhan PTPTN membuatkan kita mengeluh lega. Ini kerana ia jelas menunjukkan bahawa majoriti pelajar di IPT seluruh negara masih lagi waras dan benar-benar layak bergelar mahasiswa. Hanya 0.0001% sahaja yang merupakan ‘maha tak berguna’ yang kewujudan mereka tidak membawa apa-apa manfaat kepada diri sendiri, keluarga, negara, dan jauh sekali kepada dunia. :- Beruang Biru.
Dato’ Seri Azizan Razak Derhaka Kepada Sultan Kedah..
Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Azizan Razak buat kesekian kalinya membuktikan sifat takbur Ulama-ulama PAS apabila meletakkan fatwa yang di keluarkan oleh Mufti atau Jawatankuasa Fatwa sama ada diwartakan atau tidak, sebagai tidak boleh dicabar atau dirayu atau disemak dinafikan atau dipersoalkan oleh mana-mana Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah.
Alasan beliau iaitu fatwa Ulama adalah jauh mengatasi sistem mahkamah seolah-olah meletakkan kedudukan Ulama menjangkaui taraf manusia biasa iaitu tidak mungkin berbuat silap, malah mungkin juga berhak mengampunkan dosa manusia lain seperti mana yang pernah dilakukan oleh Nik Aziz.
Pendirian seperti ini, jelas menyalahi ajaran Islam dan menyerupai Kristian yang meletakkan padri sebagai wakil Tuhan. Sedangkan menurut Islam, Ulama juga manusia biasa iaitu ada kelemahan masing-masing malah Islam juga memperingatkan kita tentang wujudnya Ulama jahat hatta sejahat-jahat manusia ialah Ulama yang jahat. Jika tidak, tidak mungkin kita diperingatkan tentang Ulama-ulama jahat yang sering menyesatkan ummah.
Fatwa bukan statik dan ia boleh berubah atau dipinda mengikut kesesuaian masa. Ia juga bukan satu hukum tetapi merupakan pandangan tentang hukum agama. Ulama pula bukan maksum dan bukannya menerima wahyu terus dari Allah SWT.
Oleh yang demikian, apakah jaminannya yang pandangan para Ulama tersebut tepat? Dan apa pula jaminan yang Ulama yang terlibat dalam membuat fatwa itu adalah Ulama yang sebenar-benarnya sedangkan ijazah agamanya hanya diiktiraf oleh manusia, bukan Allah SWT.
Sesiapa juga, hatta orang kafir juga jika mengikuti pembelajaran agama Islam di universiti dan belajar bersungguh-sungguh tidak mustahil akan lulus dengan cemerlang juga. Maka apakah mereka juga boleh dikira sebagai lebih tinggi darjat di sisi Allah SWT dan diangkat sebagai Ulama?
Akibat dari ‘ketakburan’ kerajaan PAS ini, Tunku Laksamana Kedah, Tunku Mansor Tunku Kassim telah membuat kenyataan yang membayangkan pihak istana juga merasa tersinggung kerana tindakan ini dikhuatiri mencabar kuasa DYMM Sultan Kedah sebagai Ketua Agama Islam Negeri.
Jika Ulama-ulama PAS sudah meletakkan diri mereka sebagai lebih tinggi darjat dan taraf dari manusia biasa, maka Tunku atau DYMM Sultan juga tentunya berada di kedudukan lebih rendah dari mereka serta tidak berhak mempersoal atau mencabar pandangan mereka. :- Beruang Biru
HOT BEB..!!! Nasharuddin Mat Isa Panggil Ambiga "Sang Primadona".
Sebelum ini isu penglibatan Ambiga kes murtad Lina Joy pernah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu,Datuk Zulkifli Nordin.
Namun PAS yang mendabik dada memperjuangkan Islam buat pekak sahaja dan terus melihat Ambiga sebagai sang primadona kerana politik.
Bersih kini dikatakan untuk coverline telah lantik Sasterawan Negara Datuk A Samad Said sebagai pengerusi bersama perhimpunan Bersih.
Namun Ambiga terus main peranan yang high profile dalam himpunan yang hendak dianjurkan.
Nasharuddin menyatakan pandangan beliau itu semasa ditanya wartawan selepas membentangkan kertas kerja pada "Wacana Kemungkaran LGBT: LGBT Mengundang Bala Allah SWT" di Kuala Lumpur Ahad Ahad.
Beliau memberitahu pandangannya tentang Ambiga ini selaras dengan fatwa ulama terkenal Yusof Al-Qardawi sendiri menolak dan memerangi individu seperti itu.
Nasharuddin berkata sepatutnya PAS sebagai parti politik yang wajar mengetuai gerakan menuntut pilihanraya bersih dan adil.
Menurutnya ia tidak wajar diketuai oleh seorang individu.
Namun boleh agak PAS yang sudah ‘ teruja’ dengan Ambiga dijangka tetap akan buat pekak terhadap pandangan bekas Timbalan Presiden sendiri.
Sementara itu ketika membentangkan kertas kerjanya pada wacana berkenaan Nasharuddin yang juga Pengerusi Pusat Kajian Fiqh Kontemporari menegaskan demi masa depan dan akidah generasi muda, isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak boleh dipolitikkan.
Beliau sebaliknya semua pihak perlu berganding bahu untuk menanganinya.
"Ini bukan sesuatu yang boleh dipolitikkan kerana ia melangkaui politik dan kita jangan hanya kejar pembangunan sehingga kita terikut dengan budaya negatif Barat," kata Nasharudin.
Beliau berkata golongan itu bagaikan satu wabak yang akan menjadi kanser dan menjadi satu penyakit parah di dalam masyarakat dengan ancaman dahsyat yang membawa kesan negatif serta boleh merosakkan fabrik sosial.
Katanya semua pihak perlu berganding bahu memastikan generasi muda bebas daripada gejala LGBT kerana mereka merupakan bakal pemimpin serta pewaris untuk mengemudi negara ini dengan akhlak yang baik serta terpuji.
Nasharudin berkata wacana seumpama itu merupakan satu gerakan bagi menyedarkan rakyat serta memastikan mereka tidak terjebak serta menyokong golongan ini. :- Empayer Pemuda
Khalid Ibrahim Seperti Lembu Dicucuk Hidung..!!
Surat diatas ialah surat Ronnie Liu (exco PBT) yang dihantar kepada PBT tertentu untuk memberi arahan tangguh operasi PBT keatas pusat cyber cafe yang beroperasi lebih waktu.
Tindakan ini ada asasnya (walaupun lemah) iaitu membenarkan operasi lebih masa untuk pelancong. Namun tindakan sebesar ini (arahan tangguh operasi) perlu dibuat dalam mesyuarat exco bukan dibuat atas budi bicara seorang exco sahaja!
Ronnie berani mengeluarkan surat ini kerana Khalid yang lemah, selepas surat ini dikeluarkan Khalid masih juga berdiam diri. Nampak sangatlah MB Khalid ni takut dengan DAP...!!! ;- Belantan
Pakatan Haram Desak Bersihkan Putrajaya Setelah Tuntutan Bersih Di Tunaikan...!!!
Apa yang kita tahu mengenai Bersih 3.0? Apakah tuntutan mereka?
1. Bersihkan senarai undi
2. Reformasikan Undi Pos
3. Gunakan Dakwat Kekal
4. Akses Media yang Bebas dan Adil
5. Tempoh Kempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor
Dan apa yang kita tahu mengenai Bersih 2.0? Apakah tuntutan mereka?
1. Bersihkan senarai undi
2. Reformasikan Undi Pos
3. Gunakan Dakwat Kekal
4. Akses Media yang Bebas dan Adil
5. Tempoh Kempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor
Dan inilah antara perkembangan yang terjadi antara jangkamasa Bersih 2.0 iaitu 9 Julai 2011 dan Bersih 3.0 yang bakal diadakan pada 28 April 2012.
Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen yang dianggotai oleh wakil kerajaan dan pembangkang, serta bebas untuk mengkaji mengenai penambahbaikan sistem pilihanraya. Berdasarkan apa yang dicadangkan oleh jawatankuasa tersebut dengan merujuk kepada tuntutan Bersih, berikut adalah apa yang diumumkan oleh SPR pada 19 April lalu:
Bersihkan senarai undi
-
SPR juga bersetuju untuk menguakuatkuasakan undang-undang sedia ada mengenai mereka yang memberi maklumat palsu ketika mendaftar sebagai pengundi. SPR setuju untuk membersihkan senarai undi dan menyelidik berkenaan kes di mana terdapat begitu ramai pengundi di alamat yang sama.
Reformasikan Undi Pos
-
Rakyat Malaysia yang berada di luar negara juga boleh mengundi melalui pos Walaubagaimanapun, SPR tidak akan menubuhkan stesyen mengundi di negara-negara luar kerana ia amat sukar dilakukan. Ini kerana setiap pengundi pos dari luar negara ini perlu berdaftar mengikut kawasan mengundi yang berlainan mengikut alamat mereka ketika di sini.
Gunakan Dakwat Kekal
-
Awal tahun ini, SPR telah meluluskan penggunaan dakwat kekal
Akses Media yang Bebas dan Adil
-
SPR juga bersetuju mengambil langkah memberi akses media secara adil kepada semua parti politik dan calon-calon bertanding. Semua media perlu berdaftar dengan pegawai di kawasan undian masing-masing dan permohonan mereka perlu diluluskan oleh organisasi media yang mereka wakili.
Tempoh Kempen Minima 21 Hari
-
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah bersetuju menambah tempoh kempen pilihanraya daripada 7 hari kepada 10 hari.
Jelas, 5 dari tuntutan nyata Bersih telah pun diberi perhatian Sementara, tuntutan bersifat umum iaitu 6. Kukuhkan Institusi Awam, 7. Hentikan Rasuah dan 8. Hentikan Politik Kotor telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan secara berterusan dari dahulu hingga sekarang. Dengan transformasi yang dilakukan, integriti institusi awam semakin menyerlah dan ini dapat dilihat sendiri melalui maklumbalas rakyat.
Kesungguhan kerajaan menangani rasuah sudah pun terbukti dengan kes-kes besar di dalam imigresen, kastam malah pemimpin politik sendiri, disiasat dan ditangkap. Semuanya berjalan dengan lancar dan professional. Hanya apabila kes melibatkan pemimpin pemimpin pembangkang sahaja maka siasatan mengalami gangguan, contohnya kes penyalahgunaan wang negeri oleh pemimpin DAP yang membawa kepada kematian saksi penting SPRM.
Dari satu segi atau dari segenap segi, Bersih itu sendiri adalah lahir dari politik kotor, maka bagaimana pula Bersih ingin menuntut agar politik kotor dihentikan? Bersih didalangi pembangkang dan dibiayai oleh NDI iaitu agensi asing yang tugasnya ialah menjatuhkan kerajaan yang sah. Ini diakui sendiri oleh Ambiga Sreevanesan, Pengerusi Bersih 2.0.
Jika ini tidak benar, apa gunanya menuntut kempen 21 hari yang menjadi punca tragedi 13 Mei 1969? Tidak lain tidak bukan, Bersih ingin sangat mengulangi tragedi itu, kalaupun tidak sekadar mencetus huru-hara. Untuk pengetahuan semua, mencetus huru-hara adalah strategi penting dalam menjatuhkan kerajaan sepertimana yang diajar oleh NDI kepada mereka.
Dengan kesemua tuntutan Bersih telah pun didengari, diberi perhatian, dipersetujui dan diambil tindakan sewajarnya, apa perlunya lagi berdemonstrasi pada 28 April ini?
Kini sudah terang lagi bersuluh bahawa Bersih hanya ingin mencetuskan kekecohan dan huru-hara dalam negara. Selain itu, Bersih juga perlu bagi pembangkang sebagai alasan untuk menolak keputusan pilihanraya sekiranya mereka kalah teruk dalam PRU yang akan datang.
Kita pasti, walaupun senarai undi benar-benar bersih dan negara benar-benar sifar rasuah sekali pun, Bersih tetap akan menafikan dan mencari alasan untuk mengadakan demonstrasi. Dan percayalah, jika mereka masih tidak berjaya menjatuhkan kerajaan, kita bakal menyaksikan Bersih 4.0, 5.0 dan seterusnya dengan senarai tuntutan yang sama seperti 2.0 dan 3.0 di atas.
Kerana bagi mereka, hanya apabila pembangkang menang walaupun dengan majoriti rakyat TIDAK mengundi mereka, maka pilihanraya itu akan diiktiraf sebagai bersih. :- Beruang Biru.
Guan Eng Desak Kerajaan Memohon Maaf Kepada Semua Bekas Tahanan ISA Termasuk Tun Mahathir...!!!
DESAKAN Pakatan Rakyat agar kerajaan memohon maaf kepada semua bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dimansuhkan baru-baru ini, menimbulkan tanda tanya yang besar di kalangan rakyat jelata yang penulis temui.
Persoalan mereka, perlukah kerajaan meminta maaf kepada bekas tahanan ISA yang majoritinya terdiri daripada pengganas komunis, perisik asing, pembuat wang/dokumen palsu dan mereka yang cuba mengganggu ketenteraman awam yang boleh mencetus konflik perkauman – termasuklah dalam kes penahanan Lim Guan Eng (Operasi Lalang 1987) yang mengemukakan cadangan agar kerajaan meminta maaf ini
Adakah Guan Eng mencadangkan kerajaan Malaysia minta maaf dengan komunis. Kenapa komunis, adakah kerana komunis menjadi ikon perjuangan DAP? Komunis yang terlibat membunuh ramai orang cina dan melayu semasa zaman darurat itupun Guan Eng nak kerajaan minta maaf hanya kerana dia ditahan di bawah ISA? Kalau dah memang itu tempatnya yang layak atas keganasan yang dilakukan mereka, kenapa Guan Eng nak kerajaan minta maaf pula?
Begitu juga dengan perisik asing dan orang yang cuba mensabotaj ekonomi negara dengan mencetak wang palsu. Guan Eng nak kerajaan melutut minta maaf kepada mereka ini semua?
Akal ada?
Ironinya, tahanan ISA terakhir yang ditahan dibawah Akta tersebut disebabkan oleh perbezaan politik ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad sendiri!!! Manakala, penyalahgunaan ISA untuk kepentingan peribadi terakhir digunakan oleh Anwar Ibrahim apabila mengarahkan Special Branch menangkap Ummi Hafilda Ali dan Azizan Abu Bakar untuk menukar pengakuan masing-masing berhubung dakwaan liwat ke atas Anwar.
Dalam kes Tun Mahathir, negarawan ulung negara ini ditahan di bawah ISA pada 1969 atas arahan Menteri Dalam Negeri ketika itu Allahyarham Tun Dr. Ismail kerana beliau menulis buku Malay Dilemma yang mengkritik pentadbiran Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Selepas dari itu, kesemua individu yang ditahan dibawah ISA adalah mereka dalam kategori yang penulis sebutkan pada para 2 di atas.
Malah, Operasi Lalang 1987 yang dikatakan menjadi ‘bukti tunggal’ kepada dakwaan kononnya penyalahgunaan akta tersebut oleh kerajaan BN untuk menekan politik pembangkang itupun sebenarnya adalah atas tujuan ketenteraman awam akibat dari isu berkaitan sekolah cina yang hampir mencetus konflik perkauman ketika itu.
Kalau atas sebab fahaman politik, tidaklah orang UMNO pun turut di tahan dalam operasi besar-besaran tersebut.
Pendek kata, dakwaan kononnya kerajaan banyak menyalahgunakan ISA untuk menekan pembangkang adalah dakwaan yang paling tidak berasas. Jadi apa perlunya kerajaan meminta maaf?
Penulis bersetuju dengan kenyataan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin di Parlimen semalam, yang menyebut bahawa pembangkang hilang arah apabila kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengotakan janji untuk menghapuskan ISA ini kerana Anwar Ibrahim yang berangan-angan mahu mencatat namanya dalam sejarah negara ini sebagai ‘Perdana Menteri’ yang menghapuskan ISA.
Nak menutup kehilangan arah itulah yang menyebabkan soal minta maaf semua ini keluar pun. :- Beruang Biru
Berkempen 10 Hari Untuk PRU Ke 13..!!!
Pilihanraya Umum ke-13 kali ini akan menyaksikan tempoh masa kempen selama 10 hari minimum, akses penuh bagi media kepada semua parti-parti politik dan undi pos untuk media, pekerja pilihanraya dan juga rakyat yang berada di luar negara, menurut Suruhanjaya Pilihanraya.
Panel SPR, yang ditemui kelmarin, telah bersetuju untuk melaksanakan kesemua cadangan yang dibuat, juga termasuk 22 cadangan lain yang diketengahkan oleh Jawatankuasa Khas Parlimen.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan akan perkara tersebut dalam satu kenyataan.
Suruhanjaya tersebut telah melaksanakan tujuh daripada 10 cadangan yang dibawa oleh jawatankuasa itu di dalam laporan mereka.
Berkenaan dengan cadangan lain yang diketengahkan oleh Jawatankuasa Khas Parlimen, tujuh daripada panel yang terlibat telah bersetuju untuk melaksanakan kajian terhadap perlaksanaan cadangan tersbeut.
"SPR kini sedang bertungkus-lumus dalam menyelesaikan pelbagai masalah yang berkaitan dengan PRU. Kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti proses pilihanraya selaras dengan rangka kerja undang-undang dan keupayaan kami untuk melaksanakannya, " kata beliau.
Bagi tempoh untuk berkempen, Abdul Aziz berkata bahawa SPR akan menentukan perihal tersebut dalam satu mesyuarat khas setelah Parlimen dibubarkan dan juha tarikh-tarikh penting bagi PRU-13.
SPR juga telah bersetuju untuk mengambil beberapa langkah penting supaya setiap parti dan calon boleh mendapat akses yang adil kepada media. "Untuk perkara ini, kami akan mengadakan mesyuarat bersama ketua-ketua parti bagi membingcangkan akan hal ini," tambah beliau.
SPR juga telah bersetuju untuk menambah jumlah kemudahan undi pos untuk digunakan oleh rakyat yang berada di luar negara. "Cara ini adalah cara yang paling sesuai. Setiap undi yang dibuat akan dihantar ke pegawai-pegawai negeri bagi mereka yang sudah mendaftar sebagai pengundi,"
Bagi media pula, SPR menyatakan bahawa mereka perlu memohon untuk undi melalui pos kepada pegawai di kawasan masing-masing dan permohonan mereka perlulah disahkan oleh majikan mereka.
Bagi pekerja pilihanraya pula, suruhanjaya tersebut berkata bahawa mana-mana pegawai pilihanraya yang bertugas semasa hari pengundian dijalankan, mereka boleh membuat undi secara pos.
Bagaimanapun, SPR akan memberi lebih perhatian bagi mereka yang bertugas di kawasan pengundian. "Pengundi-pengundi ini akan membuat undian mereka di tempat kerja," kata beliau. :- Beruang Biru
KAUM CINA TANYA ANWAR IBRAHIM "MANA DAPAT DUIT UNTUK HAPUSKAN PTPTN???".
Bajet alternatif sila kemukakan tafsiran bajet
Goh Chee ChongPRU semakin hari semakin hampir, Pakatan Rakyat mulalah keluarkan cek-cek kepada rakyat, buat sementara waktu ini tidak kira sama ada cek-cek itu nanti cek tendang ataupun bukan, sebaliknya cek itu semakin hari semakin besar angkanya. Sebelum ini berjanji mahu mansuhkan bayaran Tol Plus, beri wang kebajikan sebanyak 1000 ringgit, turunkan harga minyak petrol dan sebagainya, sekarang pula mahu hapuskan wang pinjaman pengajian tinggi PTPTN, menunjukkan sebuah kerajaan alternatif yang sungguh bermurah hati, sungguh menggembirakan semua orang.
Sebaliknya penulis mahu kembali kepada keadaan sebenar dan realistiknya: Pakatan Rakyat keluarkan cek yang begitu melambung tinggi nilainya, berapa banyak kah duit yang akan dibelanjakan? Dari mana datangnya duit-duit itu pula?
Sebelum ini cek Buku Jingga Pakatan Rakyat, secara kasarnya dalam bajet mereka mereka akan belanjakan 250 billion ringgit setahun, ia bermakna sama dengan pendapatan setahun negara, ia boleh menyebabkan dalam masa 2 tahun sahaja negara boleh diisytiharkan muflis. Hari ini Pakatan Rakyat mahu mansuhkan wang pinjaman PTPTN sebanyak 43 billion ringgit itu, kami mahu bertanya adakah jika kerajaan BN jatuh dan kerajaan Pakatan Rakyat memerintah, negara kita akan punyai wang yang banyak sehingga tidak putus-putus boleh digunakan itu, akan dibazirkan semua oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah itu nanti?
Secara lurus saya ingin berkata, Pakatan Rakyat sering keluarkan cek-cek kosong, itu semuanya tidak membawa sebarang makna. Kerana tiada orang yang begitu bodoh untuk mempercayainya, jika benar Pakatan Rakyat mahu kotakan janji-janji cek mereka itu, jaraknya amat jauh antara realistiknya dan logik akalnya. Mungkin mereka sangat ghairah keluarkan cek-cek janji mereka, jika kita duduk dan fikir baik-baik “dari mana untuk mendapatkan duit-duit” itu, bermakna kita akan rasa curiga kemampuan Pakatan Rakyat untuk kotakan janji-janji mereka itu.
Kata-kata “jika tidak beri Pakatan Rakyat mencubanya, mana awak tahu Pakatan Rakyat tidak mampu?” kami percaya inilah jawapan dan kata-kata yang dikeluarkan oleh orang-orang dan penyokong-penyokong tegar Pakatan Rakyat.
Jika mahu beri Pakatan Rakyat mencubanya, ia memang bukan satu halangan, tetapi bukan untuk Pakatan Rakyat mencuba memerintah kerajaan negara ini. Sebelum ini, kita telah beri Paktan Rakyat jadi menteri kewangan, melakar sebuah bajet kewangan alternatif negara, segala cek kosong dalam Buku Jingga, semuanya dijadikan dan dibentuk di dalam bajet kewangan tersebut, dan telah menunjukkan dari mana hasil yang diperolehi oleh negara, adakah ia dapat imbangi cek-cek yang telah dikeluarkan itu.
Bagi Pakatan Rakyat jika mahu laksanakan perkara itu, sepatutnya tiada sebarang halangan. Kerana pempimpin tertinggi Pakatan Rakyat pernah menjadi menteri kewangan Malaysia selama 7 tahun, dan pakar hebat ekonomi Pakatan Rakyat Tony Pua Kiam Wee berada di sisi beliau, bajet kewangan sekecil ini sudah tentu tidak dapat menyusahkan Pakatan Rakyat.
Tetapi bagi rakyat pula, mendengar ahli-ahli politik bercakap sesedap mulut buka cek-cek kosong ini, kenapa tidak duduk bersama tunjukkan dan bentangkan bajet-bajet projek dan rancangan itu, bukankah ia lebih praktikal dan nyata. :- MyMassa
-AH/DNA
*Kalau kaum Cina nak tau, inilah jawapannya.
FAHAMAN PKR SOSIALISME ANTI - RAJA-RAJA MELAYU...!!!
Dakwaan yang dibuat oleh salah seorang tetamu yang hadir pada majlis gilang gemilang dan penuh istiadat Melayu dalam satu artikel yang ditulisnya mengenai insiden yang memalukan itu menyerlahkan sikap sebenar PKR dan pemimpin-pemimpinnya.
Memang benar parti itu ingin membawa politik baru seperti mana yang tercatat dalam manisfesto dan Buku Jingga tetapi seni politik yang ingin di bawanya amat bercanggah sekali dengan budaya dan adat resam rakyat negara ini.
Tidak salah kalau dikatalkan PKR bersama-sama rakannya dalam Pakatan Rakyat sebenarnya adalah anti-raja.
PKR sebenarnya ada gabungan daripada Parti Keadilan Nasional (PKN) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM).
Sementara PKN ketika ditubuhkan adalah parti yang lahir dari politik jalanan memperjuangkan nasib dan agenda peribadi Anwar Ibrahim, PRM pula adalah sebuah parti yang cenderung kepada ideologi sosialisme dan pemikirannya adalah berhaluan kiri.
Gerakan berhaluan kiri seperti sosialisme atau ideologi yang lebih ekstrim dalam bentuk komunisme rata-ratanya adalah anti-institusi raja.
Semasa zaman darurat melawan ancaman komunis, golongan berhaluankiri bersekongkol dengan musuh negara.
Negara-negara yang dahulunya mempunyai institusi raja seperti India, Indonesia dan terbaru Nepal, semuanya menjadi mangsa kepada gerakan anti-raja yang didalangi oleh fahaman sosialisme dan komunisme.
Dalam PKR, fahaman sosialisme yang anti-raja telah meresap ke dalam parti itu melalui PRM.
Sikap kurang ajar PKR terhadap institusi raja adalah disebabkan kehadiran begitu ramai bekas-bekas pemimpin PRM mendapat jawatan tinggi dalam PKR antaranya bekas Timbalan Presiden, Senator Dr Syed Husin Ali, yang meruopakan guru dan juga ideolog Anwar, Sivarasa Rasiah (MP Subang), Tian Chua (MP Batu), Latifah Koya (Pengarah Biro Guaman), N. Surendran (Naib Presiden), Khairul Khairul Anuar Ahmad Zainuddin (Timbalan Ketua AMK), Hishamuddin Rais dan ramai lagi pemimpin parti itu.
Dasar dan halatuju PKR banyak dipengaruhi oleh fahaman sosialisme kerana bekas pemimpin PRM seperti Sivarasa mempunyai peranan besar dalam penggubalan beberapa fasa baru dan pindaan perlembagaan parti itu kira-kira dua tahun lalu.
Sebab itu wujudnya konsep kesamarataan dalam pengagihan kekayaan negara, keadilan sosial, hak beragama serta hak berpolitik.
Malangnya perlembagaan PKR telah meminggirkan hak-hak orang Melayu yang terpaksa dikorbankan demi mengambil hati golongan sosialis dalam PKR.
Lihat sahaja penerbitan lidah parti, Suara Keadilan yang masih diterbitkan walau pun tidak mempunyai permit.
Dasar dan halatuju akhbar tersebut dikawal ketat oleh tokoh-tokoh sosialis PKR seperti Tian Chua, Dr Syed Husin dan Latifah Koya.
Malah kartunis Zunar yang mengepalai sidang pengarang akhbar itu sememang terkenal dengan sikap sosialisnya begitu juga dengan kebanyakan anggota sidang pengarangnya.
Tema dan bahan-bahan yang disiarkan di dalam akhbar itu yang bersifat kutuk, mengutuk, caci-mencaci, fitnah, tohmah, semuanya mencerminkan pandangan ekstrim kumpulan sosialis yang bersarang di dalam pucuk pimpinan PKR.
Jika dibiarkan budaya sosialis ini berkembang dan merebak melalui penerbitan seperti ini, kemungkinan besar masyarakat juga akan terpengaruh dengan fahaman ekstrim ini.
Malah, sebelum ini beberapa pemimpin PKR seperti ADUN Seri Muda sudah pun dihadapkan di mahkamah kerana menghina Sultan Selangor dalam isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.
Ini tidak termasuk lagi senarai panjang perbuatan menghina institusi raja yang dilakukan oleh pemimpin Pakatan Rakyat yang lain dalam DAP dan PAS.
Adalah penting rakyat berhati-hati memilih parti seperti ini yang hanya mempergunakan isu untuk meraih undi demi melaksanakan agenda licik mereka. :- Beruang Biru
Anwar sudah meramalkan Yang BN Akan Menang Besar Di Selangor...!!!
Sebelum ini Menteri Besar Selangor pernah membayangkan yang Selangor tidak akan membubarkan DUN jika pilihanraya diadakan sebelum Jun 2012. Alasan beliau, kerajaan PKR perlu lebih masa untuk menunaikan segala janji dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat ke atas bahu mereka. Dan semalam, Anwar Ibrahim pula membuat kenyataan bahawa Selangor tidak akan menyertai Pilihanraya ke-13 jika tuntutan Bersih tidak ditunaikan.
Tetapi, itu hanyalah apa yang tersurat, yang tersiratnya ialah, Anwar sudah meramalkan yang BN akan menang besar di Selangor.
Anwar boleh memberi apa jua alasan untuk Selangor tidak menyertai PRU, tetapi rakyat tetap melihatnya sebagai tanda-tanda yang Pakatan Rakyat sudah ‘kecut perut’ dan langsung tidak punya keyakinan untuk menghadapi pilihanraya kali ini. Entah ke mana hilangnya segala laungan yang mereka mendapat sokongan padu rakyat. Entah ke mana hilangnya keangkuhan yang ditonjolkan ketika kemenangan dalam PRU 2008 yang lalu.
Nampaknya keyakinan, laungan dan keangkuhan PR tenggelam bersama dengan isu pasir, isu air, isu judi, arak, pusat hiburan, rumah urut serta isu murtad. Tidak ketinggalan juga isu video seks, isu salahguna wang negeri oleh DAP sehingga membawa kepada kematian Teoh Beng Hock. Begitu juga dengan isu lama yang kekal hangat seperti isu Shamsidar dan isu biseksual Anwar Ibrahim.
Kemudian, dalam keghairahan Anwar memikat hati tuannya di barat, beliau terlupa yang wawancaranya dengan Wall Street Journal boleh dicapai oleh rakyat Malaysia hanya dengan satu ‘klik’ di komputer. Maka, pecahlah tembelangnya menyokong zionis dan sehingga kini isu ini tidak dapat ditanganinya dengan baik. Malah, habis kelam kabut dan pening lalat Nik Aziz, Hadi Awang dan semua ustaz-ustaz PAS kerananya.
Di celah-celah itu, isu pemecatan Dato’ Dr. Hasan Ali juga memberi impak yang hebat terhadap sokongan Melayu terhadap PR, terutama sekali di Selangor.
Dan kini, isu kebodohan Anwar Ibrahim yang mencadangkan pemansuhan PTPTN pula timbul, sehingga menyaksikan pertengkaran hebat dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang diadakan semalam. Jelas, DAP dan PAS benar-benar ‘bengang’ dengan Anwar kerana mencadangkan perkara bodoh yang akhirnya memakan diri dan parti.
Sementara itu, BN pula semakin hari semakin mantap dan yakin bergaya. Tanpa perlu berbuat apa-apa BN hanya tersenyum menyaksikan PR memperbodohkan diri sendiri, berpusing keliling menepis peluru yang mereka tembak sendiri. Tergelak kita melihat mereka terlompat-lompat bila peluru mengenai kaki.
Di masa yang sama siri-siri demonstrasi yang digerakkan PR sama ada secara langsung atau dengan menggunakan penyamaran di bawah berbagai-bagai nama NGO untuk menggugat BN dan kepimpinan Dato’ Seri Najib juga langsung tidak memberi kesan. Sudahnya, rakyat menjadi muak dengan gelagat para pendemonstrasi, sekali gus meluat dengan PR yang menjadi dalangnya.
Mungkin kerana itu, maka BN akhir-akhir ini telah mengambil sikap ‘malas melayan’ karenah manusia tidak berguna ini. Jika mereka ingin berdemo, biarkan sajalah, malah pihak berkuasa juga bersedia memberikan tempat untuk mereka berdemo dengan aman asalkan mereka bahagia. Yang pasti, di kala mereka berdemo, BN pula sibuk berkhidmat untuk rakyat.
Semua faktor inilah yang membuat Anwar atau PR Selangor cuak untuk menyertai PRU. Setelah puas mencuba membuat huru-hara dan melingkupkan negara, sedar-sedar sudah hampir Pilihanraya dan mereka belum pun membuktikan apa-apa kepada rakyat. Yang ada hanya janji-janji di dalam Buku Jingga yang bukan saja tiada jaminan tetapi tidak masuk akal sama sekali. Lebih buruk lagi, beberapa soal yang menjadi kontroversi dalam pakatan mereka seperti hudud juga masih belum dapat diselesaikan.
Semua yang dipaparkan di atas membuktikan hanya satu perkara, iaitu PR sememangnya tidak mampu dan tidak layak memerintah walaupun sebuah negeri. Khalid Ibrahim sudah mengakuinya secara tidak langsung apabila membayangkan keengganan membubarkan DUN, dan kini Anwar pula berbuat yang sama. Alasan enggan sertai PRU kerana ‘tuntutan Bersih tidak dipenuhi’ sebenarnya hanyalah untuk menutup malu jika rakyat tahu yang mereka sudah takut.
Rupanya tahu juga si Anwar ini merasa malu, walaupun beliau nampaknya tidak malu langsung bila seluruh dunia menyaksikan dirinya ‘beraksi’ tanpa seurat benang dengan ‘china doll’. Pesan beruang, kalau dah takut, buatlah cara takut. Tidak perlulah memberi berbagai-bagai alasan. Bukankah lebih baik dilihat sebagai penakut daripada dilihat sebagai bodoh?
Lim Kit Siang Dan Hadi Awang Tidak Bersetuju PTPTN Di Mansuhkan...!!!
Berita ini penulis dapati dari sumber dalaman yang kuat dan boleh dipercayai. Semalam, di dalam mesyuarat Pakatan Rakyat, terjadi perang mulut antara parti-parti sekutu Pakatan Rakyat akibat dari isu pemansuhan PTPTN.
DAP dan PAS dikatakan berang dengan Anwar Ibrahim dan PKR kerana menjerumuskan mereka ke dalam isu yang akhirnya memakan diri sendiri. Kini, seluruh parti Pakatan Rakyat terpaksa menepis dan merasionalkan cadangan PKR untuk menghapuskan PTPTN.
Akhbar-akhbar Cina juga kebanyakannya memberi reaksi negatif terhadap cadangan tersebut. Sin Chew, misalnya mempersoalkan walaupun semua orang menginginkan pendidikan percuma tetapi apakah cadangan tersebut logik untuk dilaksanakan. Pendidikan percuma untuk semua bermakna kerajaan memerlukan RM43 bilion setiap tahun dan itu belum lagi diambil kira janji-janji manis yang lain yang ditabur oleh PR yang membawa jumlah lebih RM200 billion.
Akhbar-akhbar Cina diketahui mempunyai pertalian yang rapat dengan DAP dan apa yang ditulis mereka kebanyakannya membayangkan pendirian DAP. Oleh itu, walaupun secara dasarnya mereka menentang penghapusan PTPTN tetapi mereka memberi sedikit ‘muka’ kepada Pakatan Rakyat dengan menyebut tentang pengalaman dalam bidang ekonomi yang dimiliki oleh Anwar Ibrahim yang pernah menjadi Menteri Kewangan.
Bagaimanapun, menurut mereka, walaupun Anwar dan Tony Pua punya pengalaman dalam mengurus kewangan tetapi selagi mereka berdua tidak dapat membentangkan secara terperinci tentang bagaimana caranya untuk menampung kos lebih RM200 billion itu, maka mereka tidak ada pilihan selain dari meraguinya.
Dari laporan akhbar tersebut, nampaknya kaum Cina mengakui bahawa PTPTN banyak membantu kerana kebanyakan anak-anak mereka memilih untuk ke pusat pengajian tinggi swasta yang kosnya jauh lebih mahal dari pusat pengajian tinggi awam. Secara tidak langsung juga mereka telah mengakui bahawa kerajaan tidak pernah mengabaikan kaum mereka, walaupun mereka tidak menyatakannya secara terang-terangan.
Kita percaya, PAS juga banyak terhutang budi kepada kerajaan dalam isu PTPTN ini. Mana tidaknya, jika kebanyakan anak-anak mereka tidak layak mendapat biasiswa kerana kurang menyerlah dalam pelajaran akibat terlalu asyik berpolitik kerana terpengaruh dengan ibubapa sendiri. Jika ini senarionya maka hanya pinjaman seperti PTPTNlah sahaja yang dapat membantu anak-anak orang PAS ini mendapatkan pendidikan peringkat tertiari.
Begitu juga dengan PKR, contohnya Adam Adli dan semua rakan-rakannya yang ke hulu ke hilir berdemo menentang apa saja yang dibuat oleh kerajaan, tiada seorang pun di antara mereka yang cemerlang dalam pelajaran.
Justeru, munasabahlah jika PKR ditempelak oleh sekutunya DAP dan PAS kerana mengemukakan cadangan yang paling bodoh. Apakan daya, tahap itu sajalah pemikiran Ketua Pembangkang yang hanya berkelulusan Pengajian Melayu kelas 3.
Apa nak dikata, bukan UMNO yang pilih Anwar jadi Ketua Pembangkang, tetapi PR sendiri yang melantiknya. Tak dapat dibayangkan jika Anwar menjadi Perdana Menteri. Entah apa lagi agaknya idea-idea bodoh yang akan dikemukakannya. :- Beruang Biru
Labels
- 13 MEI (3)
- 7WASIAT RAJA-RAJA MELAYU (18)
- A. SAMAD SAID (1)
- ADUAN (1)
- AGAMA (3)
- AKSI SEX ANWAR (182)
- AL (1)
- ALLAH (1)
- AMBIGA (6)
- ANWAR (8)
- ANWAR IBRAHIM (84)
- ARTIS (29)
- ASTRO (1)
- ATM (2)
- Azalina (1)
- AZMIN ALI (7)
- BARISAN NASIONAL (13)
- BENCANA ALAM (2)
- BERITA HARIAN (1)
- BERSIH (32)
- Bersih 3.0 (36)
- BESIH 2.0 (10)
- BLOGGER (12)
- BONGKAR (2)
- CORETAN (11)
- DAP (263)
- DATO ESKAY (3)
- DATO eSKAY bERSUMPAH (1)
- Datuk Seri Hishammuddin Hussein (2)
- DEEPAK (6)
- DONG ZONG (1)
- Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah (4)
- Dr. M (71)
- DS NAJIB (9)
- DUNIA (1)
- Fathul Bari (1)
- FELDA (5)
- GAPS (2)
- GPMS (2)
- GPRS (4)
- HACKER (1)
- HADI AWANG (13)
- HARAKAH (3)
- HARI BELIA NEGARA (2)
- Harussani (2)
- HASAN ALI (7)
- Hishamuddin Rais (1)
- HUSAM MUSA (2)
- IBU (1)
- IPTA (2)
- ISLAM (22)
- JAIS (7)
- JENICE LEE (1)
- JINGGA 13 (1)
- KANTOI (1)
- KARPAL SINGH (15)
- KDN (1)
- KEHILANGAN (3)
- Khairy Jamaluddin (3)
- KHALID GAGAP (20)
- KHALID IBRAHIM (30)
- KHALID SAMAD (3)
- KICDEFFELA (1)
- KOMUNIS (2)
- KRISTIAN (3)
- KU LI (2)
- KULI (1)
- LAYNAS (1)
- Lee Chong Wei (1)
- LGBT (1)
- Lim Guan Eng (21)
- Lim Kit Siang (11)
- LUAR NEGARA (2)
- MAHASISWA (9)
- Majlis Peguam (1)
- MALAYSIA (1)
- MALAYSIA KINI (6)
- MARINA MAHATHIR (4)
- MAT SABU (17)
- MAULUDUL RASUL (1)
- MCA (2)
- MEDIA (1)
- MELAYU (17)
- MENINGGAL DUNIA (4)
- MERDEKA (1)
- MILO SUAM (2)
- MUKTAMAR PAS (5)
- NAJIB TUN RAZAK (8)
- NALLAKARUPPAN (1)
- Nanyang Siangpau (1)
- NAZRI AZIZ (5)
- NFC (7)
- Nik Aziz (12)
- Noh Omar (4)
- NRUL IZZAH (1)
- Nur Misuari (1)
- NURUL IZZAH (12)
- OPS Daulat (3)
- P Balasubramaniam (1)
- PAKATAN (350)
- PAKATAN HARAM (131)
- PAPA GOMO (6)
- PAS (331)
- PASIR (7)
- PEGUAM (2)
- PELAJAR (1)
- PERHIMPUNAN (37)
- PERKASA (5)
- PKNS (1)
- PKR (217)
- PM (5)
- POLIS (3)
- PRK (2)
- PRK KERDAU (3)
- PRK MERLIMAU (36)
- PRK TENANG (34)
- PROGRAM (3)
- PROJEK RAPID (1)
- PRU 13 (2)
- PRU SARAWAK (23)
- REDUAN TEE (1)
- REMAJA (2)
- REVOLUSI (1)
- ROSMAH MANSOR (10)
- RUSUHAN (1)
- SABAH (1)
- Saifuddin Abdullah (2)
- SAIFUL BUKHARI (1)
- SEJARAH ANWAR IBRAHIM (1)
- Selamat Hari Raya Aidil Fitri (2)
- SELANGOR (13)
- SEMBANG RAKYAT (1)
- Shabery Cheek (2)
- SHAMSIDAR TAHRIN (3)
- Sport (14)
- SPR (3)
- SUARAM (10)
- SUBSIDI (1)
- SULTAN JOHOR (1)
- SULTAN SELANGOR (3)
- SUMBANGAN (1)
- Syi'ah (3)
- Tian Chua (6)
- TONY PUA (1)
- TOPENG PERAK (2)
- TPM (1)
- TUN RAZAK (1)
- Tunku Aziz (1)
- TV3 (1)
- UDA HOLDINGS. (5)
- UMB (2)
- Umi Hafilda (4)
- UMNO (22)
- UMNO WANGSA MAJU (2)
- Umum (1)
- UNIVERSITI (1)
- WAN aZIZAH (7)
- Wangsa Maju (1)
- Yusuf Al-Qaradawi (1)
- ZAHID MAT ARIP (2)
- Zaid Ibrahim (1)
- ZULKIFLI NORDIN (6)
Blog Archive
- January (2)
- November (1)
- October (6)
- September (10)
- August (14)
- June (1)
- May (11)
- April (47)
- March (56)
- February (39)
- January (48)
- December (50)
- November (47)
- October (67)
- September (71)
- August (72)
- July (68)
- June (79)
- May (106)
- April (76)
- March (46)
- February (60)
- January (38)
- December (20)
- November (80)
- October (121)
- September (63)
- August (58)
- July (59)
- June (52)
- May (53)
- April (97)
- March (67)
- February (65)
- January (80)
- December (56)
- November (21)