Himpunan Janji Demokrasi Menjadi Ganas..!!!



alt

Mungkin Kah Malaysia Bukan Lagi Bumi Melayu???

alt

Perhimpunan Janji Demokrasi yang sedang berlangsung malam ini turut mendapat perhatian beberapa peserta berikutan pengedaran risalah desakan agar bendera Jalur Gemilang ditukar kepada reka bentuk yang pernah direkabentuk khas dari Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) sebelum mencapai kemerdekaan satu ketika dahulu.

alt

Sebelum ini, aktivis politik Hishamuddin Rais yang juga merupakan salah seorang tulang belakang penganjuran Perhimpunan malam ini menerusi pernah mempersoalkan rekabentuk Jalur Gemilang dan cetusan lagu/lirik Negaraku. Kritikan beliau disiarkan menerusi rakaman Rentakini.TV. Ianya disiarkan menerusi rakaman Rentakini.TV berjudul 'Negara Ciplak.'

alt

9.40 malam - Peserta mula berkumpul sambil meniup vuvuzela berhampiran Dataran Merdeka.

9.45 malam - Peserta dilihat semakin bertambah bermula di Jalan Lok Ann Hotel ke tapak bekas Stesen Bas Klang yang dirobohkan baru-baru ini.

alt

11 malam - Lebih 3 Ribu peserta telah berkumpul di Dataran Merdeka.

11:15 malam - Kelihatan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat termasuklah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mula tiba di Dataran Merdeka.

Bacaan puisi dari Sasterawan Negara A. Samad Said berlangsung sejurus jam 12 tengah malam. Ia disusuli dengan perarakan peserta hingga ke perkarangan Pusat Membeli Belah Sogo diketuai oleh Hishamuddin Rais. KLPOS

Kronologi Lengkap Penjenayah Mati Ditembak Polis Buktikan Pembangkang Pembohong.


Memandangkan serangan keatas PDRM semakin kerap dilakukan oleh pihak pembangkang ini yang mana sedang menumpukan serangan bertali arus keatas PDRM bagi menjatuhkan imej dan kemudiannya menghasut rakyat menentang PDRM agar pergolakkan timbul dan kekecohan dapat dilakukan.

Ikuti kenyataan versi dari Malaysiakini ini berhubung kejadian tersebut:

"Saksi mendakwa pihak polis menembak lelaki yang tidak bersenjata daripada jarak dekat dalam kejadian tembak menembak dekat Ampang pada 21 Ogos lalu.

Y Ilavarasen, 24, mendakwa D Dinesh, 26, yang meninggal dunia dua hari selepas kejadian di awal pagi itu tidak membawa sebarang senjata ketika keluar daripada kereta Proton Perdana putih yang ditahan dekat lampu trafik di Ampang Waterfront.

"Saya berada dalam kereta tidak jauh daripadanya dan boleh nampak daripada belakang," kata Ilavarasen dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

"(Polis) tembak daripada jarak dekat, atas dan bawah. Semua orang panik. Keadaan jadi kelam kabut dan tiada amaran, mereka juga tidak kenalkan diri sebagai polis. Mereka hanya menembak ke arah orang dan kereta."

Itu versi Malaysiakini yang mana kita tahu mereka adalah portal milik pembangkang yang akan melakukan apa sahaja dalam menyerang PDRM. Malah bukan sekali pembangkang menyerang pihak Polis melalui media mereka tetapi kekerapan tersebut semakin menjadi jadi kebelakangan ini. KLIK DISINI


Pada 21/08/2012 jam l/kurang 0204 hrs semasa pengadu bertugas di bilik gerakan c4i. Terima panggilan telefon dari Pegawai JSJ APG, Insp Iru. beritahu bersama anggota JSJ APG telah buat tangkapan serta melepaskan tembakan yang mengenai seorang suspek di Jln Besar Tasek Permai,Apg.Insp Iru pohon bantuan MPV hala ke lokasi. pengadu kemudian menjadikan maklumat tersebut sebagai maklumat pertama iaitu Ampang rpt: 21470/12.

Siasatan awal telah dijalankan mendapati pada 21/08/12 jam lebih kurang 0145 hrs, bertindak atas maklumat, Asp Jaswent Singh A.L Sadu Singh bersama Insp.Iruthayanathan, D/Sjn. 98790, D/Kpl. 115919, 143150, Kpl. 135823, 151818, 138627, L/Kpl. 151841, Kons. 165596, 152493, 175462, 176650 Dan 170434 telah menghala ke Flat Lembah Jaya Utara, Ampang.

Setelah sampai di kawasan flat tersebut pasukan polis tersebut telah terserempak dengan beberapa buah m/kar di dalamnya ada beberapa lelaki india yang mencurigakan di kawasan tersebut, manakala Insp.Iruthayanathan telah minta bantuan melalui bilik gerakan ipd ampang jaya.

Pihak polis seterusnya telah mengekori konvoi kereta tersebut dari belakang dan setelah sampai di lampu isyarat Tasik Permai, Ampang, Asp Jaswent Singh telah mengarahkan Konst. 152493 menghalang sebuah kereta jenis Hyundai Sonata warna merah no.pendaftaran: WLW 8551 yang dinaiki oleh empat lelaki india dengan kereta polis bernombor WMJ 8244.

Seterusnya Konst 152493 telah memintas dan menghalang m/kar tersebut. kemudian Asp Jaswent Singh bersama Kons.152493 terus keluar dan telah menjerit serta mengenalkan diri sebagai pegawai kanan polis.

Ketika itu, m/kar no.pendaftaran: wlw 8551 tersebut telah terus berundur dan melanggar m/kar WJT 6202 yang dipandu oleh D/SJN.98790 dibahagian belakangnya. Tiba-tiba (2) lelaki india telah keluar dari m/kar dan telah bertindak memecahkan cermin hadapan m/kar berkenaan WJT 6202, manakala (2) lagi lelaki india juga telah keluar dari m/kar WLW 8551 dan berlaku pergelutan dimana keempat-empat lelaki india tersebut telah berjaya ditangkap dan seterusnya Insp.Iruthayanathan bersama anggota lain telah mengawasi (4) lelaki india itu.

Ketika itu, ASP Jaswent Singh telah mendapati ada (2) saspek lelaki india menyerang m/kar anggota polis bernombor WMJ 8243 yang berada di hadapan iaitu selepas lampu isyarat dan beberapa lelaki india yang keluar dari konvoi kereta saspek yang mencurigakan bersenjatakan besi dan parang. kemudian Asp Jaswent Singh bersama Kons. 175462 Dan 170434 telah berlari untuk memberi bantuan dan telah melepaskan beberapa das tembakan amaran kearah suspek-suspek kerana sewaktu itu Asp Jaswent Singh mendapati mereka dalam keadaan bahaya dan ganas untuk menyerang anggota polis. KLIK DISINI

Semasa kejadian tembakan itu, salah satu tembakan telah mengenai salah seorang suspek berkenaan, dan kemudian suspek-suspek yang lain telah bertindak melarikan diri dengan menaiki m/kar sambil membaling beberapa bilah parang kearah kami. ketika konvoi m/kar suspek melarikan diri saya bersama anggota telah melepaskan beberapa das tembakan kearah kenderaan saspek.

Kemudian Insp.Iruthayanathan telah membuat pemeriksaan dalam m/kar Hyundai Sonata no.pendaftaran: WLW 8551 dan telah menjumpai (1) bilah parang, sebilah pisau pemotong daging, sebatang besi dan satu alat walkie-talkie didalamnya.
Butir-butir tangkapan saspek yang terkena tembakan adalah seperti berikut:-

(b1) DINESH A/L DARMESEMA
kpt: 861101-43-6677
alt: h-3-8, apt. indah 2, jln pju 10/9, prima damansara, petaling jaya. (tiada rekod kesalahan lalu)

tangkapan keatas saspek-saspek yang berada dalam kereta hyundai sonata no: WLW 8551 adalah seperti berikut:-

(b2) ALBERT A/L ANTHONEYSAMY
kpt: 840228-14-6439
alt: no.1-0-8 blok 1, Taman Kobena, Taman Kobena, Cheras, K.Lumpur. (terdapat 1 rekod jenayah sek: 395 kk)

(b3) SENTHIL MOHAN A/L RAJAMOHAN
kpt: 840225-05-5443
alt: Vpd-Sah Vista Perdana 2/1, Pandan Perdana, K.Lumpur.
(terdapat 3 rekod kesalahan lalu)

(b4) JAGADISH A/L MARIAPPAN
kpt: 841225-10-5433
alt: D-5-9 Ppr Jln Miri, Taman Wahyu 1, Jinjang Utara, K.Lumpur.
(tiada rekod kesalahan lalu)

(b5) MOONIANDAY A/L PANISILO
kpt: 820107-14-5749
alt: 35-02-06 Bandar Baru Sentul, K.Lumpur. (terdapat 2 rekod kesalahan lalu)

Siasatan di tempat kejadian dengan dibantu oleh team CSI yang diketuai oleh Supt. Soo Me Tong telah menjumpai sebanyak 4 bilah parang, sebilah pisau, satu sarung parang dan sebatang besi yang dibuangkan atas jalanraya. turut dijumpai di tempat kejadian adalah sebanyak (6) kerongsong peluru jenis SME 9mm.

Semakan pada kereta pasukan iaitu WMJ 8243 mendapati ia mengalami kerosakan satu kesan tetakan pada cermin hadapan, 4 kesan tetakan pada bonet depan dan 1 kesan tetakan pada cermin pintu sisi pemandu. Kerosakan pada kereta milik anggota polis no: WJT 6202 adalah cermin hadapan dipecahkan.

Ujian Air kencing telah dibuat mendapati hanya (b2) dan (b5) yang positif THC. Semakan keatas keadaan (b1) mendapati ia masih tidak sedarkan diri dan sekarang ditempatkan di wad icu hospital ampang. Temubual dengan doktor yang merawat (b1) mendapati (b1) terkena satu tembakan di belakang telinga sebelah kiri dan menembusi bahagian belakang telinga sebelah kanan.

Semakan keatas kereta yang dinaiki oleh keempat-empat saspek mendapati ia tidak ada dilapurkan hilang dan didaftarkan atas penama CHANDRA DEVI A/P ARUMUGAM, kp: 600714-10-6448, alamat: no 1k, bt1/2 , Jln Sg. Besi, kl.kesemua saspek telah ditahan reman selama (4) hari bermula 21/08/12 hingga 24/08/12.

Pada 23/08/2012 jam lebih kurang 0521hrs saspek (b1) iaitu DINESH A/L DARMASENA, kp: 861101-43-6677 telah meninggal dunia di wad icu Hospital Ampang akibat kecederaan yang dialami dan lapuran kematian adalah seperti pandan indah rpt: 19751/12.

Post-Mortem telah dijalankan pada 23/08/2012 jam 1040 hrs di Hospital Besar Kuala Lumpur oleh Dr. Nurliza Abdullah (no p/m: p415/12) dan hasil post-mortem mendapati saspek mengalami dua kesan tembakan iaitu satu tembakan menembusi bahagian belakang telinga kanan dan keluar melalui kawasan berdekatan dengan lubang telinga kiri manakala tembakan kedua menembusi lengan kanan atas siku dan keluar mengikut bahu kanan.

Tiada sebarang anak peluru dijumpai dari kesan tembakan. Punca kematian saspek (b1) adalah gun shot wound to the head.

Siasatan lanjut masih dijalankan.

RAKYAT SELANGOR BOLEH SAMAN KERAJAAN NEGERI, GPRS SEDIA MEMBANTU.

alt

Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) hari ini menawarkan khidmat peguam percuma kepada penduduk di negeri Selangor yang ditindas kerajaan negeri itu.

Menurut Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan, kerajaan negeri dilihat bersikap seperti perumpamaan 'melepas batuk ditanga' berhubung perlaksanaan manifesto Pakatan Rakyat iaitu untuk memberi air percuma.

"Ada rakyat Selangor yang tidak terima air percuma," katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau juga menganggap isu meter pukal adalah perkara yang mendangkalkan kerana ianya tidak patut timbul sama sekali selain mendakwa kerajaan negeri hanya bermain helah semata-mata.

Sohaimi menegaskan GPRS hanya mahu rakyat di negeri Selangor faham bahawa mereka layak untuk menerima air percuma tanpa prejudis terhadap kediaman baik di banglo mahupun di pangsapuri.

"Mungkin bagi orang kaya air percuma ini 'nothing', mereka buat cuci kereta tetapi ianya berbeza bagi penduduk di rumah pangsa," ujar beliau.

Menurut Sohaimi kawasan yang paling banyak pangsapuri di negeri Selangor adalah Petaling Jaya, 479, dan 462 di kawasan Gombak.KLPOS

LIM GUAN ENG TIDAK SOKONG NEGARA ISLAM DAN HUDUD...!!!


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bertegas menolak perlaksanaan Negara Islam dan perlaksanaan undang-undang hudud oleh PAS di Malaysia.

“Saya ingin mengulangi sekali lagi pendirian DAP yang tidak menyokong perlaksanaan negara Islam di Malaysia dan perlaksanaan undang-undang hudud oleh PAS.

“Pendirian DAP ini konsisten dan tidak pernah goyah. Namun begitu, DAP dan PAS sama-sama berkongsi pendirian untuk memerangi rasuah dan penyalah gunaan kuasa serta perlaksanaan integriti dalam kepimpinan yang berteraskan prinsip cekap, akauntabel dan telus.

“Kita bersetuju dalam negara berkebajikan yang melindungi rakyat yang miskin, fakir, sakit dan sesiapa yang memerlukan bantuan,”katanya ketika menulis di merdekareview.com bertajuk “Kontroversi Hudud: DAP bersetuju dalam Negara Berkebajikan“.

Menurutnya, DAP boleh bekerjasama dengan PAS hanya berasaskan prinsip bersama yang diputuskan oleh Pakatan Rakyat (PR).

“Jelas, ‘dasar bersama’ tersebut tidak menyebut tentang perlaksanaan Negara Islam atau undang-undang hudud dalam kerajaan persekutuan PR masa depan.

“Jangan kita lupa bahawa UMNO-lah yang telah mengharamkan penggunaan kalimah “Allah” dalam kitab injil bahasa Melayu yang digunakan secara luas di Sabah dan Sarawak.

“Ini berbeza dengan PAS yang mengambil jalan sederhana yang membenarkan orang Kristian untuk menggunakan kalimah “Allah” seperti yang menjadi kelaziman selama beratus-ratus tahun di Timur Tengah dan Indonesia”.

Katanya lagi terdapat perbezaan antara kerjasama DAP dengan PAS dengan kerjasama MCA, Gerakan dan MIC dengan UMNO.

“DAP bekerjasama dengan PAS atas prinsip bersama iaitu keadilan, kebebasan dan demokrasi dengan mata terbuka sedangkan MCA, MIC dan Gerakan menyerah diri kepada UMNO dengan mata tertutup”

Tun Mahathir Hanya Menolak Hudud PAS...!!!


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (gambar) menegaskan beliau selama ini hanya menolak hukum hudud yang diperjuangkan Pas dan tidak pernah sesekali menolak hukum syariah itu seperti terkandung dalam ajaran Islam.

Menurutnya, ini kerana hukum hudud yang diperjuangkan parti pembangkang itu cenderung untuk berlaku tidak adil kepada masyarakat Islam di negara ini.

Sebagai contoh katanya, di bawah 'hudud Pas', seseorang beragama Islam yang didapati bersalah mencuri akan dipotong tangan sementara bagi bukan Islam akan hanya dihukum penjara sekiranya didapati bersalah.

"Saya tak boleh sokong itu kerana tak kena dengan Islam. Kalau sesuatu itu tidak adil, ia tidak Islam. Islam tuntut supaya apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil.

"Ini tidak adil, adakah orang Islam potong tangan, orang bukan Islam tak potong, masuk dua bulan penjara, itu tidak adil," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) 2011 di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini.

Isu hudud kembali hangat diperkatakan kebelakangan ini apabila Pas mendakwa akan terus memperjuangkan hukum syariah itu jika pembangkang berjaya membentuk kerajaan kelak sementara rakan sekutunya, DAP dengan keras berulang kali menolak idea tersebut.

Pas juga mendakwa hudud tidak boleh dilaksana sekalipun Kelantan dan Terengganu telah mempunyai Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 kerana tidak dipersetujui Dr. Mahathir sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri.

Selain itu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti dipetik daripada lidah rasmi parti itu, HarakahDaily pada 1 Oktober 2011 berkata, Pas tidak memaksa orang bukan Islam untuk menerima hudud sama seperti mereka tidak dipaksa memeluk Islam.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada tahun lalu juga dipetik memberi jaminan bahawa hudud jika dilaksanakan tidak akan dikuatkuasakan ke atas bukan Islam.

Dalam pada itu Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot ketika dihubungi menjelaskan, hukum syariah termasuk hudud menekankan keadilan ke atas semua pihak dan ia seharusnya terpakai ke atas umat Islam dan bukan Islam dalam sesebuah negara.

"Kafir pun termasuk, kalau hanya untuk Islam, ia sudah lari daripada kehendak hukum ajaran Islam. Maka hudud Islam kalau hendak dilaksanakan perlu ke atas semua pihak," katanya.

Ada Pemimpin Pakatan Makan Ikan Dalam Aquarium Sampai Licin...!!!!


Semalam kecoh dengan berita pemimpin PKR di tangkap merogol anak dia sendiri hingga bunting dan beranak. Klik Di HPK

Cerita pemimpin pakatan kauat sex telah disebarkan dengan meluas di media masa tetapi masih ada lagi yang tidak percaya dengan hebahan ini. Apa bila cerita-cerita ini di sebarkan mereka sering menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional(BN) dan mengatakan ini konspirasi untuk menjatuhkan pakatan.KLIK DI PAPA GOMO

Suspek yang ditangkap itu merupakan ipar kepada DATO’ USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN. Siapa Tuan Ibrahim ni?(KETUA PENERANGAN PAS PUSAT merangkap PESURUHJAYA PAS PAHANG)

Adik suspek ni pula dikenali Dr Hamzah Jaafar YDP PAS Jerantut merangkap Timbalan Pesuruhjaya Pahang. yang bertanding kerusi Parlimen Jerantut pada pru12 yang lalu.

Suspek ni adalah bekas Ketua PKR Cabang Jerantut yang telah keluar parti mengikut Zaid Ibrahim menubuhkan KITA. Dia kini adalah Ketua KITA Pahang. KLIK DI PPJ

JANJI PAKATAN HANYA GIMIK SEMATA-MATA..!!!

taburjanji

Pelbagai janji manis pakatan pembangkang yang begitu lemah adalah semata-mata untuk meraih populariti di kalangan pengundi tanpa memberi perhatian serius mengenai kedudukan kewangan negara, kata seorang penganalisis politik.

Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata janji-janji bersifat populis itu merupakan gimik politik, dan satu helah untuk meraih undi generasi muda yang berhempas pulas membina kehidupan mereka untuk membayar balik pinjaman pendidikan dan mempertimbang keperluan membeli sebuah rumah dan kereta.

Dekan Fakulti Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia itu berkata ini sudah pasti satu strategi pilihan raya memandangkan janji-janji sedemikian yang begitu menarik adalah bagi mengumpan generasi muda mengundi pakatan pembangkang.

"Kereta murah, pemansuhan tol, pendidikan percuma dan gaji minimum RM4,000 bagi setiap keluarga akan mengurangkan beban mereka. Ini satu daripada janji-janji pilihan raya pakatan pembangkang. Walaupun kelihatan sebagai satu alternatif kepada dasar Barisan Nasional, satu perkara yang membimbangkan banyak pengkritik adalah bagaimana mekanisme, formula dan pendekatan bagi melaksanakannya.

"Setakat ini, Pakatan, tidak memberikan maklumat dan formula mencukupi berhubung cara melaksanakan dasar itu," katanya kepada Bernama ketika ditanya sama ada janji-janji itu kemungkinan boleh memufliskan negara, jika mereka memerintah.

Bagi menangani janji-jani sedemikian, Dr Mohd Azizuddin berkata kerajaan yang memerintah perlu menawarkan agenda yang lebih menarik dan dasar baru bagi bersaing dengan pakatan pembangkang.

"Jika tidak, rakyat akan termakan dengan idea-idea pakatan dan mengundi mereka kerana janji-janji seperti agenda menghapuskan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) kereta murah, harga petrol rendah sangat menarik. Secara psikologi, rakyat Malaysia suka kepada sesuatu yang percuma dan murah," katanya.

Sambil mengakui bahawa agenda pendidikan percuma bukan satu khayalan dan boleh dilaksanakan, Dr Mohd Azizuddin, bagaimanapun berkata negara boleh berdepan defisit memandangkan kerajaan perlu berbelanja besar bagi menyediakan peruntukan.

Oleh itu, jika pakatan pembangkang memerintah, mereka akan menaikkan cukai individu dan syarikat, sama seperti tindakan Sweden dan Norway menaikkan cukai pendapatan pekerja.

Jika PTPTN dihapuskan, kerajaan akan menanggung kerugian RM43 bilion dan tindakan menghapuskan cukai kenderaan boleh mengurangkan hasil cukai negara sebanyak RM4.6 bilion setahun.

Dr Mohd Azizuddin berkata kajian komprehensif dan lengkap diperlukan sebelum dasar-dasar sedemikian dilaksanakan kerana rakyat mahu lebih banyak maklumat terutama mengenai mekanisme dan formula bagi mencapai matlamat dasar-dasar itu.

"Jika mereka begitu praktikal, jadi laksanakannya sahaja. Tetapi jika ia tidak praktikal, lebih baik jangan dan tolong jangan berjanji dengan rakyat sesuatu yang tidak boleh dicapai.

Malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemimpin-pemimpin yang lain melahirkan "keraguan yang serius" berhubung rancangan pilihan raya pembangkang memandangkan pendekatan sedemikian menunjukkan pakatan pembangkang hanya berminat untuk mendapat kuasa.

"Kita ada program yang komprehensif, padu, berwibawa dan realistik dan hala tuju bagi membolehkan Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi. Tetapi semua yang kita ada dalam fikiran adalah berdasarkan mandat yang kukuh daripada rakyat," Perdana Menteri dipetik sebagai berkata.

Najib berkata janji-janji pakatan pembangkang mengenai pendidikan percuma dan gaji minimum yang tinggi " sukar dicapai" dan satu perbezaan yang nyata dengan apa yang ditawarkan Barisan Nasional ;- AgendaDailay

DAP Sokong Hudud, Hanya Karpal Yang Tentang


Walaupun pendirian DAP mengenai hudud adalah tetap iaitu menentangnya, tetapi parti tersebut nampaknya sudah malas melayan salakan PAS yang ingin melaksanakannya. Sebaliknya, hanya Karpal Singh seorang yang masih bersemangat menyergah PAS.

Malah, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng secara ‘rasminya’ meletakkan isu tersebut di atas bahu Karpal seorang dengan menyatakan yang DAP tiada hak untuk menjawab mengenai prosiding mahkamah terhadap Nasharuddin, ahli Majlis Syura PAS mengenai isu hudud.

Mungkinkah akhirnya DAP menyedari bahawa mereka juga perlukan PAS untuk merealisasikan impian ke Putrajaya? Justeru, mereka mengambil jalan selamat dengan menghantar seorang saja ‘pejuang’ (Karpal Singh) untuk menghadapi beribu-ribu ekor anjing (akar umbi PAS). Ini lebih baik dari terpaksa berkelahi dengan anjing-anjing suruhan dan memalukan diri sendiri di depan musuh.

DAP pastinya telah mencongak-congak akibat jika ‘pejuang’ yang seorang itu terkorban dibaham anjing-anjing dan apa yang mereka jangkakan ialah ia bukan merupakan satu kerugian yang besar. Namun begitu, DAP lebih yakin yang anjing-anjing tersebut tidak akan membaham sesiapa tetapi hanya akan terus menyalak-nyalak bising sekadar untuk menarik perhatian media dan pengundi.

Walaubagaimanapun, di kalangan pengundi Cina, mereka masih lagi ragu-ragu akan strategi menghantar Karpal Singh seorang menghadapi tekanan akar-umbi dan segelintir pemimpin PAS. Tindakan Guan Eng, Kit Siang dan pemimpin-pemimpin DAP yang lain yang berdiam diri dikhuatiri akan memakan diri.

Kaum Cina tidak lupa akan pesanan orang lama bahawa jangan sekali-kali memandang rendah akan kebolehan orang Melayu berpolitik, termasuklah Melayu PAS.

Selain itu, sikap Guan Eng yang angkuh dan sombong membuka ruang kepada kesilapan dalam menyusun strategi dan isu hudud ini kemungkinan besar adalah kesilapan yang masih tidak disedarinya.

Kaum Cina ingin melihat DAP yang tegas dan lantang serta berada lebih tinggi dari PAS. Sokongan kaum Cina yang cenderung kepada DAP akhir-akhir ini adalah kerana mereka percaya yang DAP sentiasa menguasai PAS dari belakang.

Dengan sikap pasif DAP mengenai hudud akhir-akhir ini menyebabkan ramai yang tertanya-tanya, ‘apa sudah jadi?’.

Benar, ia mungkin hanya strategi politik untuk mengelak pertelagahan secara terbuka di antara parti-parti sekutu Pakatan Rakyat. Tetapi, selama ini pun DAP sering berbalah dengan PAS mengenai isu hudud secara terbuka. Justeru, kenapa hanya akhir-akhir ini, DAP perlu berselindung dalam menyanggah PAS? Kenapa tidak lagi lantang dan garang seperti biasa? DAP dihormati kerana keterbukaan dan kelantangan dalam memperkatakan prinsip serta tidak perlu dan tidak akan tunduk atau berselindung dari sesiapa.

Apakah PAS telah berjaya mentarbiah DAP? Inilah yang menjadi topik perbualan di kalangan kaum Cina hari ini.

Hudud tiada dalam Buku Jingga kerana ia telah dipersetujui secara bersama bahawa ia tidak akan dilaksanakan di bawah pemerintahan PR . Oleh itu, kaum Cina melihat adalah tidak menjadi kesalahan malah merupakan kewajiban bagi DAP untuk mempersoal atau menyanggah sesiapa sahaja yang menyatakan sebaliknya.

Jelas, menyanggah PAS secara berselindung tidak membawa kebaikan apa-apa kepada DAP. Sebaliknya, ia mampu menggoyahkan kepercayaan kaum Cina ke atas kewibawaan parti itu.

Di pihak PAS pula, menyerang Karpal seorang tidak akan memulihkan keyakinan kaum Melayu kepada parti itu kerana prinsip Karpal menolak hudud adalah juga prinsip DAP yang mana ia tidak pernah berubah, tegas dan kekal. PAS perlu dilihat menentang DAP secara keseluruhan, secara berani, terbuka, tegas dan lantang atas nama Allah S.W.T - jika benar ikhlas ingin melaksanakan hudud.

Pemimpin PAS nampaknya gagal menilai kesan dari mengajak Karpal Singh bersilat seorang diri.

Imej PAS sebenarnya akan lebih buruk jika masih tidak berjaya memperjuangkan hudud walaupun hanya berhadapan dengan Karpal Singh seorang dan bukannya seluruh parti DAP. Bayangkan, bagaimana PAS mampu menghadapi pengundi Melayu jika DAP menang dalam mempertahankan prinsip mereka walaupun hanya menghantar seorang pejuang - OKU pulak tu…?

PAS Mahu Singkir Nasharuddin Kerana Syiah


Cakap-cakap yang sedang hangat kedengaran sekarang banyak menjurus kepada kemungkinan besar bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa akan berdepan dengan penyingkiran dari parti tersebut.

Jika ianya menjadi kenyataan seperti diramalkan oleh sesetengah penganalisis politik tempatan bermakna ia akan menjadi sejarah hitam buat PAS kerana baru sahaja kira-kira 8 bulan lalu parti itu memecat bekas Naib Presidennya, Hasan Ali.

Berbeza dengan pemecatan Hasan sebelum ini yang dilakukan tanpa sebarang peluang pembelaan diri, dalam kes Ustaz Nasharuddin terdapat cadangan untuk membenarkan beliau memberi penjelasan atas beberapa kenyataan kerasnya yang ditakrifkan oleh ramai pemimpin PAS sebagai melanggar dasar parti.

Bagaimanapun, tidak semua pemimpin PAS di peringkat Pusat, Negeri dan Kawasan yang bersetuju dengan tindakan PAS yang sejak kebelakangan ini dilihat terlampau keras terhadap perbezaan pandangan sesama pemimpin parti tetapi dimasa yang sama pula ternampak jelas agak lunak bila berhadapan dengan tuntutan parti lain dalam Pakatan rakyat (PR).

Waktu ini PAS bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan tekanan dan kerenah langsung dari pemimpin parti yang berkiblatkan idealisme Anwar Ibrahim malahan turut menghadapi senario lain yang telah lama membarah dalam struktur kepimpinannya.

Mengikut satu sumber yang rapat dengan kepimpinan PAS Pusat, faktor lain yang turut memainkan peranan menambah tekanan ke arah usaha menyingkirkan Ustaz Nasharuddin juga mempunyai kaitan rapat dengan inisiatif sekumpulan pemimpin pro Syiah yang mahu menguasai secara total struktur kepimpinan PAS sekarang.

Teguran keras Ustaz Nasharuddin terhadap PAS berhubung hubungannya dengan DAP serta faktor penyiaran fotonya menemani Perdana Menteri di Mekah Al-Mukarramah tempohari hanyalah asbab bagi membolehkan kumpulan pro Syiah merealisasikan usaha 'memancung' pengaruh Ustaz Nasharuddin dalam parti.

Kumpulan pemimpin terbabit yang berimamkan Timbalan Presiden PAS sekarang iaitu Mohammad Sabu (Mat Sabu) dilihat sedang cuba mengembangkan pengaruh mereka dengan cuba 'memancung' seramai mungkin pemimpin parti yang diyakini akan merencatkan perencanaan mereka untuk menguasai tampuk kepimpinan PAS.

Dengan dokongan dan kerjasama yang dijalinkan bersama kumpulan pro Anwarinas, ia menjadikan usaha-usaha sedemikian dilihat semakin mudah untuk dilakukan sementelah lagi tika ini masing-masing kebetulannya berdepan musuh yang sama dalam parti.

Sekiranya usaha-usaha terancang yang dilakukan sekarang berjaya menyingkirkan Ustaz Nasharuddin dari PAS, tidak syak lagi dalam jangka waktu terdekat atau paling lambat selepas PRU 13 kelak, kita akan meyaksikan satu lagi perubahan drastik yang akan turut menarik turun Hadi Awang dan Haron Din dari kedudukan mereka sekarang.

Karpal Singh Semakin Tak waras...!!!! Mahkamah Tak Pernah Kata Malaysia Negara Sekular


Mungkinkah Karpal Singh belum pulih sepenuhnya setelah jatuh sakit tempoh hari sehingga meracau-racau? Mungkinkah beliau masih berhalunisasi apabila berkata bahawa Tun Salleh Abbas pernah memutuskan bahawa Malaysia adalah negara sekular dalam kes Che’ Omar Che Soh.

Tun Salleh Abbas sebagai Ketua Hakim Negara hanya menyatakan bahawa terdapat undang-undang di negara ini yang berunsur sekular dan beliau tidak pernah sekali-kali memutuskan negara ini sebagai negara sekular.

Tun Dr. Mahathir, bekas Perdana Menteri Malaysia telah pun menegaskan bahawa negara ini adalah negara Islam kerana ia diperintah oleh orang Islam, meletakkan Islam sebagai agama rasmi dan di masa yang sama tidak pernah menyekat amalan agama-agama lain.

Untuk itu, Perlembagaan Perseketuan mewajibkan Pemerintah dan rakyat keseluruhannya memelihara kesucian dan kedaulatan Agama Islam melalui Perkara 37 dengan mewajibkan Ketua Utama Negara Yang di-Pertuan Agong untuk bersumpah atas nama suci Allah bagi memlihara agama Islam pada semua masa. Selain itu, semua cabang pemerintahan negara sama ada Eksekutif, Legislatif dan Kehakiman terikat dengan sumpah Yang di-Pertuan Agong untuk memastikan kesucian dan kedaulatan Agama Islam setiap masa.

Tindakan Karpal Singh membangkitkan hal ini dalam pertelagahannya dengan PAS tentang hudud menyerlahkan lagi agenda jahat DAP yang menentang kedaulatan Islam sebagai agama rasmi. Tindakan Karpal Singh juga dilihat sebagai menentang prinsip Rukun Negara.

Nampaknya, pertelagahan mengenai hudud antara DAP dan PAS semakin mengganggu dan mengelirukan rakyat, malah mampu mencetus ketegangan.

Rakyat perlu faham bahawa sesebuah negara Islam tidak semestinya melaksanakan hudud. Sedangkan Mesir negara yang memusatkan semua Ulama-ulama tersohor juga tidak melaksanakan hudud.

Perlaksanaan hudud dalam negara juga tidak menjamin syurga kepada umat Islam di dalamnya. Ini kerana, syurga-neraka adalah tertakluk kepada amalan peribadi iaitu antara hubungan seorang hamba dengan Allah S.W.T dan juga antara sesama manusia. Kerajaan dan undang-undang tidak akan mempengaruhi kedudukan seseorang Islam di sisi Allah S.W.T.

Hudud adalah undang-undang yang terlalu tinggi yang memerlukan keikhlasan dan ketakwaan yang mantap di kalangan para pelaksananya. Ia juga memerlukan kedudukan negara dan umah dalam keadaan sempurna dari segi ekonomi, pendidikan dan sosial sebelum hudud boleh dilaksanakan.

Hudud yang dilaksanakan tanpa memenuhi syarat di atas akan berakhir dengan ketidakadilan. Lihat saja antara negara yang mengamalkan hudud seperti Pakistan, Afghanistan, Sudan, Somalia, dan Nigeria. Keadaan rakyat mereka menyedihkan, kekejaman terhadap wanita berleluasa, manakala kaum lelaki bermaharajalela menjamu nafsu. Negara mereka juga semakin mundur dan tidak pernah aman.

Keadaan ini berlaku apabila undang-undang diletakkan lebih tinggi dari keadilan itu sendiri. Atau dalam beberapa kes, mungkin juga lebih tinggi dari keperluan asas seperti makanan, pakaian, pendidikan dan keselesaan. Sedangkan, hudud adalah berkenaan keadilan dan kesempurnaan, bukan undang-undang semata-mata.

Lebih dari itu, adalah bahaya untuk melaksanakan hudud di kala keadaaan hampir mustahil untuk mencari pelaksana atau hakim yang benar-benar mantap takwanya dan keikhlasannya serta mampu pula mengambilkira semua aspek teknologi canggih di zaman ini dan mempunyai pengetahuan yang luas dalam berbagai bidang termasuk psikologi malah mungkin juga sains, sebelum menjatuhkan hukuman.

Lebih buruk lagi jika si penggubal, pelaksana dan hakim mempunyai kecenderungan bersifat ‘chauvinis’ dan masih berpegang kepada fahaman jahiliah iaitu memandang rendah pada wanita atau suka membiarkan diri terpengaruh dengan sesuatu golongan atau pandangan tertentu. Jika ini berlaku, bagaimana kita boleh memastikan yang beliau benar-benar menjatuhkan hukuman dengan hukum Allah S.W.T atau hanya dengan pendapat, pandangan dan kecenderungan peribadinya?

Menghakimi hitam atau putih sesuatu perkara mungkin mudah tetapi malangnya keadilan itu tidak semudah hitam atau putih. Kadangkala, hitam yang dilihat adalah tumpahan warna dari beberapa punca. Maka, sang hakim perlu menilai perkara dari puncanya agar tidak berlaku kejam terhadap sesiapa.

Karpal jelas tidak memahami perkara ini tetapi begitu juga sebahagian umat Islam yang kononnya hidup demi hudud.

Namun, sama ada Karpal faham atau tidak, adalah amat tidak bertanggungjawab bagi beliau, untuk membangkitkan perkara ini dengan menolak prinsip Rukunegara dan perlembagaan negara yang meletakkan negara ini sebagai Negara Islam.

Mungkinkah, Karpal sanggup memperbodohkan dirinya dengan menidakkan pengetahuan mengenai perlembagaan negara semata-mata kerana menentang hudud dan segala-galanya yang berkaitan dengan Islam?

Walau apapun tindakan dan kenyataan Karpal, yang pasti PAS telah berikrar akan sehidup semati dengan Karpal dan DAP sementara ‘hudud’ akan terus menjadi nyanyian rasmi PAS sekadar untuk memancing undi.

Naib Canselor (UiTM) Beri Amaran "SUMBER BEKALAN AIR BERKURANGAN"


Dasar kerajaan Selangor memberi bekalan air percuma sejak empat tahun lalu adalah langkah yang tidak bijak dan bukan bersifat lestari.

Ahli akademik, Prof Dr Suhaimi Abdul Talib, berkata dasar itu menyebabkan hasil kerajaan negeri terus merosot yang sepatutnya digunakan untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur.

"Walaupun air percuma kelihatan baik dari segi faedah jangka pendek, dari segi jangka panjang kita tidak mendidik orang ramai untuk menghargai air," katanya kepada Bernama.

Penolong Naib Canselor bagi Pembangunan, Pengurusan Kemudahan dan ICT Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu memberi amaran: "Kita tidak mempunyai limpahan bekalan air yang tidak terhingga. Kita perlu sedar bahawa sumber air semakin berkurangan berikutan peningkatan permintaan yang mendadak,"

Beliau berkata negeri itu akan sampai pada satu peringkat di mana ia tidak lagi dapat menarik air mentah dari sumber luar dan sumber air yang baru perlu bergantung kepada bagaimana ia dapat menguruskan sumber dalamannya sendiri secara terbaik.

Dr Suhaimi berkata beliau menentang dasar air percuma kerana persoalan berhubung kemampuan bukan satu isu.

"Jika kita perlu membayar bil air sebanyak RM40 sebulan apa sangat dengan RM40? Anak anda belanja lebih daripada RM40 ke atas (telefon bombit) prabayar. Jadi, ia bukan satu persoalan mengenai kemampuan. Kita sepatutnya membayar bil air kita," katanya.

Beliau berkata rakyat Selangor perlu dididik supaya mengubah tanggapan mereka mengenai air dengan cara menghargai nilai sebenar air dan ini tidak boleh dilakukan selagi mereka mendapat bekalan air percuma.

"Rakyat selangor kena guna air secara berhemat supaya setiap penduduk dapat mengurangkan penggunaan sebanyak 20 peratus. ini bermakna kapasiti di empangan-empangan kita boleh meningkat 20 peratus. Ini adalah sesuatu yang kita terlepas pandang," katanya.

Beliau berkata negara maju telah menukar daripada pengurusan sumber air kepada pengurusan permintaan sambil menambah 'kita perlu mengawal rakyat yang menggunakan air'.

"Hanya ada satu cara bagi kita untuk memastikan penggunaan air secara lestari. Kita mesti mengubah tingkah laku kita terhadap air dan hanya melalui pengubahsuaian tingkah laku membolehkan kita mengekang permintaan yang tidak terkawal. Sudah tentu, permintaan akan meningkat tetapi kadar peningkatan itu boleh dikawal," katanya.

Dr Suhaimi juga menjelaskan jika peningkatan tarif air tidak dapat dielakkan, kenaikan setiap beberapa tahun perlu wajar dan dengan persetujuan kerajaan.

"Maksudnya, dalam negara ini, apa saja (bayaran bagi) barangan dan perkhidmatan yang akan dinaikkan akan memberi gambaran buruk ke atas kerajaan. Kita biasanya dapat apa sahaja dengan percuma melalui subsidi, jadi bila anda cuba mengambil balik orang ramai akan kata ini hak kami. Jadi masalahnya dengan rakyat Malaysia adalah ini..ia bukannya persoalan mengenai kemampuan, kita boleh membayar tetapi ia satu persoalan mengenai kesediaan individu untuk membayar," katanya.:- Berita Harian

Rakaman Tuduhan Mansor Bakal Disebar

MANSOR OTHMAN / DUN PENANTI

Pada 16/17 Ogos lalu, Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mansor Othman dikatakan berada dalam keadaan yang cemas apabila blog Gelagat Anwar mendedahkan transkrip rakaman beliau mengutuk bosnya, Lim Guan Eng di dalam satu mesyuarat. Antara yang hadir di dalam mesyuarat tersebut ialah Law Choo Kiang PKR Bukit Bendera, Felix Ooi, PKR Bayan Baru, Tan Seng Keat calon Bayan Baru pada 2004, Raymond Ong, PKR Tanjung, Ng Chek Siang;,Batu Uban, Cheah Peng Guan dan John Ooi, juga PKR Bayan Baru.

Mansor di dalam rakaman tersebut merujuk kepada Guan Eng sebagai ‘sombong’ dan ‘angkuh’. Beliau juga dikatakan mengucapkannya dengan berani dan lantang. Antara petikan rakaman tersebut berbunyi:

“Dia (Guan Eng) very arrogant I tell you. Cocky and arrogant. It’s not easy. Now more arrogant because dia menang banyak.” — sumber blog ‘Gelagat Anwar‘ (1)

“Guan Eng macam tokong, you know, to the Chinese. You cannot deny that… he is just like a tokong. Itu yang buat dia org sombong … very, very angkuh and arrogant.” — sumber blog ‘Gelagat Anwar‘ (2)

Secara dasarnya, rakyat telah pun sedia maklum akan keangkuhan dan kesombongan Guan Eng. Malah, di dalam DAP sendiri, Guan Eng tidak begitu disukai. Beliau juga menjadi penyebab beberapa pemimpin DAP keluar parti akibat tidak tahan dengan keangkuhan, kesombongan dan juga ‘kekorupan’ beliau.

Namun, ini bukan soal Guan Eng kerana semua orang sudah kenal siapa Guan Eng lidah biawak, hati kering, penipu tegar yang tidak tahu malu bila kantoi.

Ini adalah soal Mansor dan kedudukannya di dalam PKR, di dalam pentadbiran Pulau Pinang, di sisi Guan Eng dan di mata rakyat. Umum tahu bahawa tiada seorang pemimpin termasuk di dalam DAP sendiri yang akan selamat jika berani melawan Guan Eng. Kediktatoran Guan Eng bukan satu cerita rekaan dan kerana itulah Mansor dikhabarkan menjadi kecut perut mengenang nasib yang bakal menimpa dirinya.

Lebih menakutkan Mansor ialah apabila ada pihak yang tampil menyatakan yang mereka akan menyebarkan rakaman suara tersebut tidak lama lagi bagi membolehkan semua orang mengadili sendiri apa yang diperkatakan dan siapa yang mengatakannya.

Menurut sumber, pihak yang terlibat tidak berminat untuk menunggu ‘waktu yang sesuai’ seperti pilihanraya, untuk menyebarkannya tetapi akan menyebarkannya sebaik saja mereka bersedia.

PKR Pulau Pinang kini berada dalam keadaan gelabah namun tidak begitu bersungguh untuk mempertahankan Mansor. Khabarnya, masing-masing lebih berminat menyelamatkan diri dari ‘dibaham’ Guan Eng. Tidak keterlaluan jika dikatakan mereka lebih takutkan Guan Eng dari Anwar, Ketua Umum parti mereka.

Apa yang berlaku akhir-akhir ini memperlihatkan Guan Eng mula menunjuk curiga secara terang-terangan terhadap Mansor dan mula memberi tekanan terhadap beliau. Walaupun begitu, ada juga pengkhabaran yang menyatakan bahawa Guan Eng sudah lama mencari jalan untuk menyingkirkan Mansor dan semua Melayu-melayu di dalam pentadbiran Pulau Pinang.

Jika ini benar, maka pendedahan rakaman tersebut telah memberikan peluang untuk Guan Eng berbuat demikian.

Selama ini, parti pembangkang gemar merujuk kepada pemimpin UMNO sebagai diktator atau kukubesi. Tetapi kini, ternyata, mereka berpeluang berhadapan dengan diktator sebenar yang tidak boleh dikritik, tidak boleh ditegur apatah lagi dikutuk, di dalam parti mereka sendiri.

Kerana itu, walaupun penyebaran rakaman suara tersebut belum lagi dibuat, Mansor sudah dapat merasakan bahaya yang bakal menimpa dirinya. Inilah suasana hidup dalam pentadbiran kukubesi, iaitu sentiasa berwaspada, takut dan langsung tidak punya hak bersuara.

Sewajarnya rakyat mengambil iktibar dengan pergolakan politik Pulau Pinang ini. Percayalah, kita juga pasti akan terpaksa hidup dalam keadaan yang sama iaitu sentiasa ketakutan dan tiada hak bersuara jika ditakdirkan PR menjadi pemerintah Malaysia dengan DAP menjadi kuasa mutlak di belakangnya.

Fathul Bari Cabar Nik Aziz Berbincang Mengenai Hudud...!!!!!


Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya mengajak Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berbincang mengenai masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan hudud di negara ini.

Beliau berkata, perbincangan perlu diadakan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam melaksanakan hukum itu kerana rakyat negara ini terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum.

Katanya, pelaksanaan hudud juga perlu melakukan perbahasan, perbincangan, yang perlu dihadiri oleh golongan profesional, ahli agama, diketuai Raja-raja Melayu, penguat kuasa, pentadbiran, badan kehakiman, wakil-wakil politik dan sebagainya.

“Kalau mahu ia dilaksanakan, kita duduk berbincang bersama-sama. Saya mempelawa Nik Aziz dan Pas bincang bersama-sama mengenai masalah pelaksanaan hukum tersebut.

“Banyak masalah dihadapi untuk melaksanakan hukum itu, antaranya ialah Pas hanya meletakkan masalah pelaksanaan hukum hudud di negara ini kepada Umno, Umno sendiri melihat ada halangan untuk melaksanakannya kerana masyarakat majmuk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas gesaan Nik Aziz agar Umno membentangkan hudud versi parti itu yang dikatakan adil.

Fathul Bari berkata, banyak pemimpin pembangkang, malah beberapa pemimpin Pas juga menyatakan tidak sesuai hukum hudud dilaksanakan sekarang kerana banyak halangan dan keadaan belum sesuai.

Fathul Bari berkata, hudud tidak boleh mempunyai versi kerana untuk laksanakan hukum hudud perlu berdasarkan hukum Islam yang sebenar.

“Saya menyangkal kenyataan beliau untuk membentangkan hudud versi Umno, saya tidak setuju. Sekiranya hukum hudud mempunyai versi Umno atau Pas bermakna hukum itu dilaksanakan berdasarkan parti politik,” katanya.:- Sinar

Jangan Sertai Majlis Yang Cemarkan Hari Kemerdekaan - Khairy Jamaluddin

alt

Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyeru golongan muda untuk tidak menghadiri sebarang majlis yang akan mencemarkan sambutan Hari Kemerdekaan ke-55.

Menurut Khairy, amat penting bagi golongan muda untuk kembali menghayati sejarah dan perjuangan menuntut kemerdekaan negara serta mempertahankan kemerdekaan yang telah dikecapi selama ini.

"Saya difahamkan ada majlis yang akan dianjurkan untuk mengganggu sambutan Hari Kemerdekaan dan amat berharap orang muda menolak dari menghadiri majlis ini.

"Golongan muda tidak boleh menganggap peristiwa ini dari sudut sejarah semata-mata. Sejarah adalah tiang seri kepada dalam perjuangan menuntut kemerdekaan Malaysia," katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka beliau di Kampung Gadong, Rembau, Negeri Sembilan.

Ahli Parlimen Rembau ini turut membidas pihak yang sengaja mempolitikkan kemerdekaan kerana menurutnya sambutan Hari Kemerdekaan adalah untuk semua rakyat Malaysia, tidak kira latarbelakang pegangan politik mana-mana kaum.

Khairy merujuk kepada gabungan JANJI yang menyeru rakyat di negara ini meraikan Merdeka Nan Kuning pada 30 Ogos ini di Dataran Merdeka dengan memakai pakaian berwarna kuning.

"Saya harap orang ramai tidak akan hadir dan pihak berkuasa perlu memastikan tidak ada sebarang gangguan pada majlis Hari Kemerdekaan yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada 31 Ogos ini," tegas beliau. KLPOS

Nazri Aziz Tidak Paham Perangai DAP..??


Penubuhan Undang-Undang Lompat Parti dilihat bertentangan dengan prinsip kebebasan dan amalam demokrasi yang diamalkan di Negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata setiap warganegara Malaysia berhak membuat sebarang pilihan untuk memilih mana-mana organisasi dalam manyahut seruan kebebasan berpesatuan yang dijamin dalam perlembagaan persekutuan.

"Jadi, selagi kita tidak membuat pindaan pada perlembagaan, saya tidak melihat apa-apa perkembangan mengenai rang undang-undang anti-lompat parti. Perkara sama juga telah diputuskan sebelum ini di Sabah. Inilah apa yang saya tidak faham tentang DAP. Anda mempunyai ahli parlimen yang bercakap tentang kebebasan dan hak asasi manusia yang dijamin oleh perlembagaan.

"Pada masa yang sama, mereka mahu melakukan perkara yang bertentangan dengan apa yang telah dijamin.

"Tidak seperti mereka, BN bijak dan pintar. Kami tidak menerima mereka dalam parti kami (sepanjang tempoh ini). Jika anda adalah parti dengan prinsip, anda tidak akan mengambil pihak lain sebagai ahli. Anda perlu menghormati keputusan yang dibuat rakyat. Dalam kes kami, kami tidak mengambil mereka. Mereka boleh kekal bebas. Tetapi ahli politik dan ahli Parlimen di Pakatan Rakyat tidak tahu apa yang mereka lakukan. Mereka adalah contoh yang tidak baik," katanya seperti dipetik sebagai berkata oleh akbar harian berbahasa Inggeris, New Strait Times hari ini.

DAP sebelum ini menerusi kenyataan Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng mencadangkan parlimen mengusulkan kelulusan dalam menubuhkan Akta Lompat Parti bagi memberi jaminan dan kawalan mana-mana Ahli Parlimen yang bertindak menukar platform parti politik.

KL POS

Buletin Mutiara Terima Peruntukan RM300,000 Dari Guan Eng Untuk Keluarkan Gambar Isterinya..!!!!


ALAHAI! Belum reda lagi sebenarnya kekecohan dalam kalangan media Pulau Pinang berhubung gelagat Ketua Menteri, Lim Guan Eng dengan penyiaran 51 gambarnya - walaupun muka suratnya hanya 28 helaian pada keluaran Buletin Mutiara Mei lepas.

Gara-gara 'kerenah' sedemikian rupa, 'pasukan' Buletin Mutiara telah bertindak dengan 'efisien' mengurangkan gambar pemimpin mereka itu, dengan hanya menyiarkan 28 gambar sahaja dalam 28 muka surat pada keluaran Julai lepas. Tetapi agak kelakar bunyinya kerana masih tidak nampak pun sebarang perbezaan ketara kerana Guan Eng masih menonjol dalam buletin itu.

Barangkali, selepas mendapat tekanan serta kritikan hebat daripada media di negeri itu, Guan Eng seperti biasa mengambil jalan selamat dengan menyalahkan pasukan buletin tersebut sebagai 'tersilap secara teknikal'. Akibatnya, Pengarah Komunikasi Kerajaan Negeri, Yap Lee Ying segera memohon maaf melalui satu kenyataan media baru-baru ini dengan menyatakan, penyiaran 51 gambar Guan Eng merupakan kesilapan teknikal dan tidak akan berulang.

Kesilapan teknikal kali ini turut 'diperbetulkan' dengan kehadiran isteri Ketua Menteri, Betty Chew yang kelihatan 'agak anggun' pada keluaran buletin tiga bahasa tersebut. Jika sebelum ini. Betty hanya gemar mengenakan seluar 'slack' dan pakaian pendek yang kelihatan seperti wanita bekerjaya, kini dia tampil mengenakan busana, gaun beserta aksesori.

Beberapa gambar Betty turut dimuatkan dalam Buletin Mutiara walaupun sebelum ini hanya gambar-gambar suaminya sahaja mendominasi buletin itu. Akhbar-akhbar berbahasa Cina mendakwa penampilan Betty kini kelihatan lebih bergaya.

Betty dikatakan kini lebih gemar menghabiskan masa menemani suaminya ke majlis-majlis penting serta berprofil tinggi di Pulau Pinang. Bagaimanapun dia masih ADUN Kota Laksamana di Melaka. Walhal, kalau nak diikutkan, rakyat Melakalah yang lebih memerlukannya berbanding Pulau Pinang. Tetapi ada pula masa dihabiskan di Pulau Pinang termasuk menghadiri pertunjukkan fesyen baru-baru ini. Media turut melaporkan Betty mengambil bahagian dengan memperagakan beberapa pakaian di Tanjong Tokong beberapa minggu lepas.

Buletin Mutiara didakwa dikeluarkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang dengan peruntukan RM300,000 setiap dua bulan. Cuma, rakyat atau umum hendak tahu juga adakan duit peruntukan tersebut dikeluarkan daripada dana DAP. Ataupun menggunakan Wang Rakyat negeri itu hasil dari cukai yang dikutip? Sungguh tidak adil andainya wang tersebut milik rakyat kerana jelas sekali Buletin Mutiara memainkan peranan penting dalam menyebarkan propaganda DAP dan keluarga dinasti Lim kerana hanya mereka yang lebih menonjol.

Satu ketika, Buletin Mutiara ini akan diedarkan sendiri oleh DAP pada program-program kerajaan negeri. Pada masa sama ia diletakkan di sekitar masjid,pusat beli belah dan kawasan-kawasan tarikan pelancongan. Namun, kini mereka lebih 'hebat' apabila melantik syarikat tertentu untuk mengedarkan buletin tersebut rumah ke rumah.

Mengapa sampai begitu sekali? Mengapa menyajikan propaganda DAP kepada rakyat Pulau Pinang dengan begitu agresif? Adakah kerana buletin itu tidak mendapat sambutan dalam kalangan rakyatnya? Mungkin juga kerana rakyat sudah mula sedar tembelangnya.

Baru-baru ini terdapat kecaman daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang kerana menggunakan buletin itu sebagai platform untuk menghentam kerajaan.

Ketua Wanita MCA Pulau Pinang, Tan Cheng Liang berkata, buletin tersebut hanya digunakan sebagai media untuk memberitahu rakyat di negeri itu terhada aktiviti selain dasar dan polisi kerajaan negeri.

"Andainya pakatan pembangkang mahu berbicara tentang politik atau membuat kecaman kepada mana-mana ahli politik kerajaan Persekutuan, mereka harus menggunakan medium yang sesuai. Gunalah duit sendiri untuk keluarkan akhbar propaganda . Tetapi bukannya menggunakan wang rakyat" tegasnya.

Azmin Anak Derhaka..!!! Pemimpin Tanpa Restu Ibu Tidak Akan Berjaya.


Tajuk di Malaysiakini berbunyi, ‘leave my mum alone, Azmin tells UMNO’ (Jangan ganggu ibu saya, kata Azmin kepada UMNO) membuatkan kita tersenyum sinis.

Mungkin Azmin tidak faham bahawa yang menghancurkan hati ibunya bukan UMNO, tetapi Azmin sendiri.

Yang menyebabkan ibunya memilih saluran media untuk meluahkan perasaan bukan UMNO, tetapi kederhakaan Azmin sendiri yang tidak memberi peluang dan ruang lain lagi untuk ibunya menariknya agar kembali ke pangkal jalan.

Yang menyebabkan Azmin menjadi anak derhaka pula bukan UMNO, tetapi Anwar Ibrahim.

Justeru, jika Azmin perlu melepaskan kemarahan kepada seseorang, lepaskanlah kepada diri sendiri dan Anwar Ibrahim bukan UMNO.

Tidak wajar juga bagi Azmin untuk menyalahkan stesen TV dan media yang memberi ruang kepada ibunya menyerunya pulang kerana media hanya menjalankan tugas, iaitu mencari berita sensasi. Dan berita seorang ahli politik yang derhaka kepada ibu pastinya sensasi.

Selagi berita tersebut benar dan bukannya fitnah, maka Azmin tidak ada hak untuk menghalang kebebasan media. Sedangkan parti Azmin sendiri sering mempergunakan media untuk memburuk-burukkan keluarga dan sanak-saudara pemimpin-pemimpin UMNO maka apakah salahnya jika media pro-UMNO juga menyebarkan berita mengenai keluarga dan sanak-saudaranya? Apatah lagi jika berita tersebut bukanlah fitnah, tetapi benar belaka.

Paling jelek ialah apabila Azwan, abang Azmin dari golongan LGBT juga turut menghina ibu mereka di dalam twitter miliknya. Azwan dengan biadapnya menghina ibunya sebagai ‘sanggup menjadi bahan TV3 untuk ratings’. Begitu rendah sekali kedudukan ibu sendiri di mata Azwan. Namun, apa yang kita harapkan dari seorang pondan..

Begitupun, Azmin seharusnya mempunyai kredibiliti dan integriti yang jauh lebih tinggi dari Azwan kerana beliau bukan seorang penyanyi atau pelakon atau pengacara murahan seperti Azwan. Sebaliknya beliau adalah seorang pemimpin dan punya tanggungjawab terhadap rakyat.

Malangnya, Azmin tidak menunjukkan perbezaan taraf antara dirinya dengan Azwan, si pondan tua yang kehilangan arah kehidupan. Persamaan mentaliti antara Azwan dan Azmin pastinya menakutkan rakyat. Tidak mungkin manusia yang ‘hilang arah’ mampu memimpin?

Seseorang pemimpin hanya akan mampu menjadi pemimpin yang baik, berkesan dan berjaya jika mendapat restu ibunya. Tanpa restu ibu, Azmin seolah-olah telah dilaknat untuk musnah.

Bagaimana kita mengharapkan pemimpin yang telah ‘tersumpah laknat oleh ibu’ dapat membawa kesejahteraan dan kecemerlangan kepada rakyat dan negara?

Kita bukannya hendak menyibuk dengan perihal keluarga Azmin dan kesudahan nasib Azmin di dunia mahupun akhirat. Tetapi sikap dan perbuatan Azmin terhadap ibunya adalah cerminan corak kepimpinan Azmin sebagai pemimpin kanan PKR sekiranya partinya mendapat mandat untuk memerintah.

Justeru, walaupun kita enggan menjadi penyibuk, soal restu ibu Azmin sedikit sebanyak tetap menjadi urusan seluruh rakyat jelata.

Selain itu, sokongan kuat saudara kandung Azmin dari golongan LGBT terhadapnya juga turut menimbulkan persoalan mengenai pendirian PKR terhadap homoseksual, lesbian, biseksual dan transgender. Tampak seolah-olah parti ini cenderung untuk menghalalkan LGBT andainya mereka memerintah nanti.

Apa yang pasti, dua perkara yang melingkungi Azmin iaitu hubungan sejenis dan anak derhaka, sudah cukup untuk membawa kita ke arah kemusnahan yang dijanjikan Allah S.W.T sekiranya parti beliau memenangi pilihanraya.

Balasubramaniam Punca Altantuya Terbunuh


Watak penyiasat persendirian, P.Balasubramaniam (Balasubramaniam Perumal) pastinya masih ramai yang mengingatinya berikutan peranannya sebagai saksi dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibu serta pernah mempunyai kaitan langsung dengan Abdul Razak Baginda.

Selain itu dia juga dikenali ramai kerana dua kenyataan bersumpahnya yang berubah-ubah dengan pelbagai fakta yang bercelaru tapi sedikit sebanyak masih dapat dimanfaatkan oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk tujuan menyerang kepimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Razak Baginda yang bersedap-sedap termasuklah menampung kehidupan Altantuya sejak mengenalinya pada 2004, orang lain pula yang terkena getah nangkanya.

Sesuatu yang perlu kita pegang erat dalam ingatan kita, pada 10 Oktober 2006 sehari selepas tiba di Malaysia, Altantuya telah meminta bantuan P.Balasubramaniam untuk membantunya menemui Razak Baginda.

Sebelumnya, beberapa ketika sebelum Altantuya tiba di Malaysia, Razak Baginda dilaporkan telah mengamanahkan sejumlah wang RM50,000 kepada Bala untuk diserahkan kepada Altantuya bagi tujuan untuk rawatan anaknya yang berada di Mongolia.

Persoalan sekarang di manakah wang RM50,000 tersebut yang sepatutnya diserahkan kepada Altantuya? Apakah Bala telah dengan sengaja menggelapkan wang tersebut untuk kepentingan dirinya?

Mengikut sumber-sumber, seandainya wang RM50,000 tersebut sampai pada tangan Altantuya dengan selamat, berkemungkinan kematian Altantuya yang tragis itu tidak akan berlaku.

Sekiranya Altantuya telah menerima wang tersebut tentunya dia tidak akan tergesa-gesa datang ke rumah Razak Baginda dan membuat kecoh sebaliknya terus pulang ke Mongolia.

Tapi disebabkan sikap tidak amanah yang ada pada Bala, timbullah kekecohan selepas kedatangan Altantuya ke rumah Razak Baginda. Rentetan dari situ menyebabkan berlakunya salah faham komunikasi antara Razak dengan dua anggota polis yang dipercayai membawa kepada berlakunya pembunuhan tersebut.

Jadinya, tidaklah salah untuk kita nyatakan, disebalik peristiwa tragis yang pernah dijadikan isu politik oleh Anwar dan sekutunya sebelum ini, P.Balasubramaniam telah menyebabkan Altantuya mati terbunuh

Nurul Izzah Lari Ke Titiwangsa


Sebelum ini kita pernah dikhabarkan yang Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim telah berura-ura untuk lari dari kampung halaman untuk mencuba nasib di Parlimen Nibong Tebal bagi menyelamatkan karier politik peribadi setelah mengetahui cengkaman pengaruhnya di Permatang Pauh saban waktu semakin merosot.

Pun demikian apabila menyedari hasratnya itu sudah terdedah pada umum, mahu tidak mahu untuk mengelak malu dan polemik yang berpanjangan, terpaksa digagahkan jua kakinya untuk terus bertahan di Permatang Pauh sekalipun tahu hujung hayat politiknya dalam PRU 13 mungkin bakal ternoktah di sana.

Rupanya bukan Anwar sahaja yang mengalami sindrom ketakutan untuk menerima penolakan rakyat kerana ia turut menjangkiti anak sulungnya, Nurul Izzah yang sekarang ini adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Naib Presiden PKR.

Perkembangan terbaru yang diperolehi dari sumber-sumber PKR menyebut, Nurul Izzah sudah pasti akan lari meninggalkan Parlimen Lembah Pantai setelah tidak tahan menerima asakan dari Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang kian melebarkan pengaruhnya di sana.

Nurul Izzah sedar kehadirannya di Lembah Pantai langsung tidak memberi impak positif kepada penduduk dan pengundi di sana, apatah lagi selepas beberapa kajian yang dilakukan oleh jentera PKR turut mengesahkan senario semasa tidak lagi memihak kepada PKR.

Hasil kajian-kajian itu turut menjangkakan peluang PKR di Lembah Pantai bukan sahaja terlampau malap malah kemenangan pastinya condong kepada BN dengan kelebihan sekitar 2,000 undi.

Sementelah lagi sudah sekian ramai hulubalang dan orang kanannya di kawasan parlimen itu telah beramai-ramai terjun dari kapal mencari perlindungan di bahtera BN, nampak gayanya terpaksa juga Nurul Izzah mengorak langkah mencari kawasan baru yang difikirkannya masih putih untuk menerimanya.

Mengikut maklumat tersebut lagi, kawasan parlimen baru yang bakal ditandingi oleh Nurul Izzah ialah Titiwangsa yang sebelum ini dikuasai oleh calon PAS, Allahyarham Dr. Lo'Lo yang memenangi parlimen tersebut dengan majoriti 1,972 undi.

Sebagai ganti peralihan kerusi tersebut, PKR akan menyerahkan kerusinya di Parlimen Wangsa Maju untuk ditandingi oleh calon PAS.

Pada PRU 2008, Parlimen Wangsa Maju dimenangi calon PKR, Wee Choo Keong selepas menewaskan penyandang asal dari BN dengan majoriti 150 undi. Wee, bagaimanapun meninggalkan PKR pada Mei 2010 dan kekal sebagai wakil rakyat Bebas sehingga sekarang.

Nurul Izzah mungkin berasa lega kerana merasakan sudah ketemu kawasan yang dikiranya selamat, tapi dengan senario hari ini yang makin memihak kepada BN dan gelombang penolakan rakyat terhadap pembangkang semakin kuat melanda negara, angan-angan Nurul Izzah untuk sekali lagi menjadi 'yang berhormat' nampaknya masih terlalu jauh dari jangkauan.

"DAP KUASA PENUH UNTUK MELULUSKAN HUDUD" - Anwar Ibrahim..??


Di sebalik perbalahan berterusan Pas dan DAP mengenai aspirasi pelaksanaan hudud, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak awal lagi menegaskan undang-undang Islam itu bukan sebahagian daripada dasar pakatan pembangkang buat masa ini.

Menurut Anwar, undang-undang syariah itu juga bukan merupakan perkara yang terkandung dalam Buku Jingga iaitu dokumen dasar serta program jangka panjang pakatan pembangkang sekiranya berjaya memerintah negara pada masa depan.

Katanya, walaupun Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersetuju untuk melaksanakan hudud, undang-undang Islam itu masih tidak boleh dijalankan di negara ini selagi ia tidak mendapat persetujuan DAP.

Ini kerana, katanya, keputusan mengenai pelaksanaan hudud perlu dicapai melalui konsensus ketiga-tiga parti, dasar bersama dan pindaan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, katanya, pakatan pembangkang memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah 11 Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003.

“kita menghormati hak (Pas) untuk menyuarakan dan mengambil inisiatif (melaksanakan hudud) tetap pendirian kami adalah jelas, tanpa ragu ragu, sekarang (hudud) bukan merupakan dasar Pakatan Rakyat (Pakatan Pembangkang) dan Penentangan DAP boleh dihormati dan diambik kira,” katanya.

Anwar berkata demikian pada siding ahkbar selepas mempengurusikan mesyuarat pakatan Pembangkang di ibu pejabat Pas di sini pada 28 september 2011 seperti dipetik dalam video siaran blog propembangkang http://suarapakatanrakyat.com hari ini.

Video tersebut boleh ditonton di dalam entri bertajuk hudud: Mufti kedah elok diam, jauhkan diri dari politik.

Ia disiarkan berikutan ketidakpuasn hati pengendali blog itu terhadap kenyataan tegas mufti kedah, Datuk Shiekh Muhamad Baderudin Ahmad yg meminta pengerusi DAP, Karpal Singh menghentikan segala kritikan berkaitan agama islam kerana tindakan karpal menentang hudud di lihat tidak menghormati sensitivity umat islam.

Menurut pengendali blog berkenaan, Sheikh Muhamad tidak sepatutnya masuk campur dalam soal politik yang hanya layak didebatkan oleh orng politik sahaja dan bukan pegawai kerajaan biasa yg ‘makan gaji’ seperti beliau

Perbalahan di antara Pas dan DAP dalam isu hudud muncul kembali apabila Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan dalam satu debat baru baru ini mendakwa karpal Sedia berkompromi dalam isu perlaksanaan hudud namun pekara itu segera dinafikan oleh karpal.

Sementara itu, dalam entri sama, blog berkenaan turut memaparkan video sidang akhbar setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng berkenaan isu hudud tanpa menyatakan tarikh serta tempat siding akhbar itu berlansung.

Kata Guan Eng, isu hudud tidak timbul kini kerana ai bukan merupakan sebahagian daripada dasar yang dipersetujui pakatan Pembangkang.

“jika nak dilaksanakan sesuatu seperti hudud, sekiranya munkin kalau PKR atau Pas setuju tapi DAP tidak bersetuju, ia tidak boleh dilaksanakan dalam pakatan rakyat. Ia mesti dibincangkan dahulu sehingga ketiga tiga pihak bersetuju,” Tegasnya..Utusan Malaysia

Anwar Ibrahim Syaitan - Tun Mahathir..???


Peringatan seorang Negarawan bertaraf dunia, Tun Dr. Mahathir mengenai Pakatan Rakyat (PR) wajar diberi perhatian serius. Kata beliau, ‘banyak yang akan musnah jika PR memerintah’ dan ‘lebih baik syaitan yang kita kenal dari bidadari yang kita tidak kenal’.

Walaupun mungkin ada yang memusuhi Tun Dr. Mahathir tetapi tidak seorang pun dari musuh-musuhnya yang dapat menafikan jasa-jasa dan kejayaan beliau melonjakkan negara serta kehidupan rakyat dengan begitu pantas, bergaya serta cemerlang sekali. Oleh itu, peringatan yang beliau berikan di atas tidak wajar dipandang sinis kerana ia bukannya peringatan kosong, tetapi berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan pengalaman beliau dalam mengurus-tadbir negara selama 22 tahun.

Beliau pastinya cukup arif mengenai ‘aspirasi’ pemimpin tertinggi PR, Anwar Ibrahim setelah terlibat secara langsung mengekang percubaan Anwar membankrapkan negara pada tahun 1997/98 dengan menurut saranan IMF. Ini menjadikan Tun Dr. Mahathir sebagai penyelamat negara dan rakyat sekali gus musuh utama barat.

Hari ini, PR menjanjikan negara kebajikan dengan pendidikan percuma untuk semua, tiada tol, menurunkan harga minyak, pendapatan minimum sehingga RM4000 setiap rumah, menghapuskan cukai dan berbagai-bagai janji manis lagi.

Namun, realitinya bagi memberikan sesuatu secara percuma, kerajaan perlu terlebih dahulu mempunyai dana. Dan jika kos tertentu terhadap rakyat turut dihapuskan, maka bagaimana kerajaan akan dapat mengumpul dana tersebut agar dapat memberikan sesuatu yang lain secara percuma kepada rakyat?

Tidak mustahil bahawa PR berniat untuk mengambil pinjaman atau berhutang dari luar, yang mana gagal dilakukan oleh Anwar ketika krisis kewangan 1997/98 dahulu bagi menunaikan segala janji-janji manis tersebut. Jika ini dilakukan, maka negara akan terbeban dengan hutang yang semakin bertambah saban tahun kerana tidak mempunyai dana dan pendapatan yang cukup untuk membayarnya akibat penghapusan tol, cukai, kos pendidikan dan lain-lain, di samping meningkatkan subsidi kepada rakyat.

Keadaan ini pasti lama kelamaan akan mencetuskan kemarahan rakyat, seterusnya ketidakstabilan dalam negera.

Kita sedia maklum bahawa meletakkan negara di dalam keadaan lemah dari segi ekonomi adalah langkah pertama untuk membantu rakan-rakannya neo-con Anwar untuk menakluk negara ini. Apabila sudah ditakluk, maka lebih mudahlah undang-undang yang berlandaskan pemikiran liberal dan plural dipaksa ke atas negara Islam ini. Inilah agenda halus yang tersembunyi di sebalik segala janji manis PR.

Walaupun PR kelihatan bagai bidadari yang membawa janji-janji manis dari syurga tetapi hakikatnya, apa yang dijanjikan tidak menepati realiti dunia.

Sebaliknya, BN mungkin tidak kelihatan seperti bidadari dan mungkin dianggap kejam kerana mengenakan cukai, tol dan kos pendidikan tetapi BN berpijak di bumi yang nyata.

Realitinya, di bumi ini, sesebuah kerajaan perlu mengenakan kos tertentu terhadap rakyat untuk menjana ekonomi negara serta membantu rakyat secara meluas dan dalam jangka masa yang panjang. Wang tidak turun dari langit dan tidak bertambah dengan sendirinya. Jika kita berhutang dengan negara luar, ia perlu dibayar atau kita akan tersepit sehingga akhirnya hancur berkecai. Inflasi dan trend peningkatan harga pasaran dunia menjadikan perkataan ‘percuma’ adalah sesuatu yang mustahil dan bakal memakan diri sendiri.

Justeru, sepertimana pesan Tun Dr. Mahathir, usahlah kita percaya pada manusia yang menyamar sebagai bidadari yang turun dari syurga kerana kita bukannya berada di syurga, tetapi di dunia yang nyata. Maka, berpijaklah di bumi nyata, dan berfikirlah dengan sebaik-baiknya sebelum menyerahkan nasib kita kepada PR. Apa yang PR janjikan walaupun kelihatan seperti syurga tetapi realitinya ia bakal membawa kita ke neraka.

KHALID TERKAPAI-KAPAI KESEORANGAN DITINGGALKAN ANWAR


Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim nampaknya sedang berjuang mempertahankan kredibiliti pentadbirannya dalam keadaan keseorangan melawan serangan politik daripada Umno dan Barisan Nasional.

Pelbagai isu menghantui menteri besar yang dahulunya dikenali sebagai tokoh korporat yang disegani menerajui sebuah syarikat pelaburan Bumiputera terbesar di dunia (Permodalan Nasional Berhad) dan kemudiannya memimpin sebuah konglomerat perladangan (Guthrie Berhad).

Tatkala, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mencadangkan nama beliau sebagai calon menteri besar, Khalid di warkan-warkan akan memacu pembangunan ekonomi dan sosial negeri terkaya di Malaysia berbekalkan pengalaman luasnya di dalam sektor korporat.

Pelbagai perancangan serta program di lancarkan di bawah dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor di mana kepentingkan rakyat adalah segalanya bagi pemimpin Pakatan Rakyat.

Sebagai tanda persahabatan lama dan hutang budi kerana dilantik sebagai menteri besar, Anwar pun dilantiklah sebagai Penasihat Ekonomi Selangor - satu jawatan rasmi dengan gaji hanya RM1.

Begitulah hebatnya Anwar dan Pakatan Rakyat yang dipimpinnya melakukan latihan perhubungan awam (PR exercise) untuk menyakinkan rakyat bahawa mereka jauh lebih baik daripada BN yang telah mentadbir Selangor berterusan sejak merdeka hingga 2008.

Rakyat berfikir sudah tentu gabungan mantap pengalaman luas Khalid serta dibantu oleh bekas Menteri Kewangan selama lapan tahun, mustahil segala apa yang dirancang Pakatan Rakyat akan menemui kegagalan.

Tetapi itulah hakikatnya yang berlaku sekarang kerana setelah empat tahun menawan Selangor, istana impian yang dibina di atas janji-janji yang sungguh reformis sifatnya kini telah bertukar menjadi igauan paling negri bagi pimpinan Pakatan Rakyat.

Program air percuma yang dicanang siang dan malam oleh Khalid dan barisan exconya kini bertukar menjadi krisis air yang bakal mengancam menamatkan karier politik beliau serta menenggelamkan bahtera Pakatan Rakyat di Selangor.

Khalid mengambil sikap berkonfrantasi dengan kerajaan pusat berhubung usaha mengambil alih aset air di Selangor sehingga menyebabkan krisis air menjadi semakin meruncing dan rakyat kebajikan rakyat diabaikan.

Skandal hutang Talam Corporation yang kononnya dilabel sebagai pendekatan revolusi cetusan idea Khalid kini bertukar menjadi satu skandal melibatkan ratusan juta ringgit dana awam.

Khalid berada dalam keadaan amat tertekan kerana tidak dapat mengemukan laporan audir terperinci mengenai urusan menyelesaikan masalah hutang Talam kepada kerajaan negeri.

Apatah lagi dalam usaha Anwar memujuk golongan muda menyokong Pakatan Rakyat, Unisel milik kerajaan negeri pula gagal menyediakan tempat penginapan bagi lebih 3,000 pelajar yang telahpun memulakan sesi pengajian mereka.

Kini kerajaan negeri bercadang menjual aset Unisel berupa 500 ekar tanah untuk melangsaikan hutang sebanyak RM15 juta kepada syarikat yang menguruskan kolej kediaman universiti tersebut.

Dalam lautan politik yang bergelora bagi Pakatan Rakyat Selangor, persoalan pertama yang tercetus di minda rakyat, di manakah Anwar ketika Khalid benar-benar memerlukan pertolongannya.

Anwar boleh dikatakan langsung tidak bersuara untuk mempertahankan kedudukan Khalid sebagai menteri besar malah membiarkan beliau terumbang ambing seorang diri mengemudi kapal Pakatan Rakyat di Selangor.

Anwar kini amat malu kerana gagal menjalankan tugas beliau menasihati menteri besar mengurus ekonomi Selangor malah tidak ada satu bukti pun ideanya boleh digunapakai untuk kemajuan negeri.

Rakyat mencemuh ego dan sikap angkuh beliau yang mendabik dada kononnya pandai dalam selok belok mengurus kewangan negara satu ketika dahulu tetapi kini terbukti ini adalah wayang dan silap mata Anwar yang pandai menipu rakyat.

Barisan exco serta pimpinan sekutunya dari DAP dan PAS yang dulunya berdiri teguh di belakang Khalid kini satu persatu sudah menjauhkan daripada kemelut politik yang membelit Khalid.

Seolah-olah terdengar bisikan hati mereka jikalau Khalid tenggelam mereka tidak akan turut sama menjadi korban penyelewengan yang berlaku.

Di satu sudut pula, Azmin Ali yang menguasai PKR Selangor sedang bertepuk tangan bersama-sama kroninya merayakan saat-saat kejatuhan Khalid.

Azmin juga menjauhi diri daripada membela menteri besar dan kemungkinan besar sedang sedia untuk memberi pukulan maut kepada Khalid pada bila-bila masa sahaja.

Bagi Azmin, inilah saat yang paling manis untuk membalas dendam politik dengan membiarkan Khalid tercungap-cungap macam nyawa ikan.

Begitu juga sekutu terkuat Khalid dalam PKR iaitu Wan Azizah Wan Ismail selaku presiden parti tidak mampu berbuat apa-apa untuk membantu kerana tahu Khalid sememangnya tidak lagi boleh diselamatkan.

Seperti pepatah habis madu sepah dibuang, begitulah nasib diri Khalid yang dahulunya menjadi idola dan tatangan Pakatan Rakyat tetapi kini pengemis yang menagih simpati Anwar yang telah mengucapkan selamat tinggal kepadanya.

PAS Mangsa Nasi Kangkang DAP..!!!


PAS dan hudud macam aur dengan tebing, semua orang tahu. Bukan nak laksanakan sangat pun tapi sebab dengan adanya hudud, PAS boleh dapat banyak kerusi parlimen dan DUN, silap-silap hari bulan, boleh memerintah di beberapa buah negeri pun.

Sebab itu PAS tidak akan bercakap langsung tentang hudud selepas pilihanraya berakhir, kalau ditanya orang pun, alasan yang remeh temeh saja yang akan diberi. Contoh macam semasa PAS menang di Terengganu pada 1999, bila disuakan soalan hudud, jawapan Hadi Awang (Menteri Besar) ketika itu ialah, hudud tidak perlu disegerakan kerana hanya 0.0001% sahaja bahagiannya dalam Islam, ada lebih banyak benda lain lagi.

Berbeza pula bila dekat nak pilihanraya semula, PAS akan kembali mati-matian perjuangkan hudud, kalau Terengganu dulu diambil contoh, PAS kemukakan draf hudud Terengganu pada 2003 – iaitu beberapa bulan sebelum pilihanraya umum 2004. Tindakan PAS ini melihatkan DAP meningalkan Barisan Alternatif (BA) – pakat-pakat palsu yang sama macam Pakatan Rakyat hari ini.

Jadi moralnya, PAS perjuang hudud hanya untuk undi, untuk dapat kuasa, bukan betul nak laksana.

Hari ini dan sekarang ini, isu hudud kecoh kembali, sebab apa? Sebab pilihanraya umum akan diumumkan pada bila-bila masa dari sekarang. Walaupun PAS baru sahaja tukar dasar perjuangan parti tersebut kepada negara berkebajikan tahun sudah (ada majlis pelancaran dan sebagainya), ia hanya dipersetujui oleh satu kelompok, kelompok yang lain tidak bersetuju, macam Hasan Ali dan Nasrudin Tantawi, termasuk Nasharudin Mat Isa.

Tapi masing-masing bila bercakap atas kapasiti sebagai pemimpin PAS atau paling tidak Ahli Parlimen PAS.

Cuma yang berbeza kali ini, kerana nama Pakatan dikaitkan sekali, DAP yang duduk dalam Pakatan perlu tampil mempertahankan pendirian partinya, atau nanti dia pulak mengulangi malapetaka 1999 bila Karpal dan Lim Lit Siang pun boleh kalah!! Pedih tu, sebelum benda jadi melarat, lebih baik Karpal cepat-cepat ke depan mempersoalkan PAS, termasuk menyaman Nasharudin kerana menuduhnya anti Islam.

Walaupun Karpal mengakui dia memang anti hudud tapi pada pandangannya tidak sampai dia anti Islam. Sedangkan Nasharudin berpendapat, menolak hudud sama dengan menolak Islam, melalui beberapa ayat-ayat al-Quran yang biasa digunakan ke atas BN sebelum ini. BN takpelah, parti lawan, DAP parti kawan, itu yang payah tu.

Apa sekalipun, kerana Karpal menolak hudud, PAS sekarang terbahagi kepada 2. Ada yang sokong Nasharudin dan ada yang sokong Karpal. Bukan setakat ahli-ahli dibawah, pemimpin PAS pun ramai yang berpecah belah. Khabarnya tak ramai yang berada di belakang Nasharudin, lebih ramai dibelakang Karpal.

Terbaru, ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkifly Ahmad dipetik Sinar Harian sebagai berkata, “Tidak setuju hudud dilaksanakan kerana belum sampai masa”.

Kalau Dzulkifly ini orang UMNO, baca dari tajuk saja pun beliau akan dituduh sebagai kafir, tak payah baca dalam-dalam lagi. Nasib baik Dzulkifly ahli Parlimen PAS, terselamatlah dia dari ‘murtad’, apatah lagi bila dia bersama-sama dengan Karpal dalam hal ini.

Bagaimanapun penulis percaya, Dzulkifli tetap tidak akan terlepas dari kecaman, bukan kerana dia menolak hudud tapi kerana alasan yang diberikannya itu sama dengan alasan yang diberikan BN bila menjawab isu hudud sebelum ini. Kalau terdesak sangat pun, fikirlah alasan sendiri, apa alasan BN itu juga yang diceduk dan di kitar semula?

Orang PAS tahu sajalah, apa pun boleh asal saja jangan yang ada kaitan walau sedikit dengan BN. Maklumlah musuh nombor satu PAS tak sama dengan musuh nombor satu orang Islam yang lain, syaitan tapi BN.

Tapi nampak sangatlah PAS dah banyak berubah. Tak tahulah nasi kangkang siapa yang PAS dah makan, nasi kangkang Karpal ke, Teresa Kok ke atau siapa sehingga parah benar perubahannya. Penulis nak guna perumpamaan lembu dicucuk hidung pun tak sesuai sebab keadaan PAS sekarang lebih teruk dari itu.

Alasan penulis mudah saja, pemahaman PAS tentang hudud sebelum ini ialah, hudud adalah hukuman tuhan yang tak boleh tidak mesti dilaksanakan. Masa dia cakap tu, ada surahnya, ada rujukannya, ada kitabnya, biasalah PAS. Janganlah cuba-cuba nak cakap pasal hudud, selain dari yang membawa maksud nak melaksanakannya, confirm dituduh Kafir.

Alih-alih sekarang, bila ada ahli PAS dan pemimpin Pakatan (yang PAS buat kawan) terang-terang kondem, perlekeh dan pijak hudud pun, PAS masih boleh berbahasa-berbahasa lagi.

Betul-betul besar punya munafik PAS ni ya.

'Belum Masa Laksanakan Hudud' - Dr Dzulkefly


Ketika pemimpin pas mahu hukum hudud dilaksanakan, Ahli Parlimen Pas Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad pula berbeza pendapat. Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, tidak setuju Hudud dilaksanakan selagi rakyat tidak menerima dan memahami undang-undang islam itu secara mneyeluruh.

Katanya, sekarang bukan masa yang kondusif untuk hudud dilaksanakan kerana proses merealisasikan undang-undang itu memerlukan perbincangan secara terbuka serta membabitkan banyak proses perundangan.

"Selain itu, banyak pekara lagi yang perlu dibuat dan semua pihak harus memahaminya. Usaha menerapkan pemahaman mengenai hudud tidak boleh hanya melibatkan golongan tertentu, perlu merangkumi semua pihak agar tidak ada yang terkeliru," katanya.

Sehubungan itu, Dzulkefly berkata, hudud tidak mungkin dapat dilaksanakan dalam masa terdekat. Bercakap dalam satu program bual biacara anjuran televisyen internet, MobTV bersama Pengerusi Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya bertajuk 'Hentikan Polemik hudud,' beliau berkata, isu hudud kini semakin menjadi permainan politik.

"Dalam keadaaan ini, jika ia tidak ditangani secara baik, banyak pihak akan terus tidak faham malah mungkin terkeliru mengenai hudud," katanya.

katanya, ini perlu diperjelaskan kerana bukan semua masalah boleh diselesaikan melalui hudud. Minggu lalu, Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Nasharudin Mat Isa mencadangkan parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) jika DAP yang menjadi rakan sekutunya dalam pakatan itu, terus menentang hudud.

Ini berikutan kenyataan pengerusi DAP, Karpal Singh yang terus mempertikaikan perlaksanaan hudud malah memberi amaran supaya 'langkah mayatnya dahulu' jika parti itu mahu melaksanakan undang-undang Islam itu jika diberi peluang memerintah negara ini. Sinar

Kerajaan Selangor Arah ABASS Kurangkan Bekalan Air Terawat..!!!


Barisan Nasional Selangor hari ini mengemukakan bukti wujud arahan dari pihak Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) melalui Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) kepada pihak ABASS supaya menurunkan pengeluaran air kepada 120 juta galen sehari pada 10 Ogos 2012.

Koordinator BN Selangor, Dato' Sri Ir. Mohd Zin Mohamed berkata, pihak KPS telah mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa mereka telah mengarahkan ABASS untuk mengurangkan pengeluaran air terawat. Malah mereka juga memberikan data pengeluaran air dari pihak ABASS bermula dari Januari 2011 hingga Febuari 2012.

"Hakikatnya, memo yang dikeluarkan oleh pihak KPS kepada ABASS adalah bertarikh 29 Disember 2011. Ini bermaksud, arahan ini adalah baru dan bukannya bermula sejak Januari 2011. Memo ini juga turut disertakan bersama dengan surat yang ditujukan kepada pihak SPAN dan SYABAS bagi menyampaikan maksud yang sama.

Arahan ini dikatakan dicapai setelah perbincangan dengan pihak Lembaga Pengarah KPS. Apa yang mendukacitakan kami ialah, pihak Kerajaan Negeri melalui KPS sanggup mengeluarkan arahan ini. Tidak kisah apa jua alasan yang diberikan, namun arahan seperti ini dilihat membelakangkan kepentingan rakyat," ujarnya kepada pemberita dalam sidang media di BN Selangor sebentar tadi.

Tambahnya, Kerajaan Negeri juga bersikap retorik apabila sering kali mengatakan bahawa semua agenda mereka adalah demi kepentingan rakyat. Namun arahan pengurangan kapasiti air terawat ini jelas membuktikan bahawa mereka sebenarnya lebih mementingkan diri sendiri berbanding rakyat.

"Hakikatnya, rakyat Selangor memerlukan bekalan air terawat yang berterusan dan kerajaan negeri bertanggungjawab menyediakan sumber bekalan ini untuk diagihkan.



Kerjasama baik sekian lama antara pihak Loji Rawatan Air, pihak SYABAS dan kerajaan negeri dilihat semakin goyah sekarang ini apabila kerajaan negeri tidak mampu menguruskan sumber air ini dengan bijak dan telus," ujarnya yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri Selangor.

Dalam perkembangan yang lain, UMNO Selangor mengalu-alukan keputusan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam yang memutuskan bahawa lidah rasmi PAS, Akhbar Harakah telah melemparkan fitnah terhadap UMNO apabila menuduh UMNO terlibat dengan kes serbuan di Gereja DUMC sebelum ini.

"Keputusan itu secara jelas membuktikan bahawa PAS dengan sengaja berniat jahat dan cuba mengelirukan rakyat Malaysia dan mengaitkan UMNO dalam isu tersebut sedangkan ianya adalah tindakan dari pihak JAIS sendiri.

Ini menunjukkan bahawa peristiwa serbuan ke atas DUMC dan pemecatan Hasan Ali yang dikaitkan dengan peristiwa tersebut adalah semata-mata kelemahan dari pihak PAS dan tanpa melibatkan UMNO.

Kami juga ingin menyeru supaya parti politik terutamanya PAS bertindak dengan lebih matang dan tidak sewenang-wenangnya menabur fitnah. Keputusan hakim dalam kes ini adalah lebih bermakna kepada kami berbanding jumlah tuntutan saman kerana membuktikan selama ini PAS menggunakan budaya fitnah dalam berpolitik," ujarnya lagi.- GPRS

Nik Aizi Pertahankan Karpal Singh Nik Abduuh Kecam Karpal Singh..???


Ternyata Nik Aziz dan anaknya Nik Abduh tidak bersependapat dalam soal pertikaian hukum hudud dan pembentukan negara Islam yang dikecam Karpal Singh.

Nik Aziz masih berpegang kepada prinsip kepentingan politik diutamakan dengan menganggap isu ini kecil dan tidak menjejaskan hubungan PAS dan DAP. Berbeza bagi Pemuda PAS yang mengecam sekeras-kerasnya kenyataan Karpal Singh yang menidakkan usaha PAS mahu melaksanakan hukum hudud dan negara Islam.

Kenyataan Nik Aziz itu seolah-olah beliau Presiden PAS sedangkan beliau hanyalah Mursyidul Am PAS yang dilantik dalam sayap PAS. Apakah kuasa Nik Aziz melebihi kuasa Presiden PAS, Abdul Hadi Awang?

Nik Aziz mengakui bahawa pemerintahan secara Islam termasuk hudud menjadi dasar perjuangan politik PAS, ia bukan bawah undang-undang PAS. Maksudnya di sini jika Pakatan Pembangkang menang dengan berpegang mahu melaksanakan hukum hudud dan negara Islam, tetapi jika tidak dipersetujui rakan dalam Pakatan Pembangkang seperti DAP dan PKR maka ianya tidak akan dilaksanakan. Atau lebih mudah lagi ia sekadar gimik politik untuk menarik sokongan rakyat Melayu.


Selepas Ketua Pemuda PAS membantah sekeras-kerasnya kenyataan Karpal Singh yang mempertikaikan pelaksanaan hukum hudud dan pembentukan negara Islam sehingga sanggup mahu menyaman bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa kini Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz mengecam Karpal Singh.

Sebagai pemimpin dan parti yang bersepakat dalam Pakatan Pembangkang, DAP seharusnya mengeluarkan kenyataan yang tidak akan menyinggung rakannya seperti PAS. Tetapi tidak bagi DAP yang mengeluarkan kenyataan ikut sedap mulut saja. Ini sangat mendukacitakan Pemuda PAS yang melihat isu telah meretakan hubungan PAS dan DAP dalam Pakatan Pembangkang.

"Kita minta pemimpin DAP tidak kira siapa (Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng) membuat kenyataan, paling tidak orang tahu DAP menolak kenyataan Karpal Singh dan yang penting rakyat tahu DAP menjaga hubungan dalam Pakatan Pembangkang.

Biarpun anak beranak ternyata kedua-dua mereka itu tidak bersependapat dalam soal pendirian parti. Dalam soal ini, Nik Abduh dilihat masih mentah berbanding bapanya, namun suara Pemuda PAS tidak perlu diketepikan memandangkan kini zaman cerdik pandai berbanding Nik Aziz yang semakin tua dan semakin pelupa. Wira Kenyalang

Maksud Slogan Merdeka Pakatan..!!


Tema ‘ Sebangsa Senegara Sejiwa` macam sekular dan liberal

SLOGAN di atas adalah tema yang dikemukakan oleh pakatan pembangkang untuk menolak tema kerajaan "Janji Ditepati". Bunyinya yang puitis terkandung maksud yang boleh dipersoal.

Apa maksud 'Sebangsa' di situ. Kalau ia bermaksud gabungan bangsa-bangsa yang ada di Malaysia apakah ikatan atas nama bangsa boleh disetujui oleh Pas. Nik Abdul Aziz Nik Mat umpamanya sering mengkritik perjuangan ke arah memartabatkan bangsa adalah asabiyyah kaumiyyah.

Pas tentunya lebih cenderung kepada konsep umat bukannya bangsa. Menyetujui tema itu tidak menjadikan Pas dominan dalam menentukan tema. DAP dan PKR lebih dominan menentukan hala tuju pakatan. Pendirian Pas mengenai isu bangsa ini tidak dihormati oleh warga pakatan yang lain.
'Senegara' juga menimbulkan persoalan. Negara apa yang sebenarnya hendak ditegakkan oleh pakatan. Negara Islam tentu sekali tidak. Pas berpendirian akan tetap teguh dengan tema negara Islam dan hukuman hududnya.

Sekali lagi pas terpinggir. Takkan Mustaffa Ali, Setiusaha Agung Pas tidak paham apa yg tersirat di sebalik tema itu. Dap pasti mahukan Malaysia sebagi sebuah Negara sekularndan sosialis demokratik. PKR tentu mahukan Malaysia menjadi sebuah Negara liberal dan pluralis. Element Islam di mana?

Di mana salahnya konsep Negara Islam yg mendukung faham universal dan ketamaduan. Pendirian kapal singh lebih banyak bersifat perpepsi dan salah faham terhadap maksud Negara islam sebenarnya. Semakin ramai orang barat masa kini sudah mula menerima islam sebagai suatu factor Islamphobia Barat dan Karpal Singh sama juga.

Yang peliknya, Anwar Ibrahim ada disitu. Sebagai bekas pemimpin Angkatan Belia Malaysia (ABIM) takan tema kemerdekaan nampaknya macam secular dan liberal. Kalau ia dating dari Pak Samad Said boleh dimengerti. Pak Samad bukan datangdan dewasa daripada kelompok gerakan islam seperti yang dialami oleh Anwar.

‘Sejiwa’ memberi makna memiliki roh yg sama dalam perjuangan. Pas memperjuangankan roh Islami seperti yang terkanun dalam perlembangaanya. Mampukah Dap dan Pkr menjiwai apa yg ingin diperjuangankan oleh Pas?

Kerajaan pakatan yg sedia ada umpamanya di Selangor adalah gabungan PKR, DAP dan juga Pas. Apakah wujud rasa kejiwaan antara perjuangan Pas dengan dasar-dasar yg dijalankan oleh PKR dan yg didukung DAP. Rumah urut dan pusat pelacuran tumbuh berkembang ibarat cendawan tumbuh. Pak Samad Said sebagai penyair tentu tahu hakikat ini.

Manifesto pakatan Rakyat di Selangor masih banyak yang belum ditepati lagi. Pembangkang memang suka berjanji sebelum dapat kuasa. Hal di pulau pinang pun sama. Rumah Rakyat adalah rumah untuk orng kaya dan rumah lereng bukit.

Dikelantan juga serupa. Isu bekalan air bersih ridak selesai sehingga kini. Kalau pun Kelantan dikuasai oleh Pas pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini isu air bersih tidak akan dapat diselesaikan juga. Apakah tugas pembangkang hanya berjanji saja tetapi “Janji tidak ditepai”
Sebab itu tema Hari Kebangsaan bagi kerajaan di pilih iaitu ‘Janji ditepati”. Tema ini dari segi moral adalah baik dan bersesuaian. Bagi penulis tema ini Islamik. Salah satu amanah bagi orang beriman ialah menepati janji. Orng yang berjanji tetapi tiak menepati janjinya selalunya termasuk dikalangan orang yang munafik.

Orang Pas tentu tahu hal ini. Pentingnya “Janji Ditepati” adalah kerana pada masa lalu terlalu banyak pembohongan yang dilakukan oleh parti politik untuk memenangi hati rakyat supaya menyokong mereka. Apabila menang mereka lupa kepada janji atau melanggar janji
Tradisi ini adalah tidak baik bagi orang yang ada jiwa agama dan bertamadun. Bila penegasan tema “Janji ditepai” bagi sambutan Hari Kermerdekaan Ke-55 ini membawa gambaran bahawa menjelang pilihanraya akan dating jangan terlalu banyak janji dibuat untuk memikat menjadikan Islam sebagai dukunganya.
Belum pilihan raya terjadi Anwar sudah berjanji PTPTN akan dihapuskan dan pendidikan pecuma akan diberi. Kalai isu hutang UNISEL dan KUIS diselangor dimana Anwar menjadi penasihat Ekonomi tidak boleh diatasi, janji Anwar itu tentu menjadi bahan ketawa. Anwar juga berjanji harga minyak akan diturunkan, harga barang akan diturunkan dan banyak lagi janji yg diberi.

Membuat janji memang mudah. Melaksanakan janji akan timbul dalih. Inilah kerja pembangkang sekian lama. Oleh itu, tema “menepati janji” amat ditakuti oleh pakatan kerana bimbang ia mengenai bantang hidung pakatan sendiri. Pakatan memilih tema lain ibarat ‘tidur sebantal’.
Daripada Abu Musa r.a katanya, sabda Rasulullah SAW: “Bandingan seseorang mukmin dengan mukmin yang lain seumpama sebuah bangunan yang bahagianya saling menguatkan antara satu sama lain”. Dan baginda menjalinkan antara jari jarinya.- hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Utusan Malaysia

Salam Maut Aidilfitri Kepada Blogger-Blogger Dan Perdana Menteri..


Begitu cepat masa berlalu sehingga tidak terasa, sekarang kita sudahpun berada dipenghujung ramadhan. Beberapa hari lagi kita akan bakal meraikan kedatangan syawal pula.

Apabila 1 syawal menjelma, seluruh umat Islam di dunia ini akan merayakan Hari Raya Aidilfitri. Selain itu, perayaan ini juga dipanggil Hari raya Puasa, Hari Raya Fitrah dan Hari Lebaran.

1 syawal dirai bagi menandakan berakhirnya bulan ramadhan yang mana umat Islam menjalani ibadah puasa dengan tekun dan taqwa. Mudah-mudahan ibadah puasa yang kita jalani selama sebulan dibulan ramadhan dapat meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SW

Dikesempatan Ini Malay Delima Memohon Apun Dan Maaf Dengan segala kesalahan makian dan cacian..

Kepada Semua Blogger-Blogger dan Blogger Wangsamaju Malay Delima mengucapkan Sealamt Hari Raya Aidilfitri ,Pohon Apun Dan Maaf.

Tidak Lupa juga kepada Pemimpin No1 Negara Dato Sri Najib Perdana Menteri Malaysia serta semua Pemimpin yang beragama Islam.

Serta tidak lupa juga kepada semua pembaca-pembaca blog Malay Delima. Malay Delima Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Salam Aidilfitri Dari Malay Delima..
Makin lama makin terserlah kebodohan Khalid Gereja ni. Makin lama makin haramjadah Ahli parlimen PAS ni yang sememangnya kita tahu merupakan golongan Edrogan didalam PAS dan juga merupakan barua kepada DAP Kafir Harbi.

Gara gara Uztaz Nasharudin Mat Isa bekas Timbalan Presiden PAS dihentam begitu hebat oleh Khalid Samad ni. Meh layan video dibawah ini:

Satu pekara yang kita dapat lihat bahawa MP Shah Alam ini tidak matang orangnya kerana membidas mengenai hubungan Nasharudin dan Najib Razak sewaktu di Makkah. Malah dalam kenyataan si Khalid Gereja ini juga beliau bercakap soal JAWATAN yang sudah tiada lagi pada Nasharudin. Apa jadah cakap soal jawatan? Apa besar sangat ke Jawatan yang dipegang tu dalam PAS?

Ehhhh rakyat tak pandang le jawatan jawatan ni Khalid Samad. Rakyat melihat ketelusan pemimpin tu baik dari dalam mahupun luar. Kalau nak bercakap soal jawatan hang pun bukannya ada jawatan dalam PAS tu. Setakat ahli Parlimen yang makan gaji buta jelah.

Inilah satu contoh dimana pemimpin Edrogan PAS bercakap lebih sudu dari kuah dari apa pemimpin atasan mereka. Haji Hadi tak bising tapi si Khalid Samad pulak yang lebih lebih. Apa punya binawe le Khalid Samad Gereja ni. Cam Anjing pulak gua tengok.

Buat Nasharudin Mat Isa, lakukan apa yang perlu sepertimana yang Hassan Ali lakukan. Ingat lah bahawa politik ini hanya sementara apatahlagi jawatan yang disandang itu. Pucuk pangkal nya adalah kita sendiri sama ada mahu menjaga Islam dan Melayu dibumi bertuah ini. Persetankan Khalid Samad ataupun pemimpin Pakatan lain yang sebenarnya cemburu melihat tanggungjawap anda apatahlagi bersama Perdana Menteri Malaysia di Makkah. Papa Gomo

PAS JADI LEMBU DITARIK HIDUNG DALAM PAKATAN RAKYAT



Setelah menjadi keldai tunggangan DAP dan PKR untuk sekian lama, pemimpin PAS masih tidak mengerti dan faham bahawa mereka sebenarnya telah dipergunakan untuk menjayakan agenda liberalisme, pluralisme serta penghapusan kepentingan dan hak-hak Melayu di negara ini.

Sentiasa sahaja PAS akan mempertahankan kedua-dua sekutunya dalam Pakatan Rakyat apabila mereka diserang tetapi adalah parti itu benar-benar faham apa yang mereka cuba pertahankan?

Takkan pemimpin PAS seperti Abdul Hadi Awang dan Nik Aziz Nik Mat begitu bodoh dan bebal sehingga tidak dapat membaca perancangan DAP dan PKR yang akan menyisihkan masa depan Islam dan Melayu sekiranya mereka berkuasa?

Dalam isu fatwa haram mengundi dan menyokong DAP yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Abdullah Sama'ah, PAS begitu beria-iya mempertahankan DAP.

Pernahkan kita lihat DAP melakukan perkara yang sama mempertahankan PAS dalam mana-mana isu selama ini?

Yang kita dengar hanya amaran demi amaran dari DAP jika PAS masih berkeras untuk menegakkan Negara Islam serta melaksanakan Hukum Hudud.

Akhirnya PAS kecundang di gelanggang sendiri - Negara Islam bertukar menjadi Negara Berkebajikan dan Hukum Hudud terus lenyap sekali daripada agenda Pakatan Rakyat.

Kalaulah DAP iklhas menyokong PAS mengapa parti cauvinis Cina itu selama ini tidak pernah mahu duduk semeja dengan PAS bagi berdialog atau berbincang mengenai Hukum Hudud atau Negara Islam?

Ini membuktikan DAP tidak berminat langsung untuk mengkaji mengenai Islam dan ini telah ditegaskan puluhan kali oleh pemimpinnya, yang dungu hanya PAS.

Dituduh pula Umno menolak Hukum Hudud sementara DAP hanya sekadar menentangnya.

Sekali lagi pemimpin jumud PAS tidak tahu membezakan antara maksud perkataan tolak dan tentang.

Tolak maknanya tidak menerima manakala tentang pula membawa erti melawan atau menyanggah.

Walaupun kedua-dua istilah membayangkan maksud yang hampir sama, 'menentang' adalah lebih kuat maksudnya daripada 'menolak'.

Justeru, Umno hanya 'menolak' Hukum Hudud bukan kerana parti Melayu itu 'menentang' hukum Allah swt tetapi tidak menerima pendekatan dan cara ianya mahu dilaksanakan oleh PAS.

Berlainan dengan DAP yang bukan setakat menentang Hukum Hudud malah menghina hukum Allah serta memperlekehkannya.

Pelik sekali Abdul Hadi selaku Presiden PAS membuat perbandingan dengan mengatakan perlembagaan parti itu mempunyai peraturan untuk memecat mana-mana ahli yang meminum arak dan memakan babi, sesuatunya yang dikatakan tidak ada dalam Umno.

Bagi PAS kalau ahli minum arak dan makan babi amat merbahaya tetapi jika pemimpin PAS balun RM50 juta wang caruman ahli dalam Kohilal tidak mengapa atau berkhalwat dengan isteri orang dan kemudian mengahwininya bila-bila masa pun boleh dihalalkan, malah boleh dipilih sebagai Timbalan Presiden!

Sebab itu Nik Aziz boleh keluarkan pelbagai fatwa sesat seperti pangkah PAS masuk syurga atau hatta boleh bersekutu dengan syaitan sekalipun kalau syaitan boleh beri kemenangan kepada parti itu atau Abdul Hadi boleh keluar fatwa mengkafirkan ahli Umno!

Mungkin PAS terlepas pandang melihat sikap sebuah parti Islam bernama Parti Keadilan dan Pembangunan, AKP yang kini berkuasa di Turki di bawah Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan.

Erdogan seperti semua maklum adalah penyokong kuat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan seringkali memberi dana besar kepada PKR untuk menjalankan aktivitinya.

AKP pula adalah sebuah parti Islam liberal yang tidak peduli atau 'angkat pot' samada anggota parti atau wakil rakyatnya kaki botol, taik judi atau kaki perempuan.

Bagi DAP dan PKR, hak kesamarataan dan kebebasan beragama semua penganut mana-mana agama atau kepercayaan di negara ini menjadi tunggak dan prinsip perjuangan Pakatan Rakyat.

Bagi Anwar dan Karpal Singh, PAS perlu keluar daripada Pakatan Rakyat jika terus bermimpi mengenai Hukum Hudud dan Negara Islam.

Bagi Umno, keadaan realiti masyarakat majmuk di Malaysia hendaklah dijadikan asas dalam menggubal hukum syariah sedemikian rupa.

PAS mengganggap Malaysia seperti juga mana-mana negara Arab seperti Arab Saudi, Pakistan atau Sudan yang melaksanakan Hukum Hudud.

Lihat sahaja dalam kes Sudan yang memperkenalkan undang-undang syariah sejak tahun 1983 oleh presiden ketika itu, Ja'afar Numeiri.

Pergolakan terus berlaku disebabkan sebahagian rakyatnya yang beragama Kristian dan animis (pemuja elemen alam seperti pokok, batu dan sebagainya) menentang pelaksanaan hukum tersebut bukan kerana faktor agama tetapi kerana Islam telah dipergunakan oleh pemimpin negara itu untuk tujuan politik peribadi.

Akhirnya Sudan, sebuah negara Islam dan mempunyai keluasan terbesar di benua Afrika, berpecah dan kehilangan wilayah selatan (kini sebuah negara merdeka di panggil Sudan Selatan) yang amat jaya dengan minyak.

Adakah di Sudan, Islam menang dan syiar agama itu menjadi semakin kukuh dan kuat serta umat Islam menjadi lebih maju dan kaya setelah pelaksanaan Hukum Hudud ala Ja'afar Numeiri?

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive